Saturday, May 4, 2013

Puak Pembangkang Mula Meroyan Sekitar Bandaraya!


Pemimpin pembangkang kerisauan apabila sokongan rakyat kepada BN semakin meningkat. Bertambah tak keruan apabila mereka terima pula laporan beribu-ribu ahli akar umbi parti PAS-PKR-DAP di hampir semua negeri mengumumkan keluar parti.  Ada juga yang tidak keluar, tetapi secara terang-terangan menyokong Barisan Nasional supaya menang PRU-13 ini.

Di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya pembangkang giat melakukan kempen dengan meletakkan beberapa kumpulan di kawasan tumpuan terutama di persimpangan jalan lampu isyarat. Peluang ini digunakan mereka untuk meraih undi dengan menyebarkan risalah memfitnah kerajaan dan memburuk-burukkan calon BN di kawasan tersebut.

Putrajaya contohnya, pada jam 5 petang tadi PAS telah meletakkan beberapa kumpulan di persimpangan lampu isyarat di sekitar kompleks Alamanda. Punya terdesak! Anak-anak kecil yang tak tahu apa-apa pun diheret sama berpanas dan terdedah kepada asap kenderaan yang lalu lalang. 


Dari sumber yang diterima, majoriti yang berkumpul adalah para pelajar yang malu-malu hendak berkempen untuk calon PAS parlimen Putrajaya, Husam Musa! Bagi menghilangkan rasa malu itu, mereka melilitkan bendera di kepala dan ada yang memakai helmet supaya tidak dikenali oleh pengundi-pengundi di Putrajaya. Kempen cara apa ni? Menyorokkan muka ala perompak?!  


Setelah diselediki, rupa-rupanya majoriti yang berkumpul tu adalah orang luar yang datang dari sekitar Selangor dan Lembah Klang. Perisik di fahamkan mereka ini dikerah oleh cawangan-cawangan PAS dari kawasan yang tiada harapan menang supaya membanjiri Putrajaya. 


Buktinya di hari yang sama, Tengku Adnan calon BN parlimen P.125 sendiri ketika sedang walkabout di sekitar Putrajaya sempat menemuramah salah seorang penyokong PAS yang kebetulan lalu di kawasan dia sedang berkempen. 


"Dari mana ni?" tanya Tengku Adnan
"Dari Klang" jawab penyokong tersebut.
"Dari Klang? Jauh datang sini, ada apa?" tanya Tengku Adnan dengan ramah. 
Namun jawapan kepada soalan terakhir itu terjawab pada 5 petang tadi! Iaitu datang jauh dari Klang untuk berkempen di persimpangan lampu isyarat. Hahaha.

Selain itu jelas kelihatan kereta dan motor yang sama sahaja berulang kali lalu lalang di kawasan persimpangan lampu isyarat itu sambil membunyikan hon sebagai tanda sokongan kononnya. Lah...pusing-pusing orang sama juga rupanya! Orang Luar!



Sehinggakan beliau sendiri TAKUT melakukan ujian poligraf dengan memberikan seribu macam alasan setelah di cabar bekas pegawai khasnya yang juga blogger Kickdefella. Setakat bersumpah nafi di depan kanak-kanak tak payah lah!

Apa-apa pun lebih 90% penjawat awam yang sememangnya pengundi Putrajaya sudah menyatakan sokongan kepada calon BN, Datuk Seri Tengku Adnan.

No comments:

Post a Comment