Wednesday, March 9, 2016

Sokongan Masyarakat Cina Semakin Meningkat! #MCA #TiongLai



Sambutan 67 Tahun MCA pada 5 Mac lalu di Dewan San Choon Wisma MCA, Kuala Lumpur bersama semangat baru apabila semakin ramai masyarakat cina di negara ini kembali menyokong MCA dan BN amnya. Masyarakat cina sudah mampu menilai sejauh mana keikhlasan pembangkang di negara ini.

Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai menyeru kepada semua masyarakat cina agar sama-sama berganding bahu membantu dan menyokong parti MCA dalam merealisasikan misi dan visi penubuhan parti. MCA sememangnya konsisten dalam memperjuangkan nasib rakyat di negara ini. Akan tetapi difitnah oleh DAP dengan mainan sentimen perkauman sehingga ramai yang terpengaruh menjauhi MCA.

Kebenaran semakin teserlah kebelakangan ini, lihat sahaja nasib rakyat Pulau Pinang (PP) dibawah DAP. Projek perumahan rakyat boleh dikatakan hanya pada nama sahaja. Kerana nilainya tidak mencerminkan sebuah projek mampu milik untuk rakyat apabila harga melebihi RM400k!

Keadaan ini telah mencerut warga PP tidak kira sama ada melayu, cina, india mereka semua terkesan menjadi generasi tidak berumah. Sudah kedengaran suara masyarakat cina yang tidak senang dengan kepimpinan Lim Guan Eng di sana. Ternyata tindakan mengangkat orang luar dari Melaka menerajui kerajaan PP.

Tiong Lai dalam ucapannya ulang tahun ke-67 MCA, mengingatkan rakan-rakan seperjuangan dan masyarakat cina tentang sejarah jatuh bangunnya di bumi bertuah ini. Mengimbau kembali bagaimana tokoh besar, Tun Tan Cheng Lock yang berjaya memacu masyarakat cina keluar dari kelompok kemiskinan.



Usaha mendiag Tun Tan Cheng Lock ini tidak akan berjaya tanpa sokongan dan kerjasama masyarakat cina dizamannya. Kesepakatan masyarakat cina waktu itulah yang membawa kepada kewujudan parti MCA sekaligus menjadi paltfom utama pembangunan negara bersama bangsa-bangsa lain di negara ini.

MCA sentiasa komited untuk terus relevan kepada kehendak rakyat Malaysia. Jauhi sengketa dan ketidaktentuan yang di bawa oleh ekstrimis perkauman dan agama. Tiong Lai mengajak seluruh masyarakat cina, ini lah waktu terbaik untuk mengamalkan kesederhanaan dalam tindakan dan pendirian.

“Malaysia ada lah negara berbilang bangsa dan agama yang stabil, MCA yang menjadi sebahagian dari kerajaan perlu ada kekuatan untuk meneruskan peranan nya.” kata Datuk Seri Liow.

Inilah MCA dari awal penubuhan hingga sekarang, mengelak sama sekali menggunakan sentimen perkauman dalam setiap kempen. Kempen perkauman dan fitnah DAP sepanjang PRU12 dan 13 nampaknya mula memakan diri. Jelas langkah jijik DAP ini hanya membawa lebih banyak kemudaratan kepada negara. Tolak DAP! Tolak Perkauman!

#UndiMCA #KekalBN

No comments:

Post a Comment