Friday, June 10, 2011

Penyenaraian MSM Holdings di Bursa Saham satu keputusan bijak, kata Yusof Noor


Sebaik sahaja berita penyenaraian MSM Malaysia Holdings Bhd. (MSM), syarikat milik FELDA Global ke pasaran utama Bursa Malaysia menjadi rasmi, seperti diduga, ada sahaja pihak yang tidak puashati, termasuk bangsa kita sendiri. Walhal penyenaraian itu sebenarnya memberi manfaat besar kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan peneroka FELDA khasnya yang memegang 20 peratus saham dalam MSM melalui Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Paling menyedihkan apabila ada bangsa sendiri yang mengatakan Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok tidak patut menjualnya kepada MSM Holdings. Malah ada juga orang kita (orang Melayu!) dalam tweetnya mengatakan tindakan MSM itu sebagai "hampeh" dan mencadangkan lebih baik diberikan kepada orang Cina daripada FELDA.

Bekas pengerusi FELDA dan juga pengerusi Yayasan FELDA, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor terkejut apabila mendapat tahu hal ini. Tetapi beliau tidak melenting dan menjawab dengan tenang apabila diajukan soalan.

Yusof mengakui sebelum pembelian itu terdapat juga pihak-pihak tertentu yang cuba potong jalan MSM sebab mereka tahu sudah ia adalah bisnes yang boleh memberikan keuntungan yang banyak kepada FELDA.

"Lembaga Pengarah tidak buat keputusan begitu sahaja. Mereka buat keputusan berdasarkan kajian yang mendalam terhadap industri gula.  apabila kita buat keputusan, kita mesti memikirkan apakah ia dapat beri faedah kepada komuniti FELDA. Ini adalah satu peluang kepada peneroka untuk mendapat keuntungan yang lebih tinggi.

"FELDA tidak boleh bergantung kepada satu komoditi sahaja. Selama ini kita bergantung kepada kelapa sawit. Tak mungkin sawit dapat bertahan selama-lamanya kerana tanah kita tak sesubur dan seluas negara lain. Selepas lebih 20 tahun, industri sawit mungkin dikawal oleh negara lain, jadi apa jadi dengan peneroka? Langkah penyenaraian ini adalah langkah futuristik yang berteras kepada kajian. Apa yang dibuat oleh MSM Holdings adalah keputusan yang sangat bijak," kata Yusof.

MSM Holdings akan disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia pada 28 Jun ini dan akan menutup tawaran runcitnya pada 13 Jun ini. Melalui tawaran awam permulaan (IPO), MSM akan menerbitkan 234.564 juta saham biasa bernilai RM0.50 sesaham dan ia dijangka mengumpul dana sebanyak RM792 juta. Sebanyak 28.12 juta saham diperuntukan kepada pelabur runcit pada harga lebih rendah daripada harga institusi, iaitu 97 peratus daripada RM3.38 sesaham.

Berdasarkan harga runcit pada RM3.38 sesaham, pelaksanaan IPO itu dijangka mengumpul dana sebanyak RM422.5 juta untuk MSM. CIMB Investment Bank Bhd. (CIMB Investment) telah dilantik sebagai penasihat utama dan koordinator global tunggal MSM untuk penyenaraian tersebut.


Thursday, June 2, 2011

Dewan Gemilang Yayasan Felda Canggih


Mencari tempat perkahwinan? Mencari lokasi yang sesuai di sekitar Petaling Jaya atau Damansara dan dekat dengan kemudahan awam seperti stesen LRT? Apa kata anda cuba Dewan Gemilang Yayasan Felda yang terletak bersebelahan Pejabat Pos Kelana Jaya.

Dewan berkenaan pada asalnya adalah dewan Asrama Semai Bakti Kelana Jaya yang kini sudah dipeindahkan ke Keramat. Ia terletak di dalam kawasan Institut Teknologi Utama (ITU). Dewaa ini mempunyai kapasiti sehingga 500 orang bagi acara bankuasi, 1,000 orang bagi hidangan buffet secara berperingkat, 500 bagi peserta seminar dan 800 bagi seminar berbentuk teater.

 
Dewan ini menggunakan teknik pencahayaan futuristic dan dilengkapi skrin di kiri dan kanan pentas, sebuah bilik VIP, sebuah bilik persiapan, bilik urus setia, surau, tempat letak kereta yang boleh memuatkan 200 kereta serta kemudahan audio video.

Dewan Gemilang ini diuruskan oleh D’Saji yang juga menguruskan Dewan Perdana dan Dewan Merak Kayangan di Jalan Gurney, Kuala Lumpur.D’Saji juga menyediakan kelengkapan pelamin dan sebagainya.


Harga Pakej Perkahwinan Dewan Gemilang Yayasan Felda bermula dengan RM27 sahaja. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi D’Saji di 03-2698 9302.

Friday, May 27, 2011

MRSM FELDA

Berikut ialah video Korporat MRSM Felda Kampus Tun Abdul Razak.

Iklan komersil FELDA

Di sini saya ingin berkongsi  iklan TV mengenai FELDA yang dihasilkan oleh Chilli Pepper Film. Semoga video ini dapat memberi manfaat kepada pembacaa, terutama dari golongan peneroka dan keluarga.


Saturday, May 21, 2011

PENEROKA FELDA KENA TIPU DENGAN PEGUAM

Saya terbaca artikel yang ditulis dalam blog Dari Kedah ke KL semalam yang membongkar penipuan oleh peguam PAS yang mewakili peneroka Felda Kemahang 3 dalam kes menuntut saman dari FELDA.

Menurut blogger berkenaan, peguam-peguam PAS itu yang memenangi kes saman di Mahkamah Tinggi Kota  Bharu kerana kesilapan teknikal apabila peguam yang mewakili FELDA tidak hadir, telah mengaut keuntungan daripada keputusan mahkamah berkenaan.

Difahamkan peguam-peguam berkenaan mendapat bayaran RM3.3 juta sementara "orang tengah" mendapat RM1.1 juta dan peneroka hanya menerima RM19 ribu seorang sahaja.

Mengapa ini terjadi dan siapa agaknya "orang tengah" berkenaan? Nak tahu cerita lanjut, baca cerita selanjutnya di sini

Iktibar yang kita boleh ambil dari cerita ini ialah, peneroka janganlah mudah terpedaya dengan janji manis golongan yang kononnya mahu membantu atau memperjuangkan hak mereka. Mereka berbuat begitu kerana ada udang di sebalik batu.

Jangan mudah percaya kepada orang yang berlagak sebagai wira, tetapi sebenarnya ada niat tersembunyi. Saya percaya, ramai yang boleh mengagak siapa "orang tengah" itu yang selama ini berlagak seperti wira memperjuangkan nasib peneroka. Sekarang ini sudah ternyata, dia adalah "musang berbulu ayam."

Semoga apa yang berlaku terhadap peneroka-peneroka di Felda Kemahang 3 ini dapat dijadikan pengajaran peneroka di seluruh negara. Jangan mudah percaya sangat dengan si "musang berbulu ayam" itu!

Monday, May 9, 2011

Felda Trading cari stokis produk kesihatan


Apa yang lazim dilihat ialah masyarakat tempatan lebih mengagungkan produk luar negara, padahal kita mempunyai produk tempatan yang sama taraf, atau kadangkala lebih baik. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Felda juga mempunyai produk makanan dan kesihatannya sendiri yang diusahakan dan dipasarkan oleh oleh Felda Trading Sdn Bhd. 

Antara produk yang dikeluarkan ialah perencah makanan berjenama Slera, minuman berjenama Fresha serta produk kesihatan berasaskan herba Biofeld. Produk-produk ini boleh didapati di rangkaian pasaraya D’Mart di hampir kesemua kawasan Felda. 


Malangnya ia sukar didapati di pasaraya tempatan. Felda Trading sepatutnya meletakkan produk ini di pasaraya tempatan popular seperti Giant atau Mydin, serta Hentian Puduraya dan Cheras yang sudah canggih sekarang.

“Produk-produk kami  sama hebatnya dengan produk jenama lain. Produk kami lebih sedap dan lebih murah,” kata Pengurus Jenama Felda Trading, Baba Abdullah.

Menurut Baba, jenama Slera menyediakan Perencah Paprik, Beriana Arab, Kurma, Kerutuk Cik Banding dan Gulai Kawah. Sementara produk-produk Fresha ialah Kopi Campuran Herba, Teh Tulen Ceylon.

Di bawah Jenama BioFeld pula terdapat produk Cuka Madu, gabungan epal hijau dan madu asli. Ia berfungsi mengekalkan kesihatan, mencantikkan kulit dan membakar lemak. Kordial Kurma Habbatus Sauda pula boleh membantu menghaluskan kulit, mengatasi masalah sembelit, memberi tenaga kepada ibu mengandung dan baik untuk perkembangan otak bayi.


Tongkat Ali Plus dalam bentuk kapsul boleh memulihkan tenaga dan kesihatan lelaki. Ia dipercayai dapat meningkatkan daya ketahanan dan keupayaan mengembalikan ketegangan. Pegaga Ex Plus diperkaya dengan vitamin B Complex boleh membantu pembinaan minda, merangsang sistem peredaran darah dan meningkatkan tenaga. Ia juga boleh merangsang pertumbuhan kuku dan rambut. 



Produk Peria Ex Plus membantu mengurangkan kadar gula dalam darah serta kolestrol  dan  mengawal kencing manis. Hempedu Bumi Ex Plus yang mempunyai antioksidan, membersih darah, mencegah demam, batuk, selsema dan mengurangkan kencing manis.
Pesakit gout dan batu karang boleh mencuba Teh Misai Kucing. Sementara produk Ekstrak Lobak dapat menambahkan tenaga, menyegarkan badan dan mengurangkan tekanan Darah Tinggi. 

Bagi penggemar kopi, mereka boleh mencuba Bio CafĂ© yang mengandungi lima jenis herba, iaitu Tongkat Ali, Mata Pelanduk, Teja Lawang, Tebu Gajah dan Mengkudu Hitam. Menurut Baba, kopi campuran ini  dapat merawat sengal tulang, gatal-gatal, cirit-birit dan sakit pinggang. 

 
Kopi Kawe pula untuk meningkatkan tenaga lelaki serta membantu menyembuhkan kanser prostate, darah tinggi, kencing manis dan gout. Khusus untuk golongan hawa ialah Teh Cotet Mas yang mempunyai kandungan yang bertindak sebagai anti-oksidan dan anti-flamantori. 

Baba berkata, selain membantu warga peneroka, Felda Trading juga mahu membimbing masyarakat umum menjadi usahawan. Katanya, mereka yang berminat menjadi stokis untuk produk-produk berkenaan boleh datang ke Felda Trading Sdn Bhd di Tingkat 1, Blok F, Anjung Felda, Jalan Maktab, Kuala Lumpur, atau menelefon 02-2694 6019 atau menghubunginya terus di 019-226 8306.


Friday, April 29, 2011

Siapa sebenarnya Wan Azizah?

Sedang saya membaca beberapa laman web, saya menemui sebuah video yang menyiarkan satu ceramah yang  tersiar di www.agendadaily.com mengenai Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail yang ingin saya kongsi bersama pembaca.Jom tonton.


Thursday, April 28, 2011

Yayasan FELDA prihatin nasib warga emas.

Kebelakangan ini banyak sangat golongan yang mempunyai kepentingan tersendiri mengutuk FELDA dari segala sudut. Segala yang dibuat FELDA salah belaka seolah-olah tidak ada kebaikan langsung.

Mereka langsung tidak mahu mendedahkan pencapaian dan perkara baik yang dibuat oleh FELDA, terutama Yayasan Felda.

Saya rasa terharu apabila mendapat tahu baru-baru ini Yayasan FELDA telah mengumumkan bahawa mereka akan membina sebuah rumah penjagaan warga tua di Sungai Klah, Perak.

Pengerusi Yayasan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor ketika mengumumkan demikian baru-baru ini berkata rumah berkenaan akan siap tahun hadapan. 

Difahamkan rumah berkenaan akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan canggih tetapi pada masa yang sama mengekalkan persekitaran kampung. 

Rumah penjagaan ini dijangka memulakan operasi pada tahun ini dan akan menerima 15 warga emas yang pertama mendaftar.

Katanya rumah berkenaan akan dibina di kawasan yang sama Yayasan FELDA akan mendirikan Institut Hafazan Al-Quran. 

Katanya lagi, fasa pertama pembinaan Institut berkenaan yang dibina bagi memenuhi keperluan masyarakat yang mahu mempelajari dan mendalami Al-Quran, sedang berjalan lancar.

Difahamkan untuk peringkat permulaan Yayasan hanya akan mengambil 20 orang penuntut daripada pelbagagi usaha dan ia tidak terhad kepada warga FELDA sahaja.

Tuesday, April 26, 2011

FELDA senarai perniagaan gula di Bursa

Baru-baru ini saya terbaca laporan beberapa buah akhbar bahawa FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd akan menyenaraikan semua perniagaan gulanya di Bursa Malaysia.

Dengarnya FELDA Global akan menyusun semula empat aset gulanya iaitu Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd (KGFP) dan Malayan Sugar Manufacturing Company Bhd (MSM) serta dua anak syarikat, MSM Properties Sdn Bhd dan Astakonas Sdn Bhd, di bawah MSM Holdings. 

Difahamkan draf prospektus bagi tawaran awam permulaan (IPO) MSM Holdings sempena penyenaraian itu sudah dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk kelulusan.

Walaupun harga IPO setakat ini masih belum dimuktamadkan, tetapi berdasarkan sasaran pengumpulan modal antara RM800 juta hingga RM900 juta dan tawaran jualan sehingga 234.56 juta saham, anggaran awal harganya adalah antara RM3.50 hingga RM3.80 seunit. 

Sumber industri mengatakan IPO itu akan menawarkan jualan sehingga 234.56 juta saham biasa MSM Holdings bernilai 50 sen sesaham iaitu kira-kira 33 peratus daripada modal terbitan dan berbayar syarikat itu yang diperbesarkan iaitu 702.98 juta saham. 

Dengarnya FELDA Global sudah melantik CIMB Investment Bank Bhd sebagai Penasihat Prinsipal dan Pengatur Tunggal Global bagi IPO itu. 

Penganalisis meramalkan penyenaraian MSM Holdings itu akan meningkatkan kedudukan FELDA sebagai peneraju dalam industri gula. Syabas FELDA!


Thursday, April 7, 2011

Kes Felda Saman Wan Azizah – PM mungkin dipanggil jadi saksi?


Saya dapat tahu daripada rakan-rakan wartawan yang selalu membuat liputan mahkamah bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mungkin akan dipanggil menjadi saksi dalam kes Felda menyaman Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ini berikutan dua plaintif, telah menyebut namanya terbabit dalam membuat keputusan membeli bangunan baru Felda berhampiran KLCC. Dengarnya peguam bela Wan Azizah sudahpun membuat permohonan itu di mahkamah.

Pada 16 Ogos tahun lalu Felda menerusi Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd telah mengemukakan saman RM200 juta terhadap Wan Azizah, timbalannya, Dr Syed Husin Ali dan empat orang lain yang mendakwa Felda telah bangkrap serta tuduhan palsu terhadap pembelian bangunan Felda itu. 

Kenyataan itu disiarkan oleh akhbar Suara Keadilan pada edisi 22-29 Jun 2010.Empat defenden yang terbabit Penerbit Suara keadilan, Pelita Koridor Sdn Bhd, pengarangnya, Dzulkarnain Raib, wartawan Runizam Mahat dan syarikat percetakan NPK Sdn Bhd.

Pada Januari tahun ini Felda juga telah menyaman  Datuk Dr Tan Kee Kwong kerana membuat kenyataan berunsur fitnah. Dr Tan disaman RM200 juta kerana menyiarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Felda dalam sebuah artikel yang disiarkan oleh akhbar yang sama pada edisi 22-29 Jun tahun lalu.

Felda Global mendakwa kenyataan fitnah itu disiarkan dalam mukasurat hadapan artikel berjudul “Kontroversi.” Artikel itu bersambung di mukasurat tiga di bawah tajuk “Bina bangunan RM662 juta hanya libatkan tiga individu .”

Dr Tan meninggalkan Gerakan untuk menyertai PKR pada September 2008.  Sebelum itu dia pernah menjadi Timbalan Menteri pada 1999 sehingga 2004 dan Ahli Parlimen Segambut dari 1995-2004.