Selain di pusat-pusat UTC di beberapa negeri di seluruh negara. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) juga turut melebarkan sayapnya di beberapa lokasi lain bagi memberi liputan perkhidmatan yang lebih luas. Kini SPAD menambah lagi bilangan cawangannya yakni di Seremban, Negeri Sembilan.
Cawangan SPAD Seremban ini telah mula beroperasi baru-baru ini pada 18 April 2016 bertempat di Bangunan MARA Negeri Sembilan. Pada hari pembukaannya sahaja sudah menerima kehadiran berpuluh-puluh orang awam yang ingin berurusan dengan pihak SPAD. Cenderahati disampaikan kepada 20 pengunjung pertama ke cawangan ini.
Tapi itu semua tinggal sejarah buat orang Negeri Sembilan, segalanya bakal menjadi lebih mudah setelah SPAD membuka kaunter di Seremban. Ketika hari pembukaan kita dapat saksikan sambutan luar biasa orang ramai yang tidak putus-putus ingin berurusan atau mendapatkan borang di SPAD.
Senarai cawangan lain bolehlah berkunjung ke Laman Web Rasmi SPAD berikut:
http://www.spad.gov.my/ms/hubungi-kami/pejabat-wilayah-spad
No comments:
Post a Comment