Saturday, April 19, 2014

SPAD Tegas Terhadap Syarikat Bas Terlibat Kemalangan


Kemalangan bas ekspres kian menjadi perhatian pengguna di Malaysia. Apa sudah jadi dengan sektor perkhidmatan awam kini? Walau apa usaha digembleng kerajaan dalam mengekang insiden ini, namun tidak akan berjaya jika sikap pengendali dan pemandu tidak berubah.

Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang di Pengerusi oleh Tan Sri Syed Hamid Albar telah merangka beberapa inisiatif seperti SPAD ICOP-Keselamatan. Inisiatif ini bertujuan mendidik para pengendali untuk memastikan segala aspek pengurusan pemandu dan penyelenggaraan kenderaan dilakukan secara betul dan berkala.


Sehingga ke hari ini, sebanyak 2300 syarikat pengendali bas telah menghadiri latihan SPAD ICOP – Keselamatan yang telah dijalankan sejak Disember 2012. Latihan ini mewajibkan semua pegawai keselamatan dan penyelia syarikat untuk menghadiri latihan yang dijalankan oleh SPAD serta memantau pemandu dan kenderaan sebelum setiap perjalanan dimulakan.

Sejak pertegahan tahun 2013, pihak SPAD juga telah menjalankan pengauditan ke atas 24 syarikat bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan jalanraya.

Hasil siasatan tersebut SPAD telah menggantung sebanyak enam (6) lesen pengendali dan membatalkan dua (2)  permit pengendali yang didapati bersalah atas kesalahan-kesalahan tertentu di bawah SPAD ICOP - Keselamatan dan APAD 2010.

SPAD juga ingin menegaskan kepada semua pengendali bas ekspres untuk sentiasa memberi penekanan yang serius dalam aspek pengurusan pemandu dan penyelengaraan bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan untuk mengangkut penumpang sentiasa selamat.


No comments:

Post a Comment