Tapi bagi McDonald's Malaysia (MY) ia bukan mainan mulut bagi melariskan produk. Pihak McDonald's MY tidak ambil mudah tentang kualiti bahan yang digunakan dalam setiap produk sajian di rangkaian restorannya seluruh negara. Segalanya mengikut piawaian yang ketat dan paling penting ianya 100% HALAL!
Sebelum ini kita berkesempatan melihat sendiri MacFood Services (M) Sdn Bhd iaitu pengeluar tunggal produk McDonald's MY yang telah beoperasi sejak 1987. Kali ini para media diberi peluang untuk melawat kilang pembekal ayam kepada McDonald's MY iaitu Dinding Poultry Processing Sdn Bhd (DPP) yang terletak di Setiawan, Perak.
Seperti lawatan di MacFood, DPP juga menitik beratkan soal keselamatan kilang termasuk soal kebersihan dan kesihatan para pelawat. Jika ada pelawat yang dikesan sakit seperti selsema biasa, terus tidak dibenarkan masuk ke kawasan kilang. Perkara ini turut ditekankan kepada setiap kakitangan DPP sendiri.
Turut bersama dalam lawatan ini adalah Pengarah Urusan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar. Ketibaan para media disambut oleh Pengurus Besar DPP, Tony Wo Kah Keat, Pengarah Eksekutif Dindings Poultry Development Center Sdn Bhd, Ang Pun Heng dan Pengarah Hal Ehwal Pembangunan Perniagaan & Korporat Malayan Flour Mills Berhad, Azhari Arshad.
Rebannya pula bukanlah seperti yang biasa kita lihat di kawasan perkampungan dan dibawah rimbunan kelapa sawit. Bukan berdinding papan, beratap zink dan ada ruang terbuka untuk ayam keluar mencakar tanah. Semua ayam di DPP dipelihara dalam persekitaran terkawal yang dilengkapi dengan teknologi tinggi.
Sebelum masuk melawat ke tapak kilang, para media dikehendaki memakai suit khas topeng muka, serkup kepala dan kasut getah. Kesemua barang peribadi seperti jam tangan gelang dan cincin perlu ditanggalkan. Setiap pelawat akan diimbas bagi mengelak barang-barang tersembunyi terlepas masuk ke tapak kilang.
Ingat dah selesai? Belum lagi, pelawat dikehendaki membasuh tangan dan melalui tadahan kolam kecil bagi memastikan kasut terendam dalam air bercampur klorin. Langkah ini bagi membunuh kuman yang ada pada tapak kasut dipakai tadi. Setiap langkah para pelawat juga akan diperhatikan bagi segala peraturan kilang dipatuhi.
Setakat ini sahaja sudah banyak peringkat perlu dilalui para pelawat. Semua ini nampak leceh, akan tetapi keyakinan bahawa tahap kualiti pembekal ayam dari DPP ke McDonald's memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Segala bahan mentah yang disediakan oleh DPP adalah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh McDonald's MY.
No comments:
Post a Comment