Oleh sebab demikian, kita selaku pembaca dan pengguna media sosial harus lebih bertanggungjawab untuk mengkaji terlebih dahulu. Jika tak rajin nak kaji maklumat disaji, jangan pula rajin nak 'viral' kan. Kita perlu fikir sensitiviti keluarga mangsa. Merekalah paling terkesan dengan hebahan begini.
Sehingga berita andaian dan konspirasi ini singgah ke China. Perisik melihat emosi ahli keluarga mangsa China lebih mudah melenting. Namun pihak MAS dengan kerjasama unit tindakan MCA tidak lelah memberikan kaunseling dan penerangan tentang fakta sebenar.
Ada juga berita tersebar menyatakan operasi mencari telah dihentikan. Perkara ini menimbulkan kegelisahan dan amukan dikalangan keluarga mangsa. Tapi hakikatnya operasi dihentikan sementara akibat faktor cuaca dan keadaan lautan Hindi yang tidak selamat untuk kapal-kapal mencari dan menyelamat (SAR).
Inilah antara contoh berita yang dicedok separuh-separuh dan disebar oleh pengguna media sosial yang tak rajin mengkaji. Kesannya ahli keluarga bertambah murung dan pemikiran terganggu dengan berita ini. Seperti tekad para pemimpin Malaysia, MH370 akan dicari sehingga dapat.
Terbaru, Republik China telah memberi sokongan dengan menyumbang AUD20juta kepada Malaysia yang giat berusaha menjejak MH370. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yakin bahawa sumbangan sedemikian dapat memastikan kesinambungan usaha mencari berjalan lancar.
“Malaysia ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakyat negara China di atas sumbangan mereka sebanyak AUD20 juta kepada usaha pencarian berterusan MH370,” kata Tiong Lai.
“Seperti yang diumumkan pada April 2015, Malaysia bersama-sama dengan China dan Australia komited sepenuhnya untuk melengkapkan pencarian di zon dasar laut dalam dengan lanjutan carian kepada 120,000 kilometer persegi.
“Oleh kerana ini adalah lokasi yang jauh dengan laut dan keadaan cuaca buruk, ia terus menjadi cabaran bagi pasukan mencari dan menyelamat,” Tambah Tiong Lai lagi.
Jadi tidak timbul yang Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Australia dan China untuk menghentikan operasi SAR ini. Apa yang penting kita sebagai pengguna media sosial henti sebarkan berita separuh-separuh tanpa kajian, perihatinlah kita terhadap ahli keluarga mangsa.
#SAR@MH370
No comments:
Post a Comment