Wednesday, October 12, 2011

Gerakan Menghasut Peneroka FELDA

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak cubaan untuk merosakkan institusi FELDA dari dalam. 

Kalau diperhatikan dari mula tertubuhnya FELDA pada tahun 1956 sehingga tahun 1980an tidak timbul sebarang isu kurang puas hati dikalangan peneroka.

Tiba-tiba selepas alaf baru, tahun 2000, pelbagai isu timbul dan untuk maklumat pembaca semua masalah bukan berpunca dari peneroka mahupun pihak dalaman FELDA itu sendiri. 

Tetapi berpunca dari anasir luar yang telah menyelinap masuk bagi memecahkan tembok kepercayaan peneroka terhadap pentadbiran FELDA. Jelas menunjukkan bahawa masalah yang timbul hanya lebih kepada salah faham serta terkeliru segelintir kecil peneroka kerana teracun oleh pihak lain.

Pihak anasir jahat ini telah membakul sampahkan pemikiran peneroka dengan mengatakan bahawa peneroka telah ditipu oleh pihak FELDA!

Mereka mengatakan kepada para peneroka di sesebuah tanah rancangan.  FELDA telah membeli harga tandan sawit mereka dibawah nilai sebenar dari sejak mula dibuka.

Mereka yang melakukan gerakan mengfitnah ini, turut mendakwa bahawa  pengredan tandan sawit tidak dilaksanakan dengan telus. 

Walaubagaimanapun majoriti para peneroka bijak meneliti dan tidak mempercayai dakyah terbabit, kerana mereka tahu segala yang dicanangkan oleh gerakan pengfitnah ini adalah tahyul serta FITNAH semata-mata.

Para peneroka tahu setiap isi kandungan perjanjian mengenai "Bayaran Kembali" (BK) dari mula kawasan rancangan dibuka.

Peneroka tahu proses peggredan yang dilakukan, serta proses pembayaran yang di laksanakan oleh FELDA.

Jika penipuan berlaku, mana mungkin mereka mampu menyara keluarga dengan keringat menjadi perintis kawasan rancangan. Mana mungkin kami peneroka mampu menghantar anak-anak kami belajar di Universiti.

Mereka juga tidak mungkin dapat menunaikan Ibadah Umrah atau Haji dan Ini semua kerana hasil keringat kami bersama FELDA dan kami amat berterima kasih kerana peluang yang diberikan.

No comments:

Post a Comment