Buat masa sekarang satu inisiatif sedang berjalan iaitu Projek Perintis PLKN 2.0 dari 17 Oktober hingga 15 Disember bertempat di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang. Tujuan projek ini adalah bagi melihat sejauh mana keberkesanan modul baru ini sebelum dilaksanakan secara rasmi pada sesi Januari tahun hadapan.
Peserta projek ini terdiri daripada para sukarelawan remaja yang lahir pada 1997 dan juga kalangan calon-calon PLKN kumpulan kedua dan ketiga siri 12/2015. Sambutan amat menggalakkan apabila seramai 469 pelatih daripada seluruh negara menyertai projek ini.
Mereka yang terdiri daripada 315 pelatih lelaki dan 154 pelatih wanita akan menilai sejauh mana keberkesanan modul baru ini yang akan berjalan selama 8 minggu. Diharap para peserta dapat memberikan maklum balas sewajarnya di setiap 8 modul yang disediakan.
Perincian 8 modul terbabit telah pun dilakukan oleh Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Ehsanuddin Harun Narrashid bulan sudah. Secara ringkasnya bolehlah merujuk kepada gambar di bawah.
Dari sudut mudah, modul baru ini dijangka mampu memberi kesediaan kepada pelatih dalam disiplin diri, kerohanian, pengurusan diri, pengurusan kewangan dan kemahiran vokasional.
Dalam setiap pelan baru yang diperkenalkan sememangnya nampak gah di atas kertas. Oleh yang demikian perlaksanaan projek ini dilihat perlu supaya dapat memberi gambaran sebenar dari sudut psikologi pelatih seperti tindakbalas bahasa badan, reaksi pergaulan dan lain-lain faktor berkaitan sikap manusia itu sendiri.
Sama-sama kita nantikan hasil maklum balas peserta selepas 15 Disember ini. Dari situ pihak MLKN akan mengkaji dan melihat penambahbaikan yang perlu bagi diterapkan secara rasmi dalam seisi Januari nanti.
No comments:
Post a Comment