Tuesday, January 23, 2018

Rakyat Terpilih Pemimpin Kaki Lakon


Nasib yang sedang diselubungi oleh kalangan pengundi yang berada di bawah negeri-negeri pimpinan pakatan Selangor dan Penang. Perkara serupa juga berlaku di Kelantan bawah pemerintahan Kelantan. Rata-rata pemimpin yang dipilih hanya sekadar berlakon buat-buat sibuk berkerja dari melaksana dan menampilkan hasilnya.

Bila banyak sangat berlakon, kesudahannya banyak kerja-kerja tertunda bertimbun. Kesudahannya pertolongan yang rakyat harapkan dari pemimpin pakatan tak kunjung tiba. Bila pengundi mula marah dan mempersoalkan kredabiliti pemimpin pakatan. Maka mulalah siri lepas tangan dan mengalihkan isu dengan mencipta isu fitnah terhadap kerajaan BN.

Sebagai contoh, bila terbongkar penglibatan pemimpin pakatan dalam isu banglo Disneyland di Ampang tahun sudah. Pakatan terus mencipta fitnah seperti projek Iskandar dan perlabuhan di Kuantan yang dikatakan Malaysia telah tergadai pada China. Maka masalah rakyat yang sebenar telah ditutup dengan meletakkan masalah lain diatasnya.

Kelebihan pakatan adalah berjaya menutup pekung membusuk dalaman mereka dengan mewujudkan kebusukan datang dari lain. Agak lama mereka bermain dengan strategi begini dalam melindung kejelikan parti sendiri. Masalahnya pakatan tidak boleh berterusan dengan cara begini. Terus mengetengahkan keburukan kesudahanya mereka tetap gagal menampilkan kebaikan buat rakyat khususnya pengundi.

Lakonan berterusan begini, hanya seronok dilihat dilayar perak atau pentas teater. Tapi garapan serupa pada setiap lakonan hanya akan memberi kebosanan buat penonton. Lama-lama penonton setia juga akan mempersoal dan membenci. Itulah yang sendang berlaku dalam pakatan. Bila ramai mulai ragu untuk kekal dalam pakatan.

Pakatan tidak habis-habis mewarwarkan dasar-dasar fantasi yang sedap pada halwa telinga. Tapi tidak akan mampu laksanakan. Apakah kita lupa tentang manifesto bukan janji? Menabur pelbagai janji yang manis-manis jika menang PRU. Tapi apa sudah jadi? Sehingga ke hari ni, banyak dasar-dasar dan manifesto PRU lepas-lepas gagal digerakkan.

Disapu segala janjinya ke bawah karpet. Dan ditonjolkan pula janji manis yang baru. Yang rata-rata statistik bantua yang ditampilkan tidak tepat dan mengabur mata pengundi. Cuba tanya pada golongan miskin atau berpendapatan rendah di Selangor. Berapa ramai yang sudah memiliki kad peduli sihat? peduli siswa? kasih ibu smart? bantuan rumah?

Peratusan pengundi selangor gagal mengetahui tentang bantuan yang ada? Bermakna peratusan yang menerima pakej insentif adalah amat rendah sekali. Apa pemimpin parlimen dan adun pakatan makan gaji buta tidak menyebarkan perkara ini kepada pengundi mereka? Sebabnya adalah pemimpin mereka sendiri tidak tahu tentang insentif ini.

Bila pengundi datang mengadu meminta bantuan. Pemimpin pakatan tidak tampil memberi bantuan sewajarnya. Tapi datang memberi ceramah memburukkan kerajaan BN. Inilah nasib pengundi Selangor dan juga Penang yang telah memilih pakatan yang terdiri daripada ramai pelakon berkaliber dari berkhidmat kepada rakyat.


No comments:

Post a Comment