Thursday, April 7, 2016

Yang Klasik, Hangat dan Gempak Di McDonald's


McDonald's Malaysia (MY) baru-baru ini telah meraikan pengamal media dalam satu majlis di Damansara. Pengarah urusannya, Azmir Jaafar telah memberitahu kepada media bahawa penjenamaan semula tiga jenis burger dilancarkan bagi mengimbau kembali kenangan peminat McDonald's. Pilihan tiga jenis burger ini adalah berdasarkan gambaran citarasa utama pelangganya.

Antara gambaran utama citarasa pelanggan apabila menikmati sajian di McDonald's. Gambaran citarasa yang dinyatakan ini adalah berdasarkan sajian-sajian pilihan majoriti pelanggannya iaitu #YangKlasik: McChiken, #YangHangat: Spicy Chicken McDeluxe dan #YangGempak: Grilled Chicken Burger (GCB).

Sajian McChicken dengan hashtag(#) YangKlasik merupakan antara burger terawal yang diperkenalkan di McDonald's MY sejak tahun 1982, iaitu tahun McDonald's mula beroperasi di negara ini. Bermakna usia sajian ini sudah menjangkau 30 tahun dipasaran dan masih mendapat tempat di hati peminatnya.


Penggemar McChicken #YangKlasik pasti teringat bagaimana berkembangnya McDonald's melalui burger terawalnya ini. Sajian ini merupakan pilihan nombor satu para pelanggan kerana keenakan dagingnya, roti ban yang lembut dan adunan sayuran bersama mayonis yang segar.

Sajian seterusnya adalah Spicy Chicken McDeluxe dengan #YangHangat yang terkenal dengan kepedasannya. Sememangnya menjadi pilihan pelanggan yang gemarkan makanan pedas. Kalau melihat pada sajian lauk pauk di luar sana pun memang tidak lari dari bercampur cili dan cili padi. Jadi kemasukan produk #YangHangat ini memang kena dengan selera tempatan.

Akhir sekali, sajian yang kini berusia 5 tahun di paparan menu restoran McDonald's mengikut musim iaitu GCB #YangGempak. Kalau dulu ia hanya disaji mengikut musim, kini ia merupakan sajian tetap dan boleh dinikmati setiap hari. Kesedapan daging ayam panggang bersama sos lada hitam pekat dengan hirisan salad segar ini memang dinanti-nantikan menjadi sajian tetap. Boleh stress dibuatnya kalau nak tunggu musim yang setahun sekali dapat merasa. Hahaha.

Pasti ada diantara tiga sajian ini, mengingatkan pengalaman anda bersama McDonald's. Jadi tunggu apa lagi, jom ke McDonald's rasai #YangKlasik, #YangHangat dan #YangGempak.


No comments:

Post a Comment