Saturday, June 15, 2013

Tambang Bas Naik Salah Kerajaan?


Kalau ikut otak pemalas pembangkang, bila mendengar sahaja berita kenaikan macam ni, terus saja ditundingkan kepada kerajaan. Di sini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) selaku agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pengangkutan awam menjadi sasaran.

Jadi pengguna di kalangan rakyat, janganlah meletakkan diri sama taraf dengan pembangkang (otak pemalas) dengan terus membuat tuduhan serupa.

Untuk makluman pengguna, permohonan menaikkan tambang bas ekspres ini datang dari Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) yang ingin KEKAL dengan pendirian 30% kenaikan bagi mengelak kerugian kesan dari peningkatan kos operasi.

Lawaknya, pembangkang tahu akan perkara ini tetap membuat tuduhan liar memfitnah kerajaan dan SPAD. Pengguna sepatutnya sudah dapat melihat dan memahami situasi sebenar, bahawa PMBOA yang membuat PERMOHONAN dan bertindak KEKAL dengan nilai kenaikan tersebut! 

Sedangkan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid pada 13 Jun lalu, berkata kerajaan memahami kehendak pengusaha bas yang ingin menaikkan tambang bas, namun mereka tidak seharusnya membuat sesuatu tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

Sepatutnya PMBOA, menunggu SPAD melakukan kajian dari setiap faktor serta maklum balas bagi mencari langkah penyelesaian terbaik supaya tidak membebankan pengguna dan pengusaha.

Dengan ini pengguna dinasihatkan jangan bertindak melulu menghentam SPAD dalam isu kenaikan ini. Kerana SPAD sememangnya komited dalam memastikan hak pengusaha pengangkutan awam DAN hak pengguna dipelihara dengan pendekatan formula menang-menang. 

Jika pengusaha bas membelakangi langkah penyelesaian menang-menang dan tetap bertegas meneruskan kenaikan setinggi 30% ini. Maka laksanakan hak anda sebagai pengguna melalui lunas undang-undang yang ada. Suarakan bantahan anda, hantarlah memorandum, lampirkan analisis dan statistik atau berhimpun di hadapan pejabat persatuan PMBOA. 

Kalau boleh tidaklah sampai begitu. 

Sebab harus di ingat, bukan mudah bagi kita memuaskan hati semua pihak, akan tetapi setiap pihak harus bersikap lebih bertanggungjawab dan berlapang dada dalam memahami sebab musabab sesuatu keputusan dibuat. 

Adakala kita akan berada dalam situasi dimana - Ditelan mati emak, Diluah mati bapak.Kerana kedua-dua belah pihak yang terlibat (pengusaha dan pengguna) di dalam isu ini adalah RAKYAT! 

Situasi inilah yang direbut pembangkang untuk mempolitikkan pengangkutan awam darat dan seterusnya menyerang SPAD. Buat pun mereka akan kata salah,.. tak buat pun kata salah! Macam perisik katakan awal-awal, OTAK PEMALAS sahaja akan buat tuduhan begini. 

Macam mana dengan Otak Anda?

2 comments:

  1. Haha..hbis kerajaan dok buat apa?? Diam jew??? Biar rakyat ditekan dan ditekan....cari insentif laen bukan tekan lagi tekan...

    ReplyDelete
  2. anon 2.48,
    SPAD tu agensi kerajaan lah. memang dorang tengah buat kajian sebelum buat keputusan. Janganlah buat tuduhan bukan-bukan kononnya kerajaan tak buat apa-apa!
    Harap-harap persatuan berpada-pada sikit minta kenaikan. Kami pengguna memang terbeban bila nak balik raya nanti. Kalau bujang mungkin tak terasa.
    Tapi yang sudah berkahwin ngan anak tiga empat. memang ikat perut nak beli tiket sampai RM40 sorang. itu baru sehala!

    ReplyDelete