Mungkin penulis kurang memahami mengenai inisiatif kerajaan atau terlalu syok hendak mengkritik setelah mendapat info sebelah pihak sahaja. Tidaklah janggal rasanya jika artikel itu datang dari blog pro pembangkang. Tapi output terbabit datang dari suratkhabar pro kerajaan NST yang berprofil sebagai wartawan.
Kerana dari rakan-rakan wartawan ada menyebut dalam mencari input atau berita. Wartawan harus faham serta pastikan kesahihan dan ketepatan laporan yang hendak ditulis. Jika tidak faham, bertanya. Jika masih tidak faham, bertanya lagi. Jika masih juga tak faham-faham, tinggalkan.
Tapi penulis artikel tidak pula buat seperti yang rakan-rakan wartawan lain lakukan. Seperti yang perisik katakan, mungkin dah terlalu syok nak mengekritik. Apa boleh buat, telajak perahu boleh diundur, telajak kata?. Kena kita tegur-tegur dan betulkan kenyataan wartawan NST ini.
Untuk makluman keputusan untuk menggunakan Proton Exora adalah atas keputusan kerajaan dan ia selari dengan dasar Kereta Nasional. Jelaslah tindakan penggunaan Exora dalam TEKS1M bukanlah kata putus oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar.
Sebagai agensi yang dipertangguggjawabkan bagi mentransformasikan industri perkhidmatan teksi, SPAD perlu selari dengan dasar yang telah ditetapkan ini. Keputusan untuk menggunakan Exora ini bukan dibuat secara hentam kromo. Tapi setelah mengambil kira beberapa faktor seperti spesifikasi teknikal, ruang simpanan, keselesaan penumpang.
Dari sudut lain, kemampuan pemandu teksi untuk memilikinya juga diambil kira. Oleh itu, Proton Exora telah dinilai paling berpatutan dalam kelas dan kategori atau faktor yang dinyatakan awal tadi. Dwi bahan bakar (petrol dan NGV) juga diadaptasi kepada Proton Exora supaya menjadi satu tambah nilai kepada perkhidmatan TEKS1M. Akan datang model Exora diesel atau versi Hibrid diperkenalkan.
Selain daripada itu, Proton Exora juga dilihat lebih menjimatkan apabila alat ganti lebih mudah diperolehi sekaligus memudahkan pemilik TEKS1M untuk membuat pembaikan atau servis berkala. Malah Proton juga dilihat lebih responsif kepada perubahan spesifikasi kenderaan apabila diminta.
Harus diingat bahawa, perkhidmatan teksi di Malaysia buat masa ini tidak seragam sama sekali. Kerajaan di bawah agensi SPAD sudah pun mula mengorak langkah berusaha untuk mewujudkan satu sistem atau standad seperti kita lihat di bandar-bandar besar dunia seumpama London, New York dan Dubai demi kelestarian industri teksi.
Maka kehadiran TEKS1M ini ternyata mampu membentuk satu standad dan menjadi contoh sistem operasi teksi yang lebih efisien di negara ini. Beberapa spesifikasi minimum akan harus ditetapkan seperti tahap keselamatan yang lebih mampan, keselesaan dan jangka hayat kepenggunaan kenderaan teksi dihadkan kepada 7 tahun.
SPAD juga sudah mula menggerakkan beberapa inisiatif berkaitan TEKS1M seperti mengintegrasikan sistem tempahan secara online bagi memastikan liputan perkhidmatan awam terutamanya teksi yang lebih meluas. Struktur tambang juga akan diseragamkan bagi memastikan kesinambungan industri teksi terus terpelihara.
No comments:
Post a Comment