Saturday, December 27, 2014

Banjir!!! Datuk Wee Ka Siong Lawat Mangsa Banjir Di Ayer Hitam


Belum lagi reda dalam menyelesaikan isu MH17 dan MH370, MCA melalui Datuk Wee Ka Siong terus komited memikul tanggungjawab dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir terutamanya di kawasan pantai timur, Kelantan dan Pahang. Difahamkan Ka Siong baru tiba di Ayer Hitam pagi tadi selepas menguruskan bekalan bantuan makanan, air bersih dan pakaian kepada mangsa banjir di Kelantan.

Ahli Parlimen Ayer Hitam ini, memberitahu media bahawa sebanyak 5 buah lori muatan bekalan bantuan sebanyak 9 tan telah diagihkan kepada mangsa banjir di Kelantan. Pengagihan cuba digerakkan secepat mungkin memandangkan ada mangsa yang terperangkap di bangunan-bangunan tinggi atau bukit tanpa makanan selama beberapa hari.

Namun keadaan banjir masih lagi kritikal ketika ini dengan harus deras di beberapa kawasan perlindungan mangsa banjir. Pengangkutan air ketika ini masih berbahaya untuk dilalui oleh anggota penyelamat dengan bot. Buat masa ini, medium pengangkutan udara, iaitu helikopter digunakan bagi memastikan bantuan tiba kepada lebih 40 ribu mangsa pada kadar segera.

Setibanya di Ayer Hitam, Ka Siong tidak buang masa terus melawat beberapa lokasi perlindungan mangsa banjir antaranya Sekolah Kebangsaan Kota Dalam, Ayer Hitam. Buat masa ini, seramai 81 orang yang terdiri daripada 26 buah keluarga telah ditempatkan di sekolah terbabit. 


Jumlah tersebut dijangka terus meningkat memandangkan Jabatan Meteorologi menjangkakan hujan lebat akan mula turun pada 28hb Disember untuk beberapa hari. Hari ini juga, Ka Siong sudah menerima maklumat bahawa tahap air di empangan Bekok, Johor sudah naik mendadak dan dijangka melepaskan air bagi mengelak kesan lebih buruk berlaku iaitu empangan pecah.

Risiko berlakunya banjir di beberapa kawasan di sekitar Ayer Hitam amat tinggi bila air empangan dilepaskan dan Ka Siong bersama jentera-jentera bantuan yang terdiri daripada MCA, UMNO, MIC dan agensi-agensi berkaitansudah pun bersiap sedia bagi menghadapi segala kemungkinan mendatang.


No comments:

Post a Comment