Friday, June 1, 2018

GST Zero Rated! Apakah Harga Lebih Murah!


Hari ini rasmi GST zero rated telah berkuatkuasa. Rata-rata rakyat Malaysia sanggup tangguhkan belian barangan dan makan di restoran bagi berbelanja pada hari ini.

Sebelum ini fakta tentang GST telah ditafsir sebagai cukai berlapis sehingga setiap lapisan bermula dari pengilang, pemborong, perniaga dan pembeli kena GST. Ikut logik ini, harga barangan era GST ini adalah berlaku kenaikan 24%.

Mengapa Menteri Pendidikan Dr Maszlee Menipu!?


Malang bagi rakyat Malaysia apabila usaha memacu pendidikan negara dipegang oleh pendusta. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee dengan lancang memfitnah mengatakan kerajaan dulu menyembunyikan hutang.

Kepimpinan kerajaan PH seolah-olah senada dalam memainkan fitnah hutang negara ini. Semua ini tampak sebagai jalan mudah untuk melarikan diri dari melaksanakan janji dalam manifesto PH.

Rakyat Dipukau Penipuan Hutang Negara


Apa wayang yang sedang dimainkan oleh Kerajaan PH? Sejak menguasai Putrajaya tindak tanduk kerajaan tampak cuai, banyak kesilapan serta berlaku konflik kenyataaan antara pemimpin. Atau sebenarnya segala kesilapan kenyataan oleh perdana menteri dan menteri kewangan tentang hutang negara sengaja dibuat-buat. 

Kita semua ketawa tentang cacamarba kenyataan hutang negara oleh kerajaan. Pada mulanya RM600billion, selepas itu RM1trillion, kemudian kembali kepada angka RM600billion. Adakah mereka benar-benar tidak tahu tentang angka hutang serta definisi hutang negara? 

Mansuh Tol atau Tamat Tempoh Konsesi? Jangan Tertipu!


Semalam lagi sudah hebah di laman facebook kenyataan media oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) tentang penamatan tempoh konsesi tol di jajaran KL - Seremban Expressway dan Salak Expressway.

Kata kunci disini adalah "PENAMATAN TEMPOH". 

Wednesday, May 30, 2018

Sejarah Hitam Terukir Apabila Negara Majoriti Islam Diperintah Kerajaan Majoriti Bukan Islam


Sudah menjangka perkara ini bakal berlaku. Bila melayu-Islam cuba ingatkan, kami dituduh rasis dan penghasut. Bila melayu-Islam cuba sedarkan, kami dituduh kolot dan cuba menakut-nakutkan.

Walhal gerakan bukan Islam ini telah mula berlaku sejak beberapa PRU lalu. Lebih garang usaha mereka selepas tsunami pertama yang membawa kepada 5 negeri jatuh ke tangan pakatan. Bukan mempertikaikan kemenangan. 

Tuesday, May 29, 2018

Batal projek mega HSR bagus untuk negara!


Keputusan Perdana Menteri ke-7, Tun Mahathir membatalkan projek keretapi laju yang menghubungkan antara Kuala Lumpur dengan Singapore adalah langkah tepat dalam mengurangkan hutang negara.

Hutang negara yang diumum RM680billion telah menokok kepada RM1trillion hanya untuk masa beberapa hari sahaja. Perkara ini mengejutkan ramai pihak terutama pelabur dalam dan luar negara. Kemudian angka hutang terbabit berjaya dikurangkan RM400billion dengan ajaib. Satu kejayaan luar biasa buat negara. 

Wednesday, May 16, 2018

SPAD Pengasas Permodenan Pengangkutan Awam Negara


Pelbagai perubahan dan penambahbaikan pengangkutan awam darat berlaku sejak penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada 3 Jun 2010. Tertubuhnya SPAD ini adalah selepas Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 pada bulan Mei 2010.

SPAD yang diletakkan bawah Jabatan Perdana Menteri telah berjaya merangka polisi, merancang dan mengawal selia pengangkutan awam darat seperti bas, teksi, rel dan kenderaan berat. SPAD juga menjadi fungsi pemudah cara antara pengendali dengan kerajaan serta hubungan antara kerajaan bagi membawa masuk teknologi kaitan pengangkutan awam darat.

Friday, May 4, 2018

Perkhidmatan Rel Ke SKYPARK Mula Beroperasi


Sebelum ini mod pengangkutan untuk kesana hanyalah bas, teksi atau kenderaan persendirian. Kini pengguna boleh menggunakan perkhidmatan rel sebagai pengangkutan alternatif untuk ke Terminal Skypark yakni Terminal Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang Jaya. 

Buat masa ini perkhidmatan rel dari KL Sentral ke Subang Jaya ini akan beroperasi secara percuma selama sebulan. Sambutan pengguna adalah amat menggalakkan bagi merebut peluang merasai sendiri perkhidmatan tersebut.

Saturday, February 24, 2018

Makanan Bijirin Pun Jadi Modal Fitnah Pakatan


Tergelak melihat telatah pembangkang yang semakin hari semakin ketandusan idea dalam mencari peluru untuk memburukkan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mana mungkin rakyat lupa akan fitnah pembangkang dalam isu Felda bakal bankrap, Tabung Haji bakal bankrap, 1MDB bakal bankrap dan lebih dramatik Malaysia pula difitnah bakal bankrap. Kesudahannya yang jelas bankrap hanyalah pembangkang yang tiada lagi modal fitnah untuk dimainkan. Apa yang berlaku dikitar semula segala fitnah yang telah dijawab berulang kali.

Tuesday, February 20, 2018

Pakatan Perjudi Jawatan Perdana Menteri!



Umum tahu kekeliruan dikalangan pakatan pembangkang dalam menentukan siapa perdana menteri jika mereka menang. Di kalangan kepimpinan pakatan harapan masih istiqomah menjulang pesalah peliwat sebagai perdana menteri ke-7. Manakala kedengaran pula suara dari parti setahun jagung Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang inginkan Tun Mahathir menjadi perdana menteri sekali lagi.

Akhirnya dalam pertemuan kalangan kepimpinan pembangkang, mereka bersetuju untuk Tun menjadi perdana menteri. TETAPII...untuk satu tempoh tertentu sahaja dan dakwa mereka Mahathir akan menyerahkan kerusi PM itu kepada Anwar Ibrahim bila bebas kelak.