Saturday, January 19, 2013

Majlis Syura Nak Puji Ke Nak Gelak


Sebelum ini, Hadi Awang begitu confident di samping ketua pembangkang, Anwar Ibrahim mengumumkan bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah. 

Keputusan dan pengumuman ini dibuat selepas mesyuarat pimpinan pakatan minggu sudah. Nik Aziz selaku mursyidul am PAS pula dilihat merestui keputusan tersebut yang dibuat bersama wakil-wakil pemimpin bukan Islam. 

Hairan apabila kita melihat muslimin PAS yang diangkat sebagai Tuan Guru, Presiden dan Mursyidul membincangkan mengenai boleh atau tidak menggunakan kalimah Allah dengan BUKAN Islam. Perlukah Islam menerima tunjuk ajar bukan-Islam mengenai apa yang Islam patut lakukan? 

Umat Islam negara ini ternyata terkejut dan kecewa dengan pengumuman tersebut. Maka pelbagai kencaman timbul bagi menyuarakan bantahan dan perasaan puas hati di media cetak dan elektronik terhadap pakatan.

Malah majoriti ahli PAS sendiri hantuk kepala ke dinding memikirkan parti yang mereka junjung selama ini sedang melacurkan akidah umat Islam. Setelah diasak dan tekanan kuat dari dalaman parti sendiri akhirnya PAS berubah nada menghalang pula bukan Islam daripada menggunakan kalimah "Allah" di negara ini. 

Keputusan dibuat tepat.. Tapi cara untuk mereka sampai kepada keputusan tersebut amat melucukan. 

Sepatutnya awal-awal lagi selaku umat Islam kita sudah tahu sabda Rasulullah SAW:
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya”. (riwayat Malik)
Tapi perkara ini bukan pegangan pimpinan PAS. Mereka akan berpegang lebih kepada ketaksuban politik terlebih DAHULU dengan memperbincangkan mengenai hal Islam dengan mereka bukan Islam. Bila sudah mendapat tekanan baru mereka hendak ikut hadis.

Sekarang timbul pulak suara sumbang dalam pakatan sendiri mempertikaikan keputusan Majlis Syura. Si sumbang mengatakan bahawa keputusan tersebut hanya terpakai kepada ahli PAS?! 

Lihat bertapa kedudukan PAS dalam pakatan tidak diendahkan selaku parti yang paling "layak" dalam hal ehwal agama Islam berbanding PKR-DAP. 

Ini bukan pertama kali PAS diperlakukan sebegini. Dalam keadaan begini Nik Aziz boleh cakap isu kalimah sudah selesai? Selesai buat keputusan je lah! Tapi untuk memberi pemahaman kepada rakan dalam parti belum selesai!


No comments:

Post a Comment