Saturday, December 27, 2014

Banjir!! Sultan Johor Lawat Mangsa Banjir Di Ayer Hitam


Sebelum ini kita sudah mendengar baginda Sultan Perak dan Sultan Kelantan mencemar duli menaiki bot meredah banjir bagi membantu sendiri mangsa yang terjejas. Kali ini Tuanku Baginda Sultan Ibrahimjuga turut mencemar duli hari ini apabila turun ke bawah melawat mangsa-mangsa banjir yang baru mula melanda di negeri jajahan Johor Darul Takzim. 

Kehadiran Sultan Johor di lokasi perlindungan mangsa banjir langsung tidak diketahui oleh pegawai polis daerah, ketua-ketua kampung, AJK, ahli politik dan para media. Nak buat macam mana, itulah Sultan Johor, dari dulu sebelum ditabalkan sebagai Sultan pun baginda lebih gemar turun bersama rakyat tanpa protokol.

Lihat sahaja dalam kembara Johor, baginda membawa sendiri motorsikal berkuasa tinggi bagi melihat daerah-daerah di negeri Johor dan ingin mendengar secara terus keluhan rakyat di setiap lokasi dilewati. Setiap kawasan disinggah baginda pasti akan dipenuhi rakyat jelata yang kenal akan sifat prihatin Sultan mereka.


Kali ini dalam lawatan banjir di Ayer Hitam, berita kedatangan baginda tidak diketahui umum. Bila baginda terpacul di tempat perlindungan banjir, barulah kelam kabut para media, polis, AJK, ketua kampung bergegas ke sana. Jadi tidak hairanlah gambar kualiti rendah diterima kerana tidak sempat siap sedia dengan kamera. Cukup sekadar menggunakan kamera telefon dan tablet.





No comments:

Post a Comment