Monday, September 9, 2013

SPAD Diserang 30 Lori 'Hantu'


Hantu pun ada lesen bawa lori! Memang begitulah keadaannya di Malaysia apabila sekumpulan pemandu lori yang berperangai HANTU mengepung pegawai petugas dan kederaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Gebeng, Pahang baru-baru ini.

Pegawai SPAD yang melakukan operasi bersepadu bersama pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada 4 Sept lalu. Tiba-tiba didatangi oleh 30 buah lori dengan lagak samseng yang dipercayai tidak berpuas hati tentang isu 'berat dan muatan' (BDM) dan isu paras lori.

Rekod SPAD menunjukkan sebanyak 83 kes kesalahan lebih muatan lori telah dicatatkan daripada tahun 2012 sehingga Julai 2013 di negeri Pahang. Suruhanjaya ini memandang berat isu lebihan muatan membabitkan lori kerana ianya amat berisiko tinggi dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Disebabkan ketegasan SPAD dalam melaksanakan tugas, pemandu-pemandu lori tersebut hilang akal bersikap biadap. Kerana mereka mungkin menyangkakan penguatkuasa SPAD takut untuk mengambil tindakan terhadap samseng-samseng pemandu lori ini bila diugut atau digertak. 

Jangan fikir mereka ini akan terlepas begitu sahaja kerana Malaysia mempunyai undang-undang yang telah dikuatkuasakan bagi menjaga kepentingan awam. Di sini, SPAD telah diberi amanah untuk menjalankan pengawalseliaan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan pengangkutan awam darat yang telah diwartakan. 

Oleh itu tindakan mengepung pegawai dan kenderaan SPAD boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Pemandu lori samseng itu tadi, boleh didakwa mengikut Seksyen 234 (b) di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2012 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM200,000.00 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tan Sri Syed Hamid berkata, “Setiap undang-undang yang dikuatkuasakan di Malaysia telah terlebih dahulu dikaji dengan mengambil kira faktor-faktor keselamatan dan alam sekitar. Pemandu-pemandu lori disarankan untuk menghormati undang-undang yang telah ditetapkan."

Jadi para pemandu lori atau mana-mana penglibat pengangkutan awam janganlah cuba 

No comments:

Post a Comment