Monday, June 23, 2014

Gereja Katolik Tidak Dibenarkan Merayu Untuk Guna Kalimah ALLAH!!



Mahkamah Persekutuan hari ini menolak cubaan Gereja Katolik untuk membenarkan merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang mereka menggunakan Kalimah Allah dalam tabloid The Herald

Ini adalah lanjutan 5 Mac lalu Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria yang mempengerusikan tujuh  panel hakim telah mendengar hujah permohonan Gereja Katolik untuk diberikan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 15 Oktober  2013 yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam The Herald versi Bahasa Melayu.

Keputusan dikeluarkan setelah empat hakim menolak membenarkan rayuan manakala tiga lagi hakim menyokong. Ini bermakna keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) larang The Herald guna perkataan Allah kekal. Gereja Katolik TIDAK BOLEH lagi membuat rayuan kerana keputusan adalah muktamad.



Mungkin dikalangan penganut Islam merasakan kita sudah menang. Harus diingatkan bahawa musuh diluar sana akan cuba pelbagai cara untuk merobek merampas hak-hak umat Islam bagi tujuan menyesatkan.

Perjuangan tidak berakhir di sini kerana cabaran yang mendatang lebih getir apabila kitab bible dalam bahasa melayu sudah mula tersebar secara halus diseluruh negara dan ada sebahagian pendakwah kristian telah menyebarkan kitab-kitab ini di beberapa lokasi terutamanya kawasan sekolah.

Berikut adalah gambar-gambar di sekitar Istana Kehakiman pagi tadi:

















No comments:

Post a Comment