Saturday, April 27, 2013

LAWAK!! PAS Raih Undi Simpati Guna Belon Bocor !


Apa lagi lah puak pembangkang nak auta, belon bocor pun dijadikan alat nak kempen raih undi simpati ka! 

Pada 23 April lepas PAS Pagoh telah menaikkan belon sebesar 15 kaki. Dua hari selepas itu belon tersebut tiba-tiba jatuh! Dan..dan cakap belon panas dorang di tembak?! 

Macam biasa, buat andaian dulu. Betul ke tidak belakang cerita! Ni laporan polis dah buat ke belum? PAS bila mencari silap kerajaan begitu gah menonjolkan Islamnya dengan guna hadis, potongan ayat Quran dan paling tidak bertakbir!

Pakatan haram macam PAS ni, cakap dengan buat tak pernah selari. Berucap dan berceramah di pentas menyentuh Islamik tapi bila hal macam ni, hilang semua hukum-hakam yang dilafazkan. 

Adakah dengan andaian yang membawa kepada fitnah ini ajaran Islam? Memang tak lah! 

Sebaik-baiknya laporkan dan biar pihak polis lakukan siasatan. Tak perlulah dijadikan alat berkempen menuduh pihak lawan melakukan kezaliman? Apakah PAS Pagoh lupa bahawa membuta tuli menfitnah pun dikira menzalimi orang lain!

Menuduh orang zalim walhal sendiri yang menzalimi! 

Biasanya berita-berita pelik macam ni kita dengar bila time pilihanraya je. Seperti di Pagoh ni PAS-PKR tidak pernah menjadi pilihan pengundi untuk memimpin mereka. Maka banyak cubaan dan kenyataan fitnah seumpama ini dikeluarkan oleh puak pembangkang di beberapa kawasan parlimen bagi mendapatkan undi simpati. Antara cubaan meraih simpati seperti yang berlaku di parlimen Jempol yang mana calon PAS, Aishah membuat andaian ada orang cuba merakamnya!


No comments:

Post a Comment