Kali ini kita rehat seketika dari segala macam konspirasi tahyul tu. Perisik ingin membawa para pembaca mengenali lebih dekat disebalik penyediaan makanan McDonald's MY. Penggemar McDonald's setakat ini hanya mampu melihat dari meja kaunter bayaran bagaimana sibuknya kakitangan mereka menyediakan sajian.
Sibuk macam mana pun, segala permintaan menu disediakan secara sistematik dan konsisten bagi memastikan tempoh menunggu disingkatkan. Tapi bagaimana McDonald's mengekalkan konsistensi dari segi kualiti, kebersihan dan rasa setiap sajian? Jawapannya ada di MacFood Services (M) Sdn Bhd.
MacFood Services merupakan pengeluar tunggal produk McDonald's yang telah beroperasi sejak 1987. Dalam artikel beberapa bulan sudah, perisik ada menyentuh mengenai MacFood Services ini. Perisik sudah senaraikan pengiktirafan dan pengsijilan yang diterima oleh pihak MacFood. Tapi bagaimana mekanisma kawalan kualiti dilaksanakan.
Baru-baru ini, beberapa rakan media telah diberi peluang berkunjung ke MacFood Services yang bertempat di Subang Jaya. Proses kawalan kualiti ini bermula dari sebelum kita melangkah masuk ke MacFood Services. Para pengunjung akan diberi taklimat ringkas dan suhu badan setiap pelawat akan diperiksa. Pengunjung akan dihalang memasuki sektor pemprosesan jika suhu melebihi 37.5C!
Semua pelawat lepas tapisan pertama. Namun begitu setiap pelawat diwajibkan memakai pakaian khas yang disediakan beserta sarung tangan, penutup kepala dan topeng mulut. Kesemua pakaian khas yang diberikan telah dinyah bakteria terlebih dahulu dan ia merupakan pakaian yang sama digunakan oleh para pekerja di sektor pemprosesan makanan.
Melangkah masuk ke pusat pemprosesan, kita dapat melihat sendiri bertapa bersih; sebersih bersihnya tempat pemprosesan ini. Seperti melangkah masuk dalam makmal yang mana langkah kebersihan dan pencegahan kuman amat dititikberatkan. Di dalamnya dapatlah kita melihat bagaimana bahan-bahan makanan sajian McDonald's seperti nugget, daging dan roti dihasilkan.
Dari sini, kita yakin bahawa kualiti penyediaan bahan sajian McDonald's tidak boleh dipertikaikan lagi.
No comments:
Post a Comment