Wednesday, March 13, 2013

3 Samdol Main Wayang Lahad Datu


Perisik difahamkan pihak media dikhabarkan pagi tadi ada sidang media oleh mamat iras-iras Mr Mansuh di ibu pejabat PKR tadi. Tapi bila pergi sana lain pula ceritanya.

Sidang media tadi rupanya untuk 3 samdol ni:
Tiga dol yang terbukti cacat kredabiliti cuba mengambil kesempatan mengadakan sidang media bagi mencipta fitnah serta memutarbelitkan fakta mengenai usaha pihak anggota polis-tentera dalam menangani insiden Lahad Datu. Lu orang pun dah bermasalah nak ajar orang ka?

Sidang media ini merupakan sorotan dari ceramah yang telah mereka lakukan di Dewan Perhimpunan Cina KL Selangor di Jalan Maharajalela sebelum ini bagi memburuk-burukkan anggota keselamatan kita yang berjuang di Sabah.
SOLIDARITI LAHAD DATU i

Nampaknya pembangkang bertungkus-lumus mencipta satu persatu fitnah bulan ini. Mungkin mereka menjangkakan Parlimen akan dibubarkan dalam bulan ini kot. 

Maka langkah drastik perlu diambil bagi mengalihkan pandangan rakyat terhadap seribu satu permasalahan yang melibatkan pembangkang. Cubaan mengurangkan tanggapan negatif rakyat terhadap mereka lah kononnya!

Menjadi ke taktik ni?! TAK!! 

Sebab rakyat tidak pernah melupakan pakatan yang telah mempermainkan banyak isu sensitif agama dan kaum kebelakangan ini. Antara isu-isu yang membuatkan ahli akar umbi mereka sendiri bangkit menentang pimpinan pembangkang adalah:

Isu kalimah Allah sehingga ke hari ini tidak mendapat keputusan muktamad oleh ketiga-tiga parti pakatan pembangkang. PAS yang pada mulanya menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, korner baring setelah mendapat tekanan hebat dari dalam parti. 

DAP yang selama ini banyak menghentam dasar negara Islam dan Hudud PAS pula melenting dengan keputusan U-turn rakan mereka. PKR pula dilihat menurut sahaja kehendak DAP dalam hal ini. 

Keadaan ini membuatkan Harun Din bertegas bahawa sesiapa yang merelakan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam bermakna mereka rela mengkufurkan Allah. BACA SINI

Dalam kebuntuan mencari penyelesaian sesama mereka. Pakatan cover line mengatakan perkara tersebut tiada dalam buku jingga yang disepakati mereka bertiga? Adakah jawapan ini diharapkan rakyat terutamanya umat Islam? TIDAK! Dan mereka tahu mengenainya.

Selain itu, Siapa Perdana Menteri jika pembangkang menang? Persoalan ini dibangkitkan sendiri oleh puak-puak mereka sehingga ke hari ini. Nampaknya mereka awal-awal dah berangan hendak ke Putrjaya. 

DAP dan PKR awal-awal memilih Anwar sebagai calon PM. Tapi PAS pula melantik Hadi Awang sebagai PM sebab mereka tidak sanggup insan yang terpalit dengan pelbagai masalah moral memimpin negara. 

Berlaku ketegangan dalam hal ini, sehinggakan Harun Din sekali lagi bersuara supaya ahli-ahli pakatan tumpu kepada persediaan PRU13 dan tak usah memikirkan mengenai siapa yang jadi PM!



Tapi PRU13 ini DAP dijangka bertanding 90 kerusi Parlimen iaitu lebih banyak berbanding PAS-PKR "jika menang" nanti. Jelas mereka bakal memiliki lebih suara dan hak berbanding PAS-PKR. Hal perlantikan MB Selangor selepas PRU12 pun mereka dah kecoh inikan    pula permilihan PM. Fikir-fikirkan!

Jadi jelas segala usaha fitnah terbaru mereka ini perisik perhatikan memang dirancang licik bagi memesongkan pandangan rakyat pada keburukan pembangkang. 

Kerana banyak isu ditimbulkan serentak seperti kemasukan penceroboh Lahad Datu, mereka laju sahaja mempolitikkan isu ini. Kemudian timbul Azlan bapa Saiful dalam isu LIWAT dan penyiasat peribadi Bala dalam isu Altantuya. 


Hmmm..Konspirasi?

No comments:

Post a Comment