Thursday, March 17, 2016

Pendedahan Proses Penghasilan Roti McDonald's


Tahu makan, tapi tak pernah kisah pun macam mana ianya di buat. Itu adalah antara reaksi normal dikalangan penggemar hidangan McDonald's. Kalau dah sedap, perkara lain selalunya ditolak tepi. Walaupun ada yang tak peduli, macam biasa perisik nak cerita juga.

Sebelum ini kita sudah melihat keadaan tempat pemprosesan makanan bahan mentah McDonald's yakni di MacFood Services. Pasal kualiti memang tidak boleh dipertikaikan. Pasal halal juga tidak perlu sangsi lagi kerana McDonald's MY sememangnya menepati konsep Halalan Toyibban (Halal dan Berkualiti Baik). 

Tak percaya status Halalnya? Cuba-cubalah mohon sendiri. Ia tidak semudah buka akaun bank.  Kerana JAKIM meletakkan syarat piawaian ketat sebelum pengiktirafan Halal dikeluarkan. Malah piawaian Halal JAKIM adalah paling ketat berbanding agensi pengsijilan Halal negara-negara lain.

Sekarang mari kita baca-baca sikit mengenai penghasilan roti yang digunakan dalam penyediaan sajian McDonald's. Roti McDonald's ini disediakan oleh Aryztra Malaysia Sdn Bhd. Kalau nak tau status Halal roti ni sahaja, Pegawai Jawatankuasa Halal Dalaman Aryztra Malaysia Sdn Bhd, Puan Sabariah mengesahkan segala bahan sajian McDonald's Malaysia (MY) miliki sijil Halal JAKIM.

Sememangnya itu kriteria paling utama dalam pemilihan ramuan sajian bagi membuat roti oleh pihak Aryztra. Mesti miliki sijil HALAL JAKIM. Halal lain tolak tepi. Seperti dinyatakan mengenai piawaian JAKIM tadi. Bermakna tidak timbul lagi soal kualiti dan bahan dari pihak pembekal.

Kebiasaanya roti di luar sana bila siap, saiznya sahaja sudah berbeza-beza. Adakala warna juga tidak sekata. Tapi roti McDonald's, sama sahaja bentuk, warna dan rasanya. Rahsiannya ada di Aryzta. 

Tepung yang siap diuli


tepung tadi ditimbang dan dibentuk ikut spesifikasi

Siap sedia untuk ditabur bijan dan dibakar

nampak tu lepas bakar, sekata bentuk dan warna

proses menyejuk dan kemudian dihantar ke rangkaian restoran McDonald's

Lihatlah penggunaan mesin berteknologi tinggi dalam penghasilan roti ini. Namun tidaklah semua boleh didedahkan. Adat berniagalah, setiap syarikat ada rahsia tersendiri dan itu adalah perkara yang membuat syarikat menonjol seterusnya menjadi pilihan pengguna. 

No comments:

Post a Comment