Sunday, March 22, 2015

Hasil Didikan PAS! DAP Masih Dungu Fahami Hudud!



Kemelut pembangkang sejak usaha PAS untuk melaksanakan undang-undang Hudud di Kelantan tidak menunjukkan sebarang tanda reda. Anak beranak DAP, Kit Siang dan Guang Eng bertalu-talu menghentam pemimpin PAS, Datuk Hj Hadi Awang yang dakwa mereka melanggar persefahaman pakatan.

Sehingga Hadi digambarkan sebagai "Pengkhianat Bersiri" oleh pemimpin tertinggi DAP. Nampaknya didikan dan usaha PAS untuk membuatkan DAP faham tentang Hudud serta dasar negara Islam tidak memberikan sebarang hasil. Banyak makan semut gamaknya sampai tongong macam ni.

Kata-kata itu diucap sendiri oleh para pemimpin PAS bagi menghalalkan hubungan terlarang bersama DAP atas alasan tahaluf siyasi. Didikan dan pemahaman diberikan kepada DAP ternyata hanya kata kosong sebelum PRU13 bagi meletakkan persepsi bahawa parti chauvanist itu tidak menolak dasar Islam dan sedia menerima. 

Penyokong totok PAS pun angguk percaya dan setelah bertahun-tahun sebumbung DAP langsung masih tak faham-faham malah menentang habis-habisan segala perancangan dan matlamat PAS. Penyokong PAS terus tertipu dan keliru dengan maklumbalas para pemimpin PAS.

Kerana dah kena bermacam-macam tohmahan dan penghinaan agama oleh DAP pun masih berpegang kepada tahaluf siyasi? Jelas perikatan ini bercanggah dengan syarat-syarat Tahaluf Siyasi. Mengapa pemimpin mereka masih mendakap musuh yang sudah banyak kali menikam belakang.

Datuk Dr Mashitah Ibrahim juga pernah mengutarakan keganjilan pertalian haram antara PAS-PKR-DAP di akhbar Sinar Harian. Tak payah Mashitah, kita sebagai rakyat beragama Islam juga sudah nampak respon DAP dalam setiap langkah PAS. Ada sahaja dibantah. 



"DAP tidak mahu melihat sokong-menyokong antara Pas dan Umno di Parlimen, dan menganggap komitmen Umno Kelantan untuk menyokong hasrat kerajaan negeri pimpinan Pas sebagai tidak sihat. 

Menurut Kit Siang, apabila Pas dan Umno saling berjuang menegakkan agama Islam, ini tidak baik untuk demokrasi dan hak asasi rakyat, boleh menjejas kemajuan ekonomi dan persaingan antarabangsa serta membantutkan usaha mengekalkan Malaysia sebuah negara sekular." Jelas Mashitah.

Bukan suatu yang baru melihat reaksi DAP ni. Walhal semua ramai Melayu-Islam dah masak dengan perangai rasis DAP terhadap bangsa dan agama di negara ini. Kekecohan 13 Mei sudah cukup menggambarkan bagaimana sengsaranya negara dengan perkauman bawaan parti roket ini.

No comments:

Post a Comment