Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyaksikan majlis perjanjian dimeterai sekaligus melancarkan PKP. Kepakaran dua institusi ini mampu menghasilkan kajian yang mantap berkaitan pondok di Malaysia dan sekitar Nusantara.
Terbaru tiga buah universiti tempatan tampil menunjukkan minat untuk menyertai PKP. Iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia. Sumbangan dan kepakaran dari beberapa universiti ini dijangka mampu meningkatkan kualiti kajian pondok ini.
Namun perlulah diseragamkan dengan matlamat asas kajian supaya ia tidak menyimpang dan dinilai bagus untuk rujukan pihak lain. Oleh itu, Mashitah yang juga dilantik sebagai Pengarah PKP pertama akan duduk berbincang dengan semua yang terlibat bagi mejelaskan lebih lanjut tentang hala tuju, strategi dan tugasan mengikut kepakaran masing-masing.
Dengan perlaksanaan kajian ini, kita mampu melampirkan beberapakelemahan dan penambahbaikan serta bentuk bantuan yang boleh diberikan bagi menjamin kelestarian Institusi Pondok. Tidak mustahil suatu hari nanti, hasil kajian ini mampu menjadi rujukan dalam membentuk sebuah Pusat Institusi Pondok Antarabangsa di Malaysia.
No comments:
Post a Comment