Sunday, November 22, 2015

Wee Ka SIong: Pertemuan Nurul-Jacel Dikecam!


Malaysia dikejutkan dengan tindakan Ahli Parlimen PKR, Lembah Pantai, Nurul Izzah berjumpa dengan Jacel Kiram iaitu anak kepada dalang pencerobohan Lahad Datu yakni Jamalul Kiram III. Gambar pertemuan mereka tersebar pantas di Facebook dan menimbulkan kemarahan kepada rakyat Malaysia.

Jelas kelihatan Nurul begitu mesra bersama Jacel, seolah tidak timbul sekelumit rasa bersalah duduk makan berbincang bersama pembunuh rakyat Malaysia. Perbuatan Nurul Izzah ini betul-betul mengguris hati keluarga mangsa yang tekorban dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Ir Dr Wee Ka Siong turut menyuarakan tidak puas hati terhadap tindakan biadap Nurul Izzah ini. Beliau sendiri terkejut mengetahui pertemuan Nurul-Jacel dan mendesak penjelasan dari Naib Presiden PKR itu.

Rakyat Sabah cukup marah dengan berita ini dan beberapa siri bantahan bakal dibuat terhadap Nurul. Isu Lahad Datu belum lagi selesai, malah kes penculikan masih lagi berlaku di perairan Sabah oleh pihak penceroboh. 

Tindakan tegas perlu diambil terhadap Nurul. Pihak polis juga akan memanggil beliau untuk diambil keterangan. Ya lah rakyat juga nak tahu apa tujuan perjumpaan tersebut? Apa dibincangkan? 

Difahamkan, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua turut sama dalam pertemuan ini. Sebelum ini jika pembaca ingat, Tian Chua juga sudah mengadakan perjumpaan sulit dengan orang Kiram III, di Manila. Selang beberapa hari selepas perjumpaan tersebut, pencerobohan pun berlaku.

Perbuatan dua pemimpin PKR ini merupakan satu pengkhianatan terhadap negara. Balu dan anak yatim mangsa serangan Lahad Datu, tidak sesekali memaafkan kebiadapan pembangkang yang bersengkongkol dengan penceroboh.

No comments:

Post a Comment