Apa kebende yang bergerak tu? Takkan keranda? Takkan sampai banyak gitu? Bukan sikit tetapi beribu-ribu?
Puluhan ribu bas sekolah ini dipercayai tidak berdaftar dengan SPAD sekaligus hilang kelayakan mendapat Skim Perlindungan Insurans Murid-murid Sekolah (SIMS).
Ini kerana SIMS yang diumumkan oleh PM, Datuk Seri Najib Razak dalam bajet 2013 hanya melindungi pelajar yang menggunakan bas sekolah yang memiliki permit SPAD.
Senario ini menggambarkan beratus ribu murid di negara ini berulang alik ke sekolah tanpa mendapat pelindungan sewajarnya jika berlaku kemalangan sewaktu menggunakan bas sekolah.
Ibu bapa perlu memainkan peranan penting supaya melakukan semakan terhadap bas sekolah supaya anak mereka tidak ternaik salah satu KERANDA bergerak di Malaysia.
Setakat ini sebanyak 18,000 buah bas sekolah yang sudah berdaftar dengan SPAD. Angka ini masih jauh rendah berbanding jumlah bas sekolah haram yang ada.
Difahamkan antara faktor utama pengusaha tidak memohon permit atau lesen dengan SPAD kerana usia bas yang sudah melebihi jangka hayat atau lebih lama.
Selain itu, ada juga pengusaha yang mengambil sikap pentingkan diri sendiri, enggan memohon permit kerana tidak mahu membebankan diri dengan syarat yang perlu dipatuhi. Sikap begini meletakkan murid-murid sekolah berhadapan risiko mati katak.
Info SIMS
- Dikendalikan oleh Takaful Malaysia Berhad bermula 2 Januari 2013.
- Perlindungan sehingga RM100,000 jika hilang keupayaan atau membabitkan kematian.
- Bayaran perubatan sehingga RM3,000, manfaat hospital (RM100 sehari sehingga 30 hari) dan khairat kematian sebanyak RM2,500.
- Faedah perlindungan merangkumi penggunaan bas sekolahuntuk aktiviti luar seperti rombongan, lawatan sambil belajar dan sebarang kokurikulum tambahan yang disahkan oleh pihak sekolah.
Tuan terima kasih untuk info ini.
ReplyDeleteKami ibu bapa mostly tiada pilihan. Kawasan perumahan baru susah nak dpt bas sekolah yang sanggup hantar dn ambil anak ke sekolah. Bkn x sayang anak! Kami terperngkap krana tiada pilihan. Bantu kami!
ReplyDeleteAnon 7:10. Kategori mcm anon ni agak sukar tapi tidak mustahil untuk diselesaikan. Cuma perlu kerjasama setiap pihak bkn SPAD shj.
ReplyDelete1- jika bas sekolah yg anak naik itu tdk brdaftar, sila laporkan kpd SPAD. Pihak SPAD akan melakukan susulan dgn meminta pemilik supaya mendaftar.
2- minta kerjasama PIBG dlm menangani masalah bas tidak dilindungi insurans supaya mendesak pemandu bas berdaftar. Kalau mahu libatkan kerjasama dgn pihak SPAD dan Media.