Wednesday, March 16, 2016

Status Serpihan Di Mozambique & Pulau Reunion Belum Dimuktamad! #TiongLai #MOT #MH370


Selepas dua tahun pencarian, masih belum ada penanda muktamad lokasi sebenar kehilangan kapal terbang MAS MH370. Bermula sahaja tragedi hitam ini, pelbagai andaian dan tuduhan liar dilakukan orang ramai terutama pengguna media social seperti facebook dan twitter.

Pelbagai teori yang mengelirukan ditampilkan oleh pakar-pakar mi segera di dalam facebook tentang kehilangan ini. Hebahan palsu pakar mi segera ini amat dikesali kerana telah menganggu emosi ahli keluarga mangsa yang terlibat. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengecam sikap tidak bertanggungjawab ini dan mendesak supaya dihentikan segera.

Terbaru serpihan kedua dan ketiga ditemui di dua lokasi berasingan di sekitar Lautan Hindi. Lokasi objek kedua ditemui di Mozambique oleh warga tempatan dan dalam jagaan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di Afrika Selatan sementara menanti proses untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Selepas dibawa ke Malaysia untuk rekod dan penelitian, serpihan ini akan diterbangkan pula ke Australia untuk siasatan lanjut para penyiasat MH370 yang terdiri dari pakar-pakar antarabangsa, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Biro Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat dan syarikat pengeluar Boeing.


Objek ketiga pula dikenalpasti sebagai "Flaperon" yakni bahagia sayap kapal terbang. Flaperon ini telah ditemui di Pulau Reunion dan akan dibawa ke Perancis untuk kajian lanjut oleh pakar Perancis termasuk Pasukan Penyiasat Keselamatan MH370 ICAO Annex 13 dari Malaysia.

Tiong Lai mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berita penemaan beberapa serpihan ini. Spekulasi ini tidak menganggu siasatan akan tetapi memberi gambaran salah kepada rakyat tentang perkara sebenar. Buat masa ini, siasatan masih berjalan dan masih terlalu awal untuk membuat sebarang kenyataan tepat bahawa ia dari MH370.

No comments:

Post a Comment