Wednesday, June 25, 2014

Kedangkalan RUM Membantah Penutupan Laluan Gemas-Gua Musang


Bila usaha membaiki landasan demi keselamatan pekerja KTMB dan pengguna cuba dilakukan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dituduh zalim! Kalau tiada tindakan dan berlaku pula tragedi sudah tentu SPAD dan KTMB akan  dipersalahkan juga dengan lebih dahsyat. Buat salah, Tak buat pun salah!

Kesatuan Pekerja KTMB atau lebih dikenali sebagai RUM nampak telalu beremosi dalam menghadapi keputusan penutupan sementara ini. RUM sepatutnya tidak terlalu gopoh dalam mengeluarkan kenyataan keras dan pandangan yang rata-rata menyentuh kesan jangka pendek SAHAJA. Berikut adalah point yang diutarakan RUM: 
  • Menzalimi 300 kakitangan KTMB
  • Menjejaskan hasil KTMB sekurang-kurangnya RM100ribu sehari.
  • Menjejaskan pengguna semasa sambutan Aidilfitri nanti
  • Statistik menunjukkan lebih 500,000 penumpang menggunakan laluan Gemas-Gua Musang pada tahun 2013. 
Mengapa tidak mengambil kira kesan jangka panjang yang lebih buruk boleh berlaku terhadap pekerja, pengguna dan juga KTMB jika penutupan tidak dilakukan. Apakah RUM cuba hendak meraih publisiti murahan atau populariti mee segera dengan membangkitkan isu yang sepatutnya boleh dibincang secara tertutup?



Betul ke 300 pekerja DIZALIMI? Adakah kesemua 300 kakitangan KTMB diberhenti serta merta? Adakah gaji mereka semua dipotong? Adakah nyawa mereka diancam dengan penutupan SEMENTARA ini? Sudah tentu tidak! Jadi apa definisi ZALIM yang cuba disampaikan RUM? 

Kesan yang nampak akan timbul adalah beberapa rombakan lokasi pekerja KTMB ditempatkan. Mungkin ada yang terpaksa berjauhan dari keluarga, namun ini tidak menunjukkan indikasi zalim terhadap pekerja. Kalau ini melibatkan peningkatan kos perjalanan kakitangan, rasanya KTMB mampu untuk mempertimbangkan elaun khas sebagai penyelesaian.

Perisik yakin SPAD dan KTMB akan menerima tuduhan lebih teruk jika insiden buruk berlaku kerana tidak melakukan penutupan. Lebih-lebih lagi bila melibatkan kehilangan nyawa kakitangan dan pengguna. 

Adakah RUM akan tampil hero menghadapi segala akibat jika tragedi berlaku di laluan tersebut? Adakah RUM akan menanggung segala kos ganti rugi kerosakan dan kecederaan?



Jika benar RUM tidak berkompromi soal keselamatan, isu pendapatan KTMB RM100ribu sehari dan ribuan penumpang terjejas tidak harus dibangkitkan. Kerana bila insiden buruk berlaku, kredibiliti KTMB sudah tentu tercalar dan pengguna akan hilang keyakinan untuk menggunakan perkhidmatan keretapi sekaligus menjejaskan momentum pendapatan syarikat.

Siapa bersama KTMB ketika insiden buruk dan kerugian berlaku nanti? RUM? Mungkin RUM sendiri akan desak campur tangan kerajaan untuk selamatkan KTMB pula. Janganlah kita tunggu sudah terhantuk baru terngadah. 

RUM sepatutnya seiringan bersama-sama KTMB dan SPAD dalam tindakan penutupan sementara ini. Lihatlah semua sudut kesan jangka pendek dan jangka panjang. Dari situ pasti penyelesaian menang-menang dapat dicapai.

Tak perlulah nak meroyan kat SPAD esok! 

No comments:

Post a Comment