Setelah semua itu dipatuhi, barulah pelawat dapat masuk ke sekitar kilang. Itu pun hanya dengan kehadiran pihak seliaan DPP. Setiap tingkah laku pelawat diawasi supaya ikut peraturan yang ditetapkan sepanjang berada dalam kawasan pemprosesan. Tampak merimaskan, bagi perisik sebarang kesilapan boleh mengakibatkan operasi pemprosesan terganggu dan ini melibatkan kos. Jadi eloklah mencegah!
Sekarang kita pergi ke bahagian operasi penyembelihan. Peringkat ini, ayam yang telah capai umur serta berat dikehendaki dari ladang ternakan akan dibawa ke bahagian ini untuk disembelih, dibuang bulu, dipotong kaki serta membuang organ dalaman.
18 petugas ini akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan jumlah maksimum 5 orang. Setiap kumpulan ditugaskan menyembelih selori ayam berjumlah 3,500 ekor dalam satu sesi. Selesai selori, kumpulan lain akan mengambil alih tugas menyembelih ayam dari lori berikutnya.
Begitulah giliran yang digunakan dalam sistem DPP. Perkara ini perlu dibuat bagi memastikan petugas kekal cergas dan dapat memberi tumpuan dalam menjalankan kerja sembelihan mengikut hukum syarak dengan konsisten. Kita kalau duduk menulis berjam-jam pun akan terasa lenguh bahagian jari dan pergelangan tangan. Jadi rehat seketika itu penting bagi memastikan mutu kerja terjamin.
Selesai sembelih, bulu ayam akan dibuang manakala bahagian kaki ayam pula diasingkan sebelum melalui proses pengasingan organ dalaman. Kerja-kerja ini beroperasi sepenuhnya dengan mesin, namun pekerja turut ditempatkan bagi memantau setiap perjalanan agar mengikut spesifikasi yang diperlukan.
Melihat kepada semua proses ini, menunjukkan McDonald's memilih pembekal yang betul-betul berkemampuan menyediakan bahan mentah untuk sajian mereka. Apa yang ditekankan adalah dari sudut kualiti bahan dan paling penting 100% HALAL. Tempat pemprosesan tersebut turut dipantau rapat oleh JAKIM dari masa ke semasa.
No comments:
Post a Comment