Monday, April 25, 2016

Cawangan SPAD Kini Di Seremban



Selain di pusat-pusat UTC di beberapa negeri di seluruh negara. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) juga turut melebarkan sayapnya di beberapa lokasi lain bagi memberi liputan perkhidmatan yang lebih luas. Kini SPAD menambah lagi bilangan cawangannya yakni di Seremban, Negeri Sembilan.


Cawangan SPAD Seremban ini telah mula beroperasi baru-baru ini pada 18 April 2016 bertempat di Bangunan MARA Negeri Sembilan. Pada hari pembukaannya sahaja sudah menerima kehadiran berpuluh-puluh orang awam yang ingin berurusan dengan pihak SPAD. Cenderahati disampaikan kepada 20 pengunjung pertama ke cawangan ini.

Sunday, April 24, 2016

Sambungan LRT Kelana Jaya Beroperasi 30 Jun



Beruntunglah kepada sesiapa yang duduk di kawasan berdekatan dengan perkhidmatan rel Transit Aliran Ringan (LRT). Dulu kedudukan rumah perisik tidak jauh dari perkhidmatan rel ini, sememangnya mudah untuk ulang alik dari satu kerja dan berjalan hujung minggu. Kini sambungan laluan Kelana Jaya pula bakal beroperasi, perisik yakin penduduk sekitar akan rasa manfaat besarnya.

Lihat sahaja bertapa pesatnya pembangunan di sekitar stesen hentian di sepanjang laluan LRT terbabit. Nilai hartanah juga melonjak malah industri kecil dan premis perniagaan tumbuh bak cendawan selepas hujan. Secara keseluruhan limpahan ekonomi akan dirasai dengan kehadiran sistem rel LRT ini. 

Friday, April 22, 2016

McDonald's Tidak Dibekal Ayam Sakit!


Kita sudah lihat tempat pemprosesan dan tempat sembelihan yang dilakukan di Dindings Poultry Processing (DPP). Kita cerita sikit bekalan yang hidup yang diperolehi dari Dindings Poultry Development Centre (DPDC). Kedua-dua syarikat ini adalah dibawah kumpulan Malayan Flour Milss Berhad (MFM).

Hampir sedekad lalu kita dikejutkan dengan virus yang menjangkiti unggas yakni H1N1 yang mampu merebak kepada manusia. Kemunculan virus ini telah merubah struktur pengurusan ayam hidup syarikat-syarikat gergasi di seluruh dunia. 

Tuesday, April 19, 2016

Ecah Anak Angkat McDonald's


Insiden tragis yang berlaku terhadap  Nuraisyah Sahrin, 13 telah merubah kehidupannya serta merta. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap, Sabak Bernam, Selangor ini menjadi mangsa kemalangan pada Januari lepas telah kehilangan kedua belah kakinya setelah digilis lori. 

Kejadian ini telah mendapat perhatian rakyat Malaysia yang bersimpati diatas musibah menimpa pelajar yang lebih dikenali dengan panggilan Ecah. Kini beliau meneruskan kehidupan sehariannya walaupun sukar pada kerana keadaan fizikalnya. Namun itu tidak mematahkan semangat Ecah, malah rakan-rakan sekolah dan guru-gurunya turut menyambut kehadiran Ecah ke sekolah setelah bercuti seketika. 

Kisah Pengguna Cuba Nak Naik Teksi! Berakhir Naik UBER! Mengapa?!



Seorang pengguna tegar UBER dari Johor yang dikenali sebagai Hakim Ishraf tergerak untuk MENCUBA KEMBALI perkhidmatan teksi. Sudah sekian lama dengan UBER, harapan menggunung untuk memberi peluang kepada teksi semula. Kejadian di Skudai Parade selepas beliau tiba dari Kuala Lumpur telah membuatkan tanggapan buruk terhadap teksi tidak berubah sama sekali.

Setibanya ke Skudai Parade, beliau cuba mendapatkan perkhidmatan teksi untuk pulang ke rumah. Rata-rata pemandu teksi terus menyebut harga RM15 hingga RM20. Bila ditanya dengan baik, mengapa tidak gunakan meter? Agak-agaknya pemandu teksi akan akur ke bila ditanya begitu?

Friday, April 15, 2016

Saman Pengusaha Bas Swasta Terhadap SPAD Di Tolak


Sejak penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ini semakin banyak transformasi pengangkutan berjaya diketangahkan. Tidak kurang juga yang mencemburui dengan gelojoh mencipta pelbagai tohmahan terhadap agensi ini.

SPAD bukanlah sebuah agensi yang sempurna, namun setiap teguran perlulah disampaikan dengan berhemah. Bukan dengan caci maki nista hingga menyentuh peribadi seseorang. Kaji dulu sebelum menyerang, takut kelak anda sendiri yang akan termalu

Thursday, April 14, 2016

Perlaksanaan AES Bawah AWAS Ditangguh


Sebelum ini Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai telah mengumumkan penambahan sistem AES dan beberapa penambahbaikan lain juga telah diketengahkan bagi mengatasi kadar kemalangan yang majoritinya berpunca atas kecuaian manusia.

Penambahbaikan ini termasuk menyelaraskan AES bersama Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA). Namun terdapat beberapa kekangan dari sudut penggubalan Akta Pengangkutan Jalan dan Udang-udang Jabatan Pengangkutan Jalan telah dikenalpasti yang membawa kepada penangguhan AWAS ini.

Monday, April 11, 2016

Sembelihan Ayam Dindings Untuk McDonald's Di Jamin HALAL!


Artikel sebelum ini, perisik kongsikan pengalaman media melawat kilang Dindings Poultry Processing (M) Sdn Bhd (DPP). Pelbagai piawaian ketat perlu dipatuhi hanya untuk memasuki kawasan DPP ini sahaja sudah nampak cerewet. Tapi jangan salah faham kerana peraturan dibuat bukan untuk menyusahkan, akan tetapi adalah bagi menjaga kualiti ayam serta persekitarannya dari sebarang penyakit.

Setelah semua itu dipatuhi, barulah pelawat dapat masuk ke sekitar kilang. Itu pun hanya dengan kehadiran pihak seliaan DPP. Setiap tingkah laku pelawat diawasi supaya ikut peraturan yang ditetapkan sepanjang berada dalam kawasan pemprosesan. Tampak merimaskan, bagi perisik sebarang kesilapan boleh mengakibatkan operasi pemprosesan terganggu dan ini melibatkan kos. Jadi eloklah mencegah!

Taraf Pentadbiran JPJ Dipertingkatkan



Naik taraf pentadbiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ini merupakan satu langkah berterusan. Namun ia perlu dilakukan seara berfasa bagi menampakan perubahan lebih berkesan dan penambahbaikan antara fasa sebelumnya. JPJ bukan agensi yang baru mula bertapak, pelbagai perubahan telah berlaku sepanjang penubuhan.

Soalnya sekarang adakah rakyat nampak perubahan JPJ ini dari luaran? Mungkin apa yang terlihat sekadar berubah pada nombor pendaftaran kenderaan semata-mata. Adakah ini sahaja kos yang dibelanjakan kepada agensi besar ini. Sudah tentu tidak! 

Saturday, April 9, 2016

Caj VEP Kenderaan Asing Dari Singapura Akan Dilaksana



Sepatutnya sudah lama dilaksanakan, akan tetapi pada peringkat awal perancangan sudah kedengaran suara-suara sumbang dari pakatan yang menentang. Apa yang pelik pihak negara jiran Singapura menyokong pula tindakan Malaysia ini.

Singapura sudah meraih kutipan beratus juta dolar dari caj VEP kenderaan Malaysia yang memasuki pulau terbabit. Sudah tiba masanya Malaysia mengambil langkah sama dalam mengenakan caj permit terhadap kenderaan asing dari Singapura.

Susah Nak Masuk Kilang Pembekal Ayam McDonald's Malaysia! Ada Sebabnya!


Bila sendiri tidak pernah melihatnya, memang susahlah nak percaya. Begitulah perasaan terdetik di fikiran bila ada pihak mengakui produknya adalah terbaik. Sesiapa sahaja boleh mengakui produknya segar berkualiti tetapi tidak semua yang berani menunjukkan buktinya.

Tapi bagi McDonald's Malaysia (MY) ia bukan mainan mulut bagi melariskan produk. Pihak McDonald's MY tidak ambil mudah tentang kualiti bahan yang digunakan dalam setiap produk sajian di rangkaian restorannya seluruh negara. Segalanya mengikut piawaian yang ketat dan paling penting ianya 100% HALAL!

Friday, April 8, 2016

Laluan Bas Henti-henti Diselaraskan Semula!



Sebelum ini sudah diselaras, sekarang diselaraskan lagi. Apa kena dengan SPAD ni? Itu antara keluh kesah kedengaran dari pengguna terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Seperti pengguna sedia maklum, pihak kerajaan melalui SPAD telah melakukan beberapa rombakan besar-besaran pada laluan bas henti-henti di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Perkara ini perlu, setelah melakukan kaji selidik diseluruh laluan dan mendapati terdapat kelemahan dalam sistem pengurusan sumber yang digunapakai sekarang. Seperti ada satu-satu laluan perkhidmatan sehingga dilalui oleh lebih 5 syarikat. Keadaan ini membawa kepada persaingan tidak perlu dikalangan syarikat pengendali.

Thursday, April 7, 2016

Yang Klasik, Hangat dan Gempak Di McDonald's


McDonald's Malaysia (MY) baru-baru ini telah meraikan pengamal media dalam satu majlis di Damansara. Pengarah urusannya, Azmir Jaafar telah memberitahu kepada media bahawa penjenamaan semula tiga jenis burger dilancarkan bagi mengimbau kembali kenangan peminat McDonald's. Pilihan tiga jenis burger ini adalah berdasarkan gambaran citarasa utama pelangganya.

Antara gambaran utama citarasa pelanggan apabila menikmati sajian di McDonald's. Gambaran citarasa yang dinyatakan ini adalah berdasarkan sajian-sajian pilihan majoriti pelanggannya iaitu #YangKlasik: McChiken, #YangHangat: Spicy Chicken McDeluxe dan #YangGempak: Grilled Chicken Burger (GCB).

Sajian McChicken dengan hashtag(#) YangKlasik merupakan antara burger terawal yang diperkenalkan di McDonald's MY sejak tahun 1982, iaitu tahun McDonald's mula beroperasi di negara ini. Bermakna usia sajian ini sudah menjangkau 30 tahun dipasaran dan masih mendapat tempat di hati peminatnya.


Penggemar McChicken #YangKlasik pasti teringat bagaimana berkembangnya McDonald's melalui burger terawalnya ini. Sajian ini merupakan pilihan nombor satu para pelanggan kerana keenakan dagingnya, roti ban yang lembut dan adunan sayuran bersama mayonis yang segar.

Sajian seterusnya adalah Spicy Chicken McDeluxe dengan #YangHangat yang terkenal dengan kepedasannya. Sememangnya menjadi pilihan pelanggan yang gemarkan makanan pedas. Kalau melihat pada sajian lauk pauk di luar sana pun memang tidak lari dari bercampur cili dan cili padi. Jadi kemasukan produk #YangHangat ini memang kena dengan selera tempatan.

Akhir sekali, sajian yang kini berusia 5 tahun di paparan menu restoran McDonald's mengikut musim iaitu GCB #YangGempak. Kalau dulu ia hanya disaji mengikut musim, kini ia merupakan sajian tetap dan boleh dinikmati setiap hari. Kesedapan daging ayam panggang bersama sos lada hitam pekat dengan hirisan salad segar ini memang dinanti-nantikan menjadi sajian tetap. Boleh stress dibuatnya kalau nak tunggu musim yang setahun sekali dapat merasa. Hahaha.

Pasti ada diantara tiga sajian ini, mengingatkan pengalaman anda bersama McDonald's. Jadi tunggu apa lagi, jom ke McDonald's rasai #YangKlasik, #YangHangat dan #YangGempak.