Berita WSJ ini telah dijadikan alat kerajaan US pimpinan George W Bush ketika itu bagi menghalalkan pencerobohan ke atas Iraq sekaligus mengguling pemerintahan Presiden Saddam Hussein. Setelah beberapa tahun tiada satu bukti WMD pun ditemui.
Malaysia juga turut menjadi mangsa fitnah WSJ. Pada 25 Julai 2015, artikel tulisan wartawannya, Syed Zain Al-Mahmood mendakwa Felda Global Ventures (FGV) terlibat dalam pemerdagangan manusia serta buruh paksa dalam operasi perladangan di Jempol, Negeri Sembilan.
Namun semua tuduhan itu ternyata fitnah, apabila siasatan badan bebas Wild Asia (WA) mengesahkan tiada sebarang bukti dakwaan itu berlaku. Selain daripada laporan WA ini, pihak FGV sendiri telah melakukan siasatan dalaman bagi mencari kesahihan atas dakwaan ini.
Hasil dari siasatan dalaman FGV dan laporan WA ini membuktikan tiada langsung kegiatan jenayah berlaku dalam operasi perladangan FELDA. Kita sedia maklum WSJ sering dijadikan rujukan pembangkang dalam setiap berita memburukkan kerajaan.
Kesan dari pemberitaan yang salah ini, kita telah memberi kesan kepada pasaran saham FGV sebelum ini. Kini harap segalanya pulih dan FGV akan terus melipat gandakan keuntungan untuk dikongsikan bersama para peneroka dalam bentuk dividen dan bonus.
No comments:
Post a Comment