Saturday, December 15, 2018

Tambahan Kerusi PPBM Ancaman Buat PKR-DAP!


Sebelum PRU14 bagi mencandukan para pengundi. Pakatan mencanang jika menang PRU tol akan dihapus, minyak akan turun, hutang Felda hapus, hutang PTPTN mansuh, harga barang turun dan macam-macam lagi janji.

Lepas sahaja menang, tiada satu janji yang berjaya dilaksanakan. Kini lahir pula candu versi baru iaitu kena capai 2/3 kerusi pula untuk laksana? 

Adakah rakyat bakal ditipu sekali lagi?
Ketara sekarang kalangan Ahli Parlimen UMNO tertipu terlebih dahulu. Cuma belum sedar.


Henti Menunding! Mulakan Berunding!


Senario politik berubah mendadak dalam masa kurang setahun peralihan kuasa. Kekuatan parti terbesar BN yakni UMNO yang gah dengan lebih 100 kerusi sebelum PRU12 merosot kepada kurang 40 kerusi hari ini.

Jangan dinafikan! Perkembangan sebegini sememangnya beri kesan kepada mentaliti penyokong serta akar umbi UMNO. Motivasi akar umbi bagai dicarik halus sedikit demi sedikit dengan mainan psikologi lawan.

Friday, December 14, 2018

Apa Berlaku Kepada Yang Lompat! Jika PM Diturunkan Melalui Demokrasi Undi Tidak Percaya Di Parlimen?


Dari selepas PRU14 sudah kedengaran barisan Ahli Parlimen (AP) dari parti Barisan Nasional terutama UMNO umum keluar parti menjadi bebas dan sertai Pakatan.

Bulan ini BN bergegar lagi apabila lebih 10 AP dari UMNO lompat menyertai PPBM atau menyokong Pakatan. Dijangka ada lagi AP bakal mengikuti langkah sama angkat kaki keluar UMNO.

Saturday, June 16, 2018

Seri Perdana! Sambut Aidilfitri Ke Tahun Baru Cina!??


Begitulah kedengaran komen orang ramai yang melihat keadaan rumah terbuka raya yang berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya semalam.

Kita faham majlis terbuka untuk orang awam tanpa mengira latar belakang usia dan kaum. Namun kebanjiran kaum cina amat ketara kali ini berbanding majlis rumah terbuka tahun- tahun sebelum ini.

Lebih RM300billion Bakal Hilang Sepanjang Pakatan Memerintah!?


Pakatan terus menerus menjadikan hutang negara sebagai alat propaganda mengalihkan pandangan rakyat dari masalah sebenar kerajaan. 

Yakni masalah dalam melaksana manifesto yang dijanjikan mereka! Antara yang bakal menjerut kerajaan adalah janji mansuh GST dan mansuh Tol.

Tuesday, June 5, 2018

Risalah Ajaran Kristian Bahasa Malaysia Diedar Di Sekolah! Mohon #KDN #PDRM Siasat!


Difahamkan risalah begini kebiasaannya diedarkan di perkarangan gereja. Bukan diluar kawasan gereja. Mohon rakyat bertenang dan biar pihak berwajib siasat perkara ini.

Risalah ajaran kristian dalam bahasa kebangsaan ini dipercayai diedar di salah sebuah sekolah di Klang. Rasanya ini hanyalah kes terpencil dan setakat ini satu lokasi sahaja dilaporkan berlaku.

Hutang Negara RM 1Trillion! Data Bank Negara Tak Lengkap?


Hutang RM1 Trillion menjadi jajaan kerajaan PH terutamanya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Ekoran daripada pengumuman tersebut berlaku panik kepada pasaran saham sehingga ramai pelabur membawa keluar modal mereka.

Ia diburukkan lagi dengan tindakan kerajaan yang ingin memansuhkan GST yang membawa kepada kehilangan 1/6 pendapatan negara. Pelabur mula hilang keyakinan dengan kemampuan kerajaan mengurus kewangan.

YDPA Perkenan Perlantikan AG!!


Sepatutnya Majlis Raja-raja bersidang hari ini bagi membincangkan isu perlantikan calon Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Pada peringkat awal nama calon telah ditolak oleh YDPA Sultan Muhammad V. Namun segalanya terungkai setelah Ketum, DS Anwar Ibrahim turun mengadap YDPA malam tadi.

Kata-kata Pujangga Apabila Kerajaan Dikritik


Selepas PRU14 pelbagai reaksi di terima dari pro Kerajaan apabila rakyat mula bertanyakan tentang janji-janji manifesto yang dicanang sewaktu kempen piliharaya lalu.

Tidak kurang juga rakyat yang mempersoalkan tentang tindakan kerajaan dalam memansuhkan projek-projek mega kepentingan rakyat serta tindakan menarik diri dari terus menuntut hak Pulau Batu Putih.

Monday, June 4, 2018

YDPA Bukan Bodoh! Mengapa Kerajaan PH Masih Berkeras Pilih Tommy Thomas?


Dalam hal pemilihan Tommy Thomas ini pada teknikaliti perlembagaan sememangnya tiada salah. Cuma jelas cacat dari sudut berhubung menasihati Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) dalam hal ehwal perundangan Islam.

Nama yang diusul oleh Perdana  Menteri, Tun Mahathir ini telah ditolak oleh YDPA, Sultan Mohamad V. Mengikut perlembagaan perkara 145 (1) adalah dengan nasihat Perdana Menteri dalam melantik Peguam Negara (AG) dan Hakim Mahkamah Persekutuan.