Saturday, November 21, 2015

Tiong Lai: Keputusan Semakan Semula Sistem AES Tahun Depan


Pengenalan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) pada 2012 ini telah memberi reaksi pelbagai di kalangan rakyat. Ada yang merungut, ada yang memuji. Tak kurang juga menuduh kerajaan cuba nak ambil duit rakyat dengan saman AES ini. 

Macam-macam tuduhan gila kita dapat dengar. Kalau tak nak bagi duit kepada kerajaan, janganlah langgar peraturan. Ikutlah undang-undang dan patuhi had laju yang ditetapkan. Tapi segelintir rakyat tetap melalak. Seolah mereka perlu bebas melanggar undang-undang dan boleh bawa kereta laju-laju.

Sekarang sudah 3 tahun perlaksanaannya berlalu, pihak kerajaan sedang membuat semakan semula AES ini dan keputusan semakan akan diumumkan pada tahun hadapan. Banyak faktor hendak diambil kira tentang adaptasi AES di jalan raya negara kita ini. 

Adakah ia efektif? Adakah ia jitu? Adakah ia mampu mendisplinkan rakyat? 

Bagi perisik, perlaksanaan AES ini perlu diteruskan. Untuk makluman sistem begini sudah digunapakai dikebanyakan negara maju. Seperti di Netherlands, terutama di kawasan lebuhraya Amsterdam, anda akan lihat AES di setiap 2-5km lebuhraya terbabit. Had lajunya pula kadang kala 70-90km/jam sahaja! 

Jadi cuba bayangkanlah, dengan jarak antara satu AES dengan AES lain terlalu hampir. Ditambah pula dengan had laju 70-90km/jam. Maknanya sepanjang masa pemandu akan bawa perlahan. Laju sikit terus kena ambil gambar!

Bila keadaan begini, memang amat jarang kita akan jumpa kereta bawak macam orang gila. Sekaligus mengurangkan risiko kemalangan jalanraya. Itu tujuan sebenar AES! Apa kejadah pula kerajaan nak buat untung dengan memperjudikan nyawa pengguna jalan raya. 

“Kerajaan mahu memastikan AES dilaksanakan selari dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya (Kejara).

“Kita perlu pastikan ia boleh dilaksanakan dan tidak ada masalah pada sistem itu,” Jelas Tiong Lai

Jadi AES bukan untuk hukum pemandu ikut suka! Ia hanya salah satu mekanisme bagi mendisiplinkan pemandu. Ikut peraturan, tiadalah saman. Senang cerita!

No comments:

Post a Comment