Thursday, March 10, 2016

SMA Al Wosto Terima Bantuan Bas! #SPAD


Pergerakan para pelajar Sekolah Menengah Agama Al Wosto, Temerloh, Pahang kini menjadi lebih mudah dengan adanya bas baharu. Bas yang diterima SMA ini adalah hasil kerjasama antara pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan Perat Transit. 

Usahasama ini merupakan sebahagian Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi menghulurkan bantuan sewajarnya kepada yang memerlukan seperti sekolah ini. Ini membuktikan bukan kebajikan sekolah menengah kebangsaan sahaja dititikberatkan malah SMA juga sentiasa dibawah pemerhatian pihak kerajaan.

Penyerahan bas baharu tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, En Mohd Azharuddin Mat Sah serta pegawai petugas dari SPAD. Tujuan lawatan ke sekolah ini adalah bagi Program Sejenak Bersama Tokoh Negara dan sekaligus mengumumkan penyerahan bas sekolah baharu oleh Syed Hamid kepada pihak sekolah.

Pihak sekolah ternyata berterima kasih diatas penganugerahan bas sekolah baharu ini. Kemudahan ini dijangka dapat membantu dalam mobiliti dalam melakukan lawatan luar atau menghantar anak-anak ulang alik ke sekolah. Disamping itu, tambahan pendapat juga dapat diperolehi apabila disewakan dan hasilnya dimanfaatkan kembali kepada para pelajarnya.



Semoga usaha CSR SPAD ini berterusan kepada sekolah-sekolah agama terpencil lain. Kerana masih banyak yang tidak mempunyai kemudahan infra yang sempurna. Bukan semua harapkan sebuah bas baharu. Ada yang hanya perlukan alat tulis, meja belajar dan buku-buku rujukan. Penglibatan CSR ini pula boleh dibuat terbuka bagi memberi peluang orang awam untuk membuat kebajikan.

No comments:

Post a Comment