Sebelum ini Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai telah mengumumkan penambahan sistem AES dan beberapa penambahbaikan lain juga telah diketengahkan bagi mengatasi kadar kemalangan yang majoritinya berpunca atas kecuaian manusia.
Penambahbaikan ini termasuk menyelaraskan AES bersama Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA). Namun terdapat beberapa kekangan dari sudut penggubalan Akta Pengangkutan Jalan dan Udang-udang Jabatan Pengangkutan Jalan telah dikenalpasti yang membawa kepada penangguhan AWAS ini.
Malangnya tindakan penangguhan ini telah disalaherti oleh sesetengah pihak terutamanya puak pembangkang. Ya lah kebetulan pilihanraya negeri Sarawak bakal berlangsung tidak lama lagi. Terus dianggap ia sebagai langkah terdesak kerajaan untuk menjaga hati pengundi.
Tuduhan yang dilemparkan tak masuk akal, ada atau tidak pilihanraya sistem baharu ini tetap akan dikuatkuasakan. Kerana kajian telah dibuat sekian lama, hanya perlukan beberapa pembaikan dari sudut teknikaliti perundangan dan penyelarasan.
"Semua ini bukan menghukum para pengguna jalan raya tetapi ianya lebih kepada mendidik pengguna jalan raya untuk lebih berhemah sewaktu berada di jalan raya. Ia juga bertujuan untuk memastikan penurunan berkekalan jumlah kemalangan jalan raya di negara ini" kata Tiong Lai.
Kalau diikutkan tiada apa yang perlu ditakutkan dengan perlaksanaan undang-udang atau sistem baharu ini. Selagi tiada kesalahan dilakukan tidak akan ada tindakan undang-undang di ambil. Melainkan yang menentang ni sudah ada niat hendak melanggar peraturan atau sememangnya sudah menjadi kebiasaan melakukan kesalahan jalan raya?!
Nampaknya tiada sebarang alasan kukuh dari pembangkang dalam menghalang pembaharuan ini. Cuma sekarang faktor lain seperti dinyatakan awal-awal tadi yang perlu di teliti. Dengar jika semua berjalan lancar, sistem akan aktif pada bulan Ogos. Harap semuanya berjalan lancar.
No comments:
Post a Comment