Sedang saya membaca beberapa laman web, saya menemui sebuah video yang menyiarkan satu ceramah yang tersiar di www.agendadaily.com mengenai Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail yang ingin saya kongsi bersama pembaca.Jom tonton.
Friday, April 29, 2011
Thursday, April 28, 2011
Yayasan FELDA prihatin nasib warga emas.
Kebelakangan ini banyak sangat golongan yang mempunyai kepentingan tersendiri mengutuk FELDA dari segala sudut. Segala yang dibuat FELDA salah belaka seolah-olah tidak ada kebaikan langsung.
Mereka langsung tidak mahu mendedahkan pencapaian dan perkara baik yang dibuat oleh FELDA, terutama Yayasan Felda.
Saya rasa terharu apabila mendapat tahu baru-baru ini Yayasan FELDA telah mengumumkan bahawa mereka akan membina sebuah rumah penjagaan warga tua di Sungai Klah, Perak.
Pengerusi Yayasan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor ketika mengumumkan demikian baru-baru ini berkata rumah berkenaan akan siap tahun hadapan. Difahamkan rumah berkenaan akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan canggih tetapi pada masa yang sama mengekalkan persekitaran kampung.
Rumah penjagaan ini dijangka memulakan operasi pada tahun ini dan akan menerima 15 warga emas yang pertama mendaftar.
Katanya rumah berkenaan akan dibina di kawasan yang sama Yayasan FELDA akan mendirikan Institut Hafazan Al-Quran.
Katanya lagi, fasa pertama pembinaan Institut berkenaan yang dibina bagi memenuhi keperluan masyarakat yang mahu mempelajari dan mendalami Al-Quran, sedang berjalan lancar.
Difahamkan untuk peringkat permulaan Yayasan hanya akan mengambil 20 orang penuntut daripada pelbagagi usaha dan ia tidak terhad kepada warga FELDA sahaja.
Tuesday, April 26, 2011
FELDA senarai perniagaan gula di Bursa
Baru-baru ini saya terbaca laporan beberapa buah akhbar bahawa FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd akan menyenaraikan semua perniagaan gulanya di Bursa Malaysia.
Dengarnya FELDA Global akan menyusun semula empat aset gulanya iaitu Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd (KGFP) dan Malayan Sugar Manufacturing Company Bhd (MSM) serta dua anak syarikat, MSM Properties Sdn Bhd dan Astakonas Sdn Bhd, di bawah MSM Holdings.
Difahamkan draf prospektus bagi tawaran awam permulaan (IPO) MSM Holdings sempena penyenaraian itu sudah dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk kelulusan.
Walaupun harga IPO setakat ini masih belum dimuktamadkan, tetapi berdasarkan sasaran pengumpulan modal antara RM800 juta hingga RM900 juta dan tawaran jualan sehingga 234.56 juta saham, anggaran awal harganya adalah antara RM3.50 hingga RM3.80 seunit.
Sumber industri mengatakan IPO itu akan menawarkan jualan sehingga 234.56 juta saham biasa MSM Holdings bernilai 50 sen sesaham iaitu kira-kira 33 peratus daripada modal terbitan dan berbayar syarikat itu yang diperbesarkan iaitu 702.98 juta saham.
Dengarnya FELDA Global sudah melantik CIMB Investment Bank Bhd sebagai Penasihat Prinsipal dan Pengatur Tunggal Global bagi IPO itu.
Penganalisis meramalkan penyenaraian MSM Holdings itu akan meningkatkan kedudukan FELDA sebagai peneraju dalam industri gula. Syabas FELDA!
Thursday, April 7, 2011
Kes Felda Saman Wan Azizah – PM mungkin dipanggil jadi saksi?
Saya dapat tahu daripada rakan-rakan wartawan yang selalu membuat liputan mahkamah bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mungkin akan dipanggil menjadi saksi dalam kes Felda menyaman Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ini berikutan dua plaintif, telah menyebut namanya terbabit dalam membuat keputusan membeli bangunan baru Felda berhampiran KLCC. Dengarnya peguam bela Wan Azizah sudahpun membuat permohonan itu di mahkamah.
Pada 16 Ogos tahun lalu Felda menerusi Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd telah mengemukakan saman RM200 juta terhadap Wan Azizah, timbalannya, Dr Syed Husin Ali dan empat orang lain yang mendakwa Felda telah bangkrap serta tuduhan palsu terhadap pembelian bangunan Felda itu.
Kenyataan itu disiarkan oleh akhbar Suara Keadilan pada edisi 22-29 Jun 2010.Empat defenden yang terbabit Penerbit Suara keadilan, Pelita Koridor Sdn Bhd, pengarangnya, Dzulkarnain Raib, wartawan Runizam Mahat dan syarikat percetakan NPK Sdn Bhd.
Pada Januari tahun ini Felda juga telah menyaman Datuk Dr Tan Kee Kwong kerana membuat kenyataan berunsur fitnah. Dr Tan disaman RM200 juta kerana menyiarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Felda dalam sebuah artikel yang disiarkan oleh akhbar yang sama pada edisi 22-29 Jun tahun lalu.
Felda Global mendakwa kenyataan fitnah itu disiarkan dalam mukasurat hadapan artikel berjudul “Kontroversi.” Artikel itu bersambung di mukasurat tiga di bawah tajuk “Bina bangunan RM662 juta hanya libatkan tiga individu .”
Dr Tan meninggalkan Gerakan untuk menyertai PKR pada September 2008. Sebelum itu dia pernah menjadi Timbalan Menteri pada 1999 sehingga 2004 dan Ahli Parlimen Segambut dari 1995-2004.
Thursday, March 17, 2011
Daripada 18 kes, 12 selesai dan Felda kalah 1 saja
Daripada 18 kes saman yang membabitkan Felda sehingga hari ini, 12 telah diselsaikan dan Felda hanya kalah satu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Mazlan.
Ahmad berkata demikian dalam jawapan bertulis kepda Ahli Parlimen Tumpat (PAS), Kamaruddin Jaafar di parlimen baru-baru ini. Katanya, enam lagi kes masih dalam proses perbicaraan.
Katanya kes yang tidak memihak kepada Feld itu membabitkan babitkan tuntutan peneroka Felda Kemahang 3 di Tanah Merah, Kelantan. Felda kalahpun disebabkan masalah teknikal kerana peguambela Felda tidak hadir pada hari perbicaraan.
Kata Ahmad Maslan, kes Felda Kemahang 3 berhubung tuntutan penggredan jualan sawit berjumlah RM11.3 juta telah dilunaskan kepada peneroka yang terbabit.
Turut dibangkitkan oleh pembangkang di parlimen baru-baru ini ialah isu perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda.
Dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan perlantikan Isa Samad itu tidak jejas pasaran saham.
Dalam jawapan bertulisnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, berkata: “Adalah tidak benar pelantikan Tan Sri Mohd Isa sebagai Pengerusi Felda akan menjejaskan pasaran saham dan ia tidak ada kaitan dengan jatuh naik pasaran saham,”
Perdana Menteri berkata pelantikan Isa sebagai pengerusi Felda adalah berdasarkan kepada pengalaman beliau yang luas dalam bidang pentadbiran, pengurusan, kepimpinan dan mempunyai hubungan baik dengan masyarakat dan rakyat.
"Pengalaman beliau dalam bidang pentadbiran, politik dan pembangunan komuniti adalah menepati kriteria sebagai pengerusi Felda yang secara langsung terlibat dalam urusan pembangunan Felda dan urusan peneroka.”
Dalam jawapan bertulis itu, Najib turut menjelaskan, Indeks Komposit (IK) pada 30 Disember tahun lalu ditutup pada paras 1518.91 mata dan telah didagangkan dalam jajaran 50 mata pada suku tahun keempat. Pada awal Januari lalu pula, kata beliau, IK telah dibuka pada paras 1524.53 mata dan ditutup pada paras 1533.42 mata, meningkat 14.51 mata berbanding pada akhir Disember tahun lalu.
Najib juga menjelaskan pada masa ini tiada anak-anak syarikat Felda yang tersenarai dalam pasaran saham dan permintaan terhadap komoditi utama Felda iaitu keluaran sawit terus kukuh dan berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Wednesday, March 9, 2011
To Know Felda Is To Love Felda
Pilihanraya Kecil (PRK) Kerdau minggu lalu yang dimenangi calon Barisan Nasional, Syed Ibrahim Syed Ahmad seperti dijangka telah membuktikan sokongan pengundi di kalangan peneroka Felda kepada kerajaan masih utuh.
Apa tidaknya! Semua saluran mengundi membabitkan peneroka Felda dimenangi Ustaz Ibra. Di SK Jengka 25, calon BN mendapat 307 undi berbanding PAS yang hanya memungut 43.
Di SK Jengka 23, menerusi Saluran 1, calon BN mendapat 236 undi berbanding 95 oleh PAS, sementara di Saluran 2, BN mendapat 390 undi berbanding 133 oleh PAS. Di Saluran 3 pula BN mendapat 293 undi dan PAS hanya 177.
Di SK Jengka 22 pula, keputusan di Saluran 1 menyaksikan BN mendapat 182 undi berbanding PAS, 94. Manakala peti undi Saluran 2 memperlihatkan BN mendapat 224 dan PAS 94. Di Saluran 3 pula BN dapat 183 dan PAS 94.
Sungguhpun begitu, keputusan ini juga menunjukkan masih wujud lagi penyokong PAS di kalangan peneroka Felda. Untuk menjamin kemenangan pada masa akan datang, terutama PRU yang dengar khabarnya akan diadakan pada November tahun ini, Felda mesti lebih mendekatkan diri dengan peneroka.
Felda tidak harus mensisihkan penyokong-penyokong PAS. Sebaliknya adalah lebih baik ia menggunakan “reverse psychology” dengan cuba memahami mengapa mereka tidak menyokong BN. Apabila sudah tahu puncanya, carilah penyelesaian yang wajar untuk mengubah tanggapan negatif mereka terhadap Felda.
Saya sempat bersembang dengan beberapa peneroka di sana semasa musim PRK Kerdau. Ada berapa sebab mengapa sebilangan peneroka Felda tidak menyokong kerajaan. Banyak yang saya dengar ialah mereka bukan marah dengan kerajaan, tetapi dengan golongan tertentu dalam pengurusan Felda di peringkat bawahan dan pertengahan.
Ada yang marahkan pegawai Felda atau ketua peneroka di kawasan mereka yang sombong, tidak suka bergaul dan jarang “turun padang”. Ada yang marah kerana tidak puashati dengan hasil yang diperolehi kerana “kurang pemahaman” mengenai cara pembahagian.
Ada yang menolak kerajaan kerana termakan hasutan pembangkang. Ada pula sebilangan kecil yang betul-betul penyokong tegar pembangkang yang tidak akan mengubah pendirian walau apapun kita cakap.
Tetapi yang penting, Felda tidak boleh alpa, malah kena berusaha keras. Jika di peringkat pusat, BN menggalakkan pendekatan media baru, di kawasan peneroka pula, Felda kerana guna cara “old school”.
Felda tak perlu bergantung kepada ADUN, Ahli Parlimen atau Menteri tetapi kenalah kena buat inisiatif sendiri. . Berhubung rasa tidakpuashati peneroka, jika pegawai-pegawai peringkat bawahan dan pertengahan malas nak buat, apa salahnya pegawai-pegawai tinggi Felda berbuat demikian?
Bukankah lebih elok melihat dan mendengar rungutan peneroka secara langsung, daripada bergantung kepada laporan pegawai-pegawai yang mungkin kurang tepat atau tidak sampai ke pengetahuan mereka?
Felda juga boleh menggunakan Unit Perhubungan Awam/Komunikasi Korporat/ untuk menganjurkan program-program sosial dan kemasyarakatan untuk komuniti Felda.
Antara program yang boleh dipertimbangkan ialah Kelas Celik IT, kursus kepimpinan (untuk pemimpin di kawasan Felda), jahit/masak (untuk surirumah); usahawan (untuk yang minat berniaga), kem bina semangat (untuk belia), kem motivasi (untuk pelajar sekolah rendah/menenagah) serta bermacam-macam lagi.
Apa salahnya juga kalau Felda menganjurkan rombongan membawa pelajar/belia/ibubapa Felda yang tidak pernah atau mampu keluar, untuk melawat ibupejabat Felda atau Putrajaya mahupun pejabat PM supaya mereka lebih peka dengan dunia luar?
Untuk penyebaran maklumat juga, memandangkan tidak semua kawasan “Jalur Lebar” di kawasan Felda dapat dimanfaatkan oleh semua golongan, Felda boleh menggunakan cara “old school” untuk menyebarkan maklumat kepada peneroka
Mereka boleh menerbitkan bulletin/akhbar mingguan atau bulanan yang intipatinya khusus mengenai Felda ke setiap 112,000 peneroka di seluruh negara. Penyebaran maklumat ini penting supaya mereka tahu apa yang sudah, sedang dan akan dibuat oleh Felda untuk komuniti peneroka, sekaligus menerapkan budaya membaca.
Jika Felda tidak mempunyai peruntukan menerbitkannya sendiri, mereka boleh menaja menaja akhbar tertentu yang mempunyai Sisipan berita mengenai Felda untuk diberikan percuma kepada semua 112,000 peneroka di seluruh negara. Cara ini boleh membantu masyarakat Felda lebih peka kepada usaha dan kejayaan Felda.
Tambahan pula, penjualan banyak akhbar arus perdana pro-kerajaan semakin merosot kebelakangan ini kerana semakin kurang orang membeli dan membaca akhbar-akhbar ini, termasuk peneroka Felda.
Tambahan pula, penjualan banyak akhbar arus perdana pro-kerajaan semakin merosot kebelakangan ini kerana semakin kurang orang membeli dan membaca akhbar-akhbar ini, termasuk peneroka Felda.
Felda tak perlu mengharapkan atau menunggu Adun atau Ahli Parlimen untuk melakukan itu semua kerana Felda boleh lakukan sendiri. Bak kata pepatah Arab – jika gunung tak datang kepada Muhammad, maka Muhammad akan datang kepada gunung.
Program Doktor Turun Ke Desa yang diilhamkan oleh mantan pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor adalah contoh terbaik bagaimana Felda boleh mendekatkan diri kepada peneroka. Felda boleh mengadaptasi pendekatan ini kepada program lain.
Mungkin selepas ini Felda boleh memikirkan program seperti “Guru Turun Ke Desa” pada musim cuti sekolah untuk memberikan tuisyen secara percuma, ataupun “Atlet Turun Ke Desa” dengan mengadakan karnival sukan bagi mempromosikan budaya hidup sihat di kalangan komuniti Felda. Dalam hal ini Felda boleh berkolaborasi dengan MSN yang mempunyai program mencari bakat di kalangan pelajar.
Bagi anak-anak peneroka yang meminati seni, mungkin Felda boleh menganjurkan "Artis Turun Ke Desa" dengan membawa pencipta lagu atau pemuzik untuk mengadakan bengkel mencipta lagu atau bermain muzik di kawasan Felda. Dalam hal ini Felda boleh berkolaborasi dengan Karyawan.
Sebaik-baiknya Felda memilih artis-artis graduan yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang seperti M Nasir, Faizal Tahir, Dafi atau kumpulan Nasyid yang lahir daripada IPTA/IPTS.
Terdapat banyak cara untuk Felda mendekatkan diri dengan masyarakat. Felda tak perlu mempolitikkan program-program ini untuk mendekatkan diri dengan peneroka.
Soal pokoknya apa yang perlu diberi perhatian oleh Felda selepas ini ialah Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR).
Saya ingin cadangkan supaya Unit Perhubungan Awam atau Komunikasi Korporat Felda yang selama ini lebih tertumpu kepada menganjurkan majlis-majlis sosial dan glamour berkaitan pertubuhan itu supaya turun padang dan mendekatkan diri kepada masyarakat bagi menerapkan ke dalam benak fikiran mereka bahawa, To Know Felda Is To Love Felda.
Tuesday, March 1, 2011
PRK Kerdau - Tak ada idea, recycle fitnah lama
Semakin dekat PRK Kerdau, semakin galak pembangkang mensensasikan isu-isu kecil dan basi terutama berkaitan Felda. Alasannya mudah saja – mereka kehabisan idea, maka tiada cara lain kecuali “recycle” tuduhan-tuduhan lapok.
Betapa ceteknya pengetahuannya mereka mengenai Felda. Inilah akibatnya kalau tak buat “homework”. Pembangkang tak nampak ke, tak ambil tahu bahawa Felda Plantations itu milik peneroka juga.
Pembangkang tak tahu ke peneroka melabur dalam Koperasi Pembangunan Felda? Pembangkang tak tahu ke pelabur golongan peneroka ini mempunyai 51% saham dalam Felda Plantations dan menerima dividen 14% setahun?
Pembangkang tak tahu ke, segala hasil daripada tanah seluas 330,000 hektar itu dikembalikan semula kepada peneroka dalam pelbagai bentuk seperti program kemahiran, pembangunan prasasana dan sebagainya?
Pembangkang tak tahu ke Felda memperuntukkan RM50 juta setiap tahun untuk program kemahiran untuk anak-anak peneroka? Pembangkang tak tahu ke sehingga kini Felda telah melatih 33,017 anak peneroka dalam program kemahiran itu?
Pembangkang tak tahu ke, sehingga tahun lalu Felda sudah meluluskan RM101.5 juta skim pinjaman pembesaran rumah kepada peneroka di Felda Wilayah Jengka? Pembangkang tak tahu ke, menerusi skim itu peneroka boleh meminjam sehingga RM40,000 untuk membesarkan atau membaik pulih rumah asal yang sudah berumur lebih 30 tahun lalu?
Nasihat saya kepada pembangkang, sebelum membuat tuduhan melulu, siasatlah dulu. Jika fakta tak betul, sendiri yang malu.
Saya lihat, setelah pembangkang gagal mempengaruhi pengundi dengan pelbagai cara, mereka gunakan pula taktik kotor dengan mencemari reputasi calon BN, Ustaz Ibra kononnya dia tidak habis belajar. Mereka berbuat demikian setelah mendapati rekod Ustaz Ibra dan isterinya, Ustazah Sharifah Farunai tiada cacat cela.
Alahai pembangkang, pengundi Kerdau terutama peneroka Felda, memang maklum Ustaz Ibra lebih berwibawa daripada calon PAS, Hassanuddin Salim, yang sudah kalah PRK dua kali dan dalam perjalanan melakukan hattrick (kalah kali ketiga berturut-turut)!
Tuesday, February 22, 2011
Peneroka di 3 kawasan Felda penentu PRK Kerdau
Seperti diduga, Pilihanraya Kecil (PRK) Kerdau dan Merlimau akan diadakan serentak, iaitu penamaan calon pada 26 Februari dan mengundi pada 6 Mac.
Di kedua-dua tempat ini, BN boleh dianggap sebagai favourite dan pembangkang,yang kemungkinan besar diwakili calon PAS, berada dalam kedudukan sebagai “underdog.”
Khabarnya isu yang bakal dijaja di Merlimau ialah kes Teoh Beng Hock, harga barang naik dan isu label Melaka Maju. Di Merlimau tak ada peneroka, jadi isu Felda tidak akan dimainkan di situ.
Sementara di Kerdau pula nampak gaya mereka masih nak berusaha nak kaburkan golongan peneroka di Jengka 22, 23 dan 25. Kali ini saya dengar mereka nak buat serangan peribadi kepada pengerusi Felda, Tan Sri Isa, yang baru-baru ini menjadi sasaran penganalisis ekonomi pro-pembangkang.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau N28 di bawah parlimen Kuala Kurau mempunyai 8,451 pengundi berdaftar. Di kalangan peneroka Felda sahaja terdapat 2,655 pengundi. Jengka 22 mempunyai 915 pengundi berdaftar sementara Jengka 23 ada 1,383 dan jengka 25 pula 357 orang.
Pada Pilihanraya Umum (PRU) 2008, Allahyarham Datuk Zaharuddin abu Kassim mengalahkan calon PAS dengan majority 1,615 undi.
Difahamkan majoriti undi yang diperolehi di kawasan Felda, iaitu 920 undi.Daripada jumlah itu Jengka 22 meraih 54 peratus, Jengka 23 dapat 51% dan Jengka 23 peroleh 85%.
Ini bermakna untuk PRK Kerdau, jentera Barisan Nasional perlu memberi lebih perhatian kepada jengka 22 dan 23. Saya perhatikan PAS telah lama membuat “homework” di kawasan-kawasan ini, antaranya bergiat cergas dalam kegiatan keagamaan di kawasan ini dan secara tidak langsung memesrakan diri dengan penduduk tempatan.
Sehubungan itu jentera BN tidak boleh alpa, terlalu yakin dan sombong. Ramai ustaz/pendakwah penyokong PAS yang mempunyai pengikut di kawasan-kawasan Felda ini. Pengikut dan anak murid mereka tidak semestinya ahli parti.
Jadi, adalah lebih baik jentera BN mengelak daripada membuat serangan peribadi ke atas mana-mana calon PAS yang diletakkan kerana ia boleh memakan diri.
Jika pembangkang menggunakan auta, BN hendaklah membalas dengan fakta. Gaya pemikiran peneroka di Jengka mungkin tak sama dengan peneroka di Tenang. BN memang boleh menang, cuma perbezaan majoriti banyak bergantung kepada peneroka-peneroka di ketiga-tiga kawasan Felda itu.
Thursday, February 3, 2011
Peneroka dah bukti sokongan, BN jangan leka
Hujan lebat dan banjir yang melanda pada 30 Januari lalu tidak mematahkan semangat pengundi-pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang untuk memilih wakil rakyat mereka.
Akibat hujan dan banjir, tidak sampai 70 peratus penduduk keluar mengundi tetapi yang penting, BN menang dengan majoriti yang lebih tinggi.
Paling jelas, undi yang banyak diperolehi daripada peneroka Felda. Pengundi India juga meningkat. Orang Cina pula tidak ramai keluar mengundi kerana kebetulan kawasan yang paling ramai diduduki bangsa itu teruk dilanda banjir, terutama di bandar Labis Tengah.
Cubaan pembangkang untuk mempengaruhi peneroka di ketiga-tiga Felda di Tenang ternyata kurang berhasil. Di Felda Tenang, calon BN mendapat 795 undi berbanding calon PAS, 320 sementara peti undi di Felda Chemplak menyaksikan calon BN mendapat 985 dan PAS 132. Di Chemplak Barat pula calon BN mendapat 838 undi dan PAS mendapat 142. Jika dicampurkan kesemuanya, BN mendapat 2618 undi dari peneroka, berbanding hanya 600 yang dipungut PAS
Berikutan keputusan itu, jelas kepercayaan peneroka kepada kerajaan masih utuh. Seharusnya kerajaan mengambilkira dan mengingati keputusan ini. Janganlah apabila sudah menang, perhatian kepada peneroka Felda dikurangkan.
Banyak lagi yang boleh kerajaan lakukan untuk peneroka, terutama generasi muda. Kerajaan harus meningkatkan usaha mendekati generasi muda Felda. Mewujudkan gelanggang futsal sahaja tidak memadai. Kerajaan harus melipatgandakan usaha menyalurkan maklumat cepat dan tepat kepada peneroka dengan menggunakan pendekatan yang lebih terkini untuk mencantas segala dakyah palsu yang disebarkan oleh pembangkang.
Penyaluran maklumat yang cepat dan tepat kepada peneroka amat penting untuk menangkis usaha pembangkang mempengaruhi minda mereka pada masa akan datang. Buat apa wujudkan pusat komuniti jalur lebar di kawasan Felda jika beberapa kerat sahaja peneroka yang memiliki komputer atau laptop di situ?Ataupun mereka tak tahu guna? Apakah usaha lain kerajaan atau pengurusan Felda mewujudkan masyarakat Felda yang peka IT?
Di segi penyebaran maklumat, kita perlu ingat, tak semua orang membaca akhbar dan tak ramai orang peka IT atau tahu menggunakan internet. Sehubungan itu pendekatan lain juga perlu diambil kira untuk penyaluran maklumat kepada peneroka seperti SMS, pengeposan Risalah/Surat dan lawatan pintu ke pintu.
Tugas mendekati hati peneroka Felda juga tidak harus diserah bulat-bulat kepada Adun sahaja. Pengurus kawasan dan Ketua Peneroka juga perlu dididik dengan ilmu Public Relations/Human Relations. Dah selalu sangat saya mendengar aduan peneroka mengenai Ketua Peneroka atau Pengurus Felda yang sombong dan tidak mahu bercampur dengan orang bawahan.
Untuk mengelakkan golongan muda terbabit dengan gejala sosial yang kurang sihat, Felda juga mungkin boleh menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan Untuk mewujudkan Rakan Muda Felda Prihatin atau seumpamanya. Saya yakin pembabitan dalam aktiviti seumpama ini dapat membantu generasi muda Felda membentuk jati-diri.
Hubungan antara pihak pengurusan Felda dengan peneroka Felda harus dua hala dan bukan sehala. Jika perkara-perkara seperti ini tidak diambil perhatian, ia akan menjadi seperti bisul, semakin dibiar, semakin besar dan akhirnya pecah.
Pembangkang sedar keputusan ini menunjukkan mereka tidak mempunyai tempat di hati orang Felda - buat masa ini. Tetapi saya yakin mereka tidak akan patah semangat.
Saya dengar pelbagai strategi sudah diatur oleh pembangkang untuk mendekati generasi muda Felda, terutama pelajar sekolah, IPTA dan IPTS. Mereka menggunakan segala medium yang ada untuk menyampaikan dakyah sebagai persediaan menghadapi Pilihanraya Umum akan datang.
Selain menggunakan blog, Facebook dan twitter, mereka juga melakukan pendekatan sosial dengan menghadiri atau menganjurkan kegiatan kemasyarakatan dan keagamaan dari semasa ke semasa.
Apakah pula pendekatan yang akan dibuat oleh pengurusan Felda dan kerajaan BN selepas ini? Semoga mereka jangan happy sangat dan jangan leka!
Sunday, January 30, 2011
Felda Tenang Tak Senang Dengan Pembangkang
Beruntung sungguh nampaknya keluarga peneroka-peneroka Felda ini. Perhatian demi perhatian diberikan oleh kerajaan kepada mereka. Terbaru Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shabery Cheek dengan keprihatinan beliau telah meluangkan masa melawat belia-belia OKU di Felda Chempelak Barat.
Bukan satu, bukan dua, tapi lapan buah rumah beliau singgah untuk menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mereka. Apa yang lebih menarik lagi, bantuan yang diberikan itu bukan hanya tertakluk kepada ahli Barisan Nasional sahaja, tapi rumah penyokong PAS turut disinggahi beliau. Jelas sikap professional telah ditonjolkan oleh ahli parlimen Kemaman itu.
Melihatkan respon yang diterima oleh penduduk Felda Chempelak Barat, saya rasa kita sudah boleh tergelak berdekah-dekah di hadapan saudara Mazlan Aliman yang menjaja merata-rata tempat bahawasanya beliau telah berjaya ‘tackle’ orang-orang Felda.
Sempat juga saya mendapatkan sedikit pesanan daripada seorang pakcik Felda yang suruh saya ‘nasihatkan’ Mazlan Aliman. Demikian ‘nasihat’ beliau:
“Janganlah dikacau Felda ni. Kalau bukan kerana Felda, anak-anak pakcik tak dapat masuk universiti”
Mendengar ‘pesanan’ daripada pakcik itu mengingatkan kepada perbualan saya dengan seorang lagi ‘orang lama’ di Felda tersebut sewaktu mengikuti program sembang-sembang belia Felda bersama Datuk Seri Shabery petang semalam.
Menurutnya sewaktu kawasan Felda itu mahu dibuka, maka sibuklah si pembangkang terutamanya PAS menjaja cerita bahawasanya projek yang dilaksanakan itu adalah satu lagi usaha kerajaan untuk kelentong rakyat.
Tapi sekarang apabila melihat kemajuan yang sudah dikecapi oleh Felda, mereka yang beria-ia mahu ‘membela’ nasib orang Felda. ‘Orang lama’ itu turut mempersoalkan apa sumbangan yang pembangkang sudah lakukan untuk Felda yang boleh mendorong mereka menyokong pembangkang. “Mereka itu kaki putar-belit”, kata ‘orang lama’ itu.
Berdasarkan kepada beberapa siri program di Felda yang sempat saya ikuti, apa yang saya boleh simpulkan di sini adalah Mazlan Aliman boleh simpan ajelah cita-cita untuk menjadi pejuang Felda. Orang Felda tidak akan tertipu dengan idea propagandis awak. Jangan asyik nak buang boreh jo Mazlan Aliman oi.
Subscribe to:
Posts (Atom)







