Sunday, March 22, 2015

Kadar Tambang Baharu Ditangguh! SPAD Akur!



Setelah isu kadar baharu teksi dan bas ekspres menjadi panas beberapa hari. Akhirnya kabinet tampil menggesa supaya ianya ditangguhkan ke tarikh lain. Gesaan ini dibuat selepas mengambil kira respon pelbagai pihak yang berpendapat waktu tidak sesuai dikala GST hendak berkuatkuasa.

Pengumuman penangguhan ini dilakukan oleh TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pagoh semalam. Namun Muhyiddin sedia maklum akan kajian beberapa tahun Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan tidak mempersoalkan kadarnya. Cuma waktunya dilancarkan sahaja perlu ditunda.

Jadi para pengendali dan pemandu teksi serta bas ekspres jangan terkeliru kerana ini hanya satu penangguhan sementara bukan pembatalan. Pada hakikatnya kabinet sudah bersetuju dengan kadar yang dibentangkan oleh SPAD.


Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar dalam kenyataan ringkas akur dengan saranan kabinet dan mungkin beberapa perbincangan susulan akan dibuat bagi memberi pencerahan tentang kadar baharu ini. Sama-sama kita nantikan satu tarikh baru dengan persetujuan Kabinet.

Perisik tidak berminat untuk memanjangkan isu ini! Apa-apa pun berasa yakin yang pihak kabinet tidak sesekali akan berlaku zalim terhadap pemandu, pengendali teksi dan ahli keluarga industri teksi yang berjumlah lebih 130,000 orang ini. 

Perlu diingatkan bahawa penangguhan yang dilihat sebagai satu langkah damage control oleh sesetengah pihak ini, boleh menjadi senjata makan tuan kerana 130,000 orang yang dinyatakan tadi juga Rakyat yang berhak mendapat pembelaan sewajarnya.

Jangan kita sibuk menang sorak tapi biarkan ahli keluarga pemandu teksi dan bas ekspres ini kelaparan. Mereka inilah lebih getir dalam menghadapi perlaksanaan GST. Kerana pengecualian GST hanya termaktub untuk caj kadar perkhidmatan yand diberi kepada pengguna.

Pemandu dan pengendali masih perlu membayar GST untuk setiap selenggaraan, belian alat ganti dan bayaran teksi pajak. Maka fikir-fikir supaya kadar ini tidak tertangguh lama selepas perlaksanaan GST.


No comments:

Post a Comment