Thursday, March 10, 2016

Kawalan Kualiti Penyediaan Bahan Sajian McDonald's


Sebelum ini perisik sudah jelaskan panjang lebar segala tuduhan liar terhadap McDonald's Malaysia (MY) dari kaitan Zionis-Israel hinggalah ke siri-siri konspirasi yang tiada kesudahan. Dijawab satu, timbul pula konspirasi yang baru. Ada juga tuduhan yang berulang-ulang, cuma re-angle dari beberapa sudut lain. Macam mana pusing pun jawapan diberi memang sama.  

Kali ini kita rehat seketika dari segala macam konspirasi tahyul tu. Perisik ingin membawa para pembaca mengenali lebih dekat disebalik penyediaan makanan McDonald's MY. Penggemar McDonald's setakat ini hanya mampu melihat dari meja kaunter bayaran bagaimana sibuknya kakitangan mereka menyediakan sajian.

Wednesday, March 9, 2016

Penipuan demi Penipuan WSJ Terbongkar! FGV Turut Jadi Mangsa!


Itulah standad berita agensi antarabangsa Wall Street Journal (WSJ). Menggunakan pengaruhnya sebagai medium sebaran maklumat dengan mencipta fitnah terhadap pemimpin dan organisasi sesebuah negara. Sebelum ini penipuan terbesar dekad ini adalah menuduh Iraq memiliki senjata pemusnah (WMD).

Berita WSJ ini telah dijadikan alat kerajaan US pimpinan George W Bush ketika itu bagi menghalalkan pencerobohan ke atas Iraq sekaligus mengguling pemerintahan Presiden Saddam Hussein. Setelah beberapa tahun tiada satu bukti WMD pun ditemui.

Sokongan Masyarakat Cina Semakin Meningkat! #MCA #TiongLai



Sambutan 67 Tahun MCA pada 5 Mac lalu di Dewan San Choon Wisma MCA, Kuala Lumpur bersama semangat baru apabila semakin ramai masyarakat cina di negara ini kembali menyokong MCA dan BN amnya. Masyarakat cina sudah mampu menilai sejauh mana keikhlasan pembangkang di negara ini.

Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai menyeru kepada semua masyarakat cina agar sama-sama berganding bahu membantu dan menyokong parti MCA dalam merealisasikan misi dan visi penubuhan parti. MCA sememangnya konsisten dalam memperjuangkan nasib rakyat di negara ini. Akan tetapi difitnah oleh DAP dengan mainan sentimen perkauman sehingga ramai yang terpengaruh menjauhi MCA.

Monday, March 7, 2016

Kemasukan"Teksi Mini" Mampukah Direalisasi!

Perlaksanaan Teksi Mini buat masa ini belum dimuktamadkan dan ianya masih dalam peringkat perancangan. Namun beberapa faktor perlu diambil kira bagi melihat kesan dari sudut pemandu teksi sedia ada dengan permintaan pengguna yang dahagakan servis yang berkualiti dan murah.

Idea ini sebenarnya telah dibangkitkan pada awal tahun lepas dengan mengambil contoh negara-negara jiran seperti Thailand dan Indonesia yang menyediakan perkhidmatan teksi beroda tiga atau lebih dikenali sebagai Tuk Tuk. Indonesia juga menyediakan teksi bermotor bagi mengambil dan menurunkan penumpang. 

Saturday, March 5, 2016

Rakyat Diutamakan! 30% Diskaun Dilanjutkan Sehingga Akhir Tahun!



Inisiatif diskaun ini telah diperkenalkan oleh Kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sejak September 2015. Pemberian diskaun ini telah memberi manfaat berpuluh ribu pengguna perkhidmatan bas antara bandar di Klang, Seremban, Rawang dan Pusat Bandar.

Memandangkan sambutan amat menggalakkan, pihak kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan pemberian diskaun 30% ini mulai 1 Mac 2016 sehingga 31 Disember 2016. Pengumumkan ini merupakan berita gembira buat pengguna bas di laluan dinyatakan tadi. Ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan pengguna sehari-hari.

Thursday, February 25, 2016

Jalinan Kerjasama Penerbangan ASEAN-EU Terus Kukuh @TiongLai #MCA


Satu usaha penting Kementerian Pengangkutan dalam meningkatkan kebolehpercayaan sektor penerbangan ASEAN. Malaysia sememangnya komited melibatkan diri dalam analisis serta memberi sokongan terhadap Perjanjian Komprehensif Pengangkutan Awam Udara (CATA) di antara Kesatuan Eropah dan ASEAN.

Perjanjian ini merupakan langkah penting bagi menyeragamkan usahasama sektor penerbangan kedua kesatuan besar ini dalam beberapa faktor penting seperti keselamatan dan pengawasan penerbangan. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu perjanjian ini mampu mengukuhkan lagi kerjasama terbabit sekaligus mampu mempromosikan jaringan perjalanan udara antara dua rantau ini.

Modul Baharu PLKN 2.0 Sambut Penyertaan 20,000 Pelatih



Sejak dari tahun lepas beberapa siri perbincangan bagi mentransformasi modul PLKN yang sudah berusia lebih 10 tahun perlaksanaan di negara kita ini. Penangguhan PLKN yang dibuat tahun sudah bagi tujuan penjimatan sebanyak RM500 juta telah memberi lebih banyak ruang kajian dilakukan dan hasilnya PLKN 2.0.

Modul baharu PLKN 2.0 ini bakal bermula pada sesi pengambilan pelatih tidak lama lagi pada 26 Mac nanti. Sebelum ini satu testing plot telah dilakukan di Kem Latihan Princess Haliza di Sepang, Selangor bagi melihat keberkesanan modul baharu ini. Respon para peserta sukarela pada sesi testing plot itu amat positif kerana pengisian latihan bersesuaian bagi persediaan menghadapi cabaran dunia sebenar diluar sana.

Monday, February 22, 2016

Peruntukan RM50juta Bina Kolej Universiti TAR Sabah



Berita baik buat warga Sabah, terutama ibu bapa yang merancang menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran dan juga belia yang tercari-cari tempat sambung belajar. Selalunya pilihan utama lokasi mengikuti kursua Diploma dan Ijazah adalah universiti di Semenanjung.

Antara yang menjadi pilihan utama belia dan ibu bapa adalah Kolej Universiti TAR. Selepas ini, pilihan ke Kolej UniTAR menjadi semakin hampir apabila Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan pembinaan kolej terbabit di Sabah tahun lalu dengan peruntukan kos RM50 juta.

Capai 1.5 Juta Sehari Tidak Mustahil Bagi Prasarana


Sasaran mencapai 1.5 juta ini adalah bagi jumlah penumpang keseluruhan rangkaian perkhidmatan seperti LRT, monorel dan bas di bawah Prasarana. Angka ini mungkin nampak besar, tapi ia bukan sesuatu yang mustahil berikutan Prasarana sudah melebarkan jaringan perkhidmatan berperingkat-peringkat seperti sambungan jajaran LRT Ampang pada 31 Mac dan juga Kelana Jaya pada 30 Jun nanti.

Kemampuan Prasarana sememangnya tidak dipertikaikan kerana boleh dikatakan satu-satunya organisasi yang memiliki jaringan perlbagai perkhidmatan awam darat di negara ini. Ia merupakan satu kelebihan Prasarana berbanding pengendali perkhidmatan awam darat yang lain.

Sunday, February 21, 2016

RMHC Biaya Rawatan 350 Kanak-kanak Bibir Sumbing



Kisah mengenai Rumah Amal dan Kebajikan McDonald (RMHC) sudah pun perisik kongsikan sebelum ini. Rupanya selain menyediakan penginapan sementara pesakit kanak-kanak bersama keluarga di HUKM, RMHC turut menghulurkan bantuan rawatan kanak-kanak yang memiliki bibir sumbing.

Kita sedia maklum kesulitan dialami oleh kanak-kanak yang membesar dalam keadaan bibir sumbing. Mereka susah bertutur dan ini menganggu proses pembelajaran anak-anak ini. Ia sekaligus menjejaskan keyakinan diri kanak-kanak dalam berdepan dengan kawan-kawan sekolah.