Wednesday, July 31, 2013

Transformasi Ekonomi Di Laluan Keretapi Laju KL - Singapore


Dari sebelum PRU13 lagi dah dok riuh tentang keretapi laju pertama di Malaysia. Perancangannya rel keretapi laju ini akan menghubungkan antara Kuala Lumpur dan Singapura. 

Jika projek ini siap kelak, ia bakal menyediakan dua jenis kategori perkhidmatan iaitu Ekspres yang meliputi perjalanan tanpa henti dari KL ke Singapura yang memakan masa 90 minit. Jenis kedua pula adalah Transit iaitu perkhidmatan henti-henti di tujuh lokasi yang sudah pun dikenalpasti.

Tujuh lokasi yang dicadang memiliki stesen rel keretapi laju adalah Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat, Johor dan Singapura. Pembinaan rel ini dirangka menjadi satu anjakan ekonomi kepada negara terutamanya penduduk sekitar tujuh negeri ini.

Kesan positif ekonomi setempat dapat kita lihat dari contoh pada pembinaan sistem transit aliran ringan LRT STAR dan PUTRA di sekitar Lembah Klang. Ia terbukti bejaya merubah landskap ekonomi di setiap lokasi stesen LRT dibina. Dari sebuah kawasan pekan kecil terus berkembang pesat dengan kepadatan penduduk yang tinggi.

Perancangan pembinaan rel keretapi laju ini bukan hanya tertumpu kepada infrastruktur rel keretapi laju sahaja. Malah kerajaan telah merancang jauh dengan membangunkan struktur sosio-ekonomi berdasarkan beberapa sektor utama di semua lokasi stesen rel yang disebutkan tadi.

Bermula dari KL, yang memfokuskan kepada perniagaan dan perkhidmatan kewangan di mana turut termasuk dalam projek Greater KL. Seremban pula dijangka menjadi Lembah Teknologi dimana 1,000 ekar tanah akan dibangunkan di Sendayan bagi menarik minat pelabur dalam sektor perkilangan dan RnD.

Lokasi Melaka dilihat tidak asing lagi menjadi pusat perlancongan kormesial dan kesihatan dimana kerajaan negeri begitu komited memajukan sektor perubatan dengan menyediakan kemudahan perubatan dan pakar berpengalaman. Perancangan ini dapat menarik lebih ramai pelancong yang ingin mendapat perkhidmatan perubatan berprestasi tinggi dengan harga berpatutan.

Di Muar pula, dikenalpasti sebagai lokasi pengeluaran peralatan rekabentuk industri. Buat masa ini industri pembuatan perabot semakin mendapat tempat di kalangan pembeli dalam dan luar negara. 

Seterusnya Batu Pahat juga menjadi tumpuan pengeluaran dan rekaan tekstil. Sehingga kini lebih 300 buah kilang terdapat di sana dan 50% hasil tekstil di eksport datangnya dari Batu Pahat.

Akhir sekali Johor yang dijangka mewujudkan sebuah bandar yang dikenali sebagai EduCity di Nusajaya. Bandar ini bakal menjadi hub pendidikan utama dengan membariskan kualiti pembelajaran bertaraf dunia. Beberapa buah universiti terkemuka dunia akan dilibatkan bagi merealisasikan EduCity ini.

Jelaslah perancangan yang dilakukan oleh Kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) adalah secara terperinci dengan melihat setiap sudut. Kerajaan tidak melaksanakanya sambil lewa bagi mengelak pembaziran seperti tuduhan pihak pembangkang. 

Hakikatnya pembinaan rel keretapi laju ini lebih banyak menampakkan kesan positif yang sengaja diselindungi oleh pembangkang yang iri hati dengan kejayaan dan sokongan rakyat terhadap projek ini. Dari kaji selidik dijalankan sebanyak 88% rakyat mengalu-alukan pembinaan landasan ini. 

Jadi pembangkang cuba bermain wayang dengan memekak berdasarkan suara minoriti. Adakah penentangan pembangkang ini satu langkah yang adil terhadap majoriti rakyat Malaysia yang menyokong!? 

Jelaslah pembangkang tidak sudah-sudah cuba menyekat kemajuan yang patut dikecapi rakyat. Dari isu Lynas di Pahang dan Pengerang di Johor, mereka terbukti cuba menyekat kemajuan ekonomi di lokasi terbabit. Jadi tidak heranlah perkara serupa bakal dilakukan untuk projek rel keretapi ini. 

3 comments:

  1. Dgn terbina nyer keretapi laju mal-sin ni maka kegiatan menghalau melayu dr kwsn bandar akan bertambah hebat. Cina2 sin akan dpt menjadikan KL sbgi rumah kedua mereka dan secara lansung akn meningkatkan lagi nilai hartanah di KL dan Sel yang pada masa skrg pun Melayu susah nak beli.

    Krjn perlu batalkan undg2 yang membolehkn cina singopore beli rumah di malaysia. Supaya nnt Malaysia tdk jadi mcm palestin yg dijajah olh zionis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy sgt setuju dgn anda di atas. drpd bina ktapi laju ke sgppura..baik bina dr slatan ke utara dan jugak timur...begitu jugak dr kk ke kcg(sabah swak)..

      Delete
  2. Setuju ngan pndgn anon 9:00. Walaupun banyak kebaikan pmbinaan rel laju ni. Tapi pmbelian hartanah berprestij tinggi di bndr2 Malaysia trutamanya di Johor banyak di kuasai oleh Singprian.

    Kesan jangka pendek mmg nmpak bagus. Duit mengalir masuk! Kesn masa panjang, agak mmbimbangkn. Rasanya 20 thn dr skrang, silap-silap JB boleh jdi Mini Singapore Ke-2!



    ReplyDelete