Tuesday, April 30, 2013

DAKWAT HILANG!! Pakatan Buat Magic Show Sempena Hari Mengundi Awal!


Hari ini puak pakatan melalui Tian Chua dan Nurul Izzah buat magic show hari mengundi awal. Mereka dakwa, dakwat dicalit pada jari salah seorang pengundi tentera yang bernama Azmi SUDAH TIADA! HILANG!? 

Maka dua ekor beruk ni pun mengheret si Azmi ni ke balai polis untuk membuat laporan. Hebat sungguh magic show dorang!?! Macam mana boleh hilang?! Adakah Tian Chua gigit jari pengundi ni hingga terhilang dakwat? Adakah Nurul Izzah kolom jari pengundi dengan rakus sampai terpadam? Apa-apa pun itu magik show dorang?!

Puak-puak cybertrooper pembangkang pun sibuk membuat pendedahan "sulung" dengan menyiarkan demonstrasi bagaimana menghilangkan dakwat kekal di blog-blog mereka. Hebatlah tu kononnya!

Sedangkan blogger BN sudah lama melakukan pendedahan dakwat ini boleh dihilangkan dalam artikel pada 2011. Mungkin dorang belajar dari sini kot!?!


Memang di jangka dan tepat seperti apa yang telah didedahkan oleh orang-orang dalam parti pakatan sendiri. Iaitu perancangan serta peringkat-peringkat provokasi agresif pembangkang dalam menghadapi PRU ni. 

Kalau kita ingat kembali, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memenuhi beberapa tuntutan pembangkang melalui BersihiT antaranya penggunaan dakwat kekal. Mereka mendesak kononnya ianya lebih murah dan terjamin kewibawaannya. Walhal penggunaan dakwat kekal hanya dipraktikkan oleh negara-negara besar yang mundur. 


Sedangkan cadangan awal SPR adalah menggunakan sistem biometrik. Sistem yang ternyata mempunyai ciri keselamatan yang diperakui dan jitu. Tapi samdol BershiT tentang habis-habisan. Kononnya harga mahal dan data mudah diganggu atau di godam! 

Malaun-malaun yang cakap tu pun reti takat beremail, facebook, blogging dan twitter. Itu pun ada orang tolong daftar untuk bukakan akaun. Mereka faham ke mengenai network dan data security? Faham ke tentang hacking, phreaking dan penetration? Ni bukan cerita pasal penitrasi lubang kunyit tu! Uwekkk!


Sekarang rakyat fahamlah mengapa puak pembangkang beriya-iya hendak menggunakan dakwat kekal. Sebab mereka sudah nampak ruang untuk melakukan provokasi dengan isu dakwat ini.  

Kalau kita lihat, cubaan-cubaan provokasi ini selalu dimulakan oleh PKR sendiri. Sebelum ni Nurul Izzah tidak semena-mena menimbulkan isu pengundi hantu. Tian Chua pula laju sahaja mengeluarkan kenyataan isu Lahad Datu sebagai sandiwara. 

PAS-DAP pula hanya melihat dari jauh kerja kotor dilakukan PKR ini!?! Mereka sudah menjangkakan usaha PKR ini akan memakan diri sama seperti isu-isu yang telah mereka mainkan sebelum ini. Senjata fitnah makan tuan!

Kita lihat mereka sudah merangka fasa-fasa bagi melakukan kekecohan menjelang PRU. Dalam situasi semakin tegang ini apakah perlu pihak polis menunggu keadaan menjadi parah atau Hishamuddin sekadar memberi amaran! 

Semalam SMS berantai bagang pakatan disebarkan kepada ahli-ahli mereka. Kali ini tersebar pula satu lagi SMS berantai berikutan isu dakwat ini. Mesej seperti berikut:
"Maklumat mendedahkan sekumpulan penjenayah sedang merancang untuk mengganggu keselamatan negara dan ianya berkemungkinan disasarkan kepada anggota tentera dan polis. 
Ini adalah kerana pihakpolis dan tentera mudah terdedah identitinya dengan mempunyai tanda dakwat kekal pada jari telunjuk. 
Blog ini secara peribadi menasihati agar semua anggota polis dan dan tentera perlu berhati-hati dalam menjalankan tugas dan aktiviti luar. 
Difahamkan ianya berkemungkinan dirancang bagi melumpuhkan kekuatan keselamatan negara. 
Sila ambil berat terutama bagi anggota polis yang berpakaian preman semasa bertugas. 
Penjenayah ada di mana-mana. Perlu berhati-hati dan sentiasa memastikan keselamatan diri. Ianya berkemungkinan memang sudah dirancang bagi mengadakan tanda dakwat di jari sebagai perancangan bagi menghuru-harakan keadaan. Harap semua ambil perhatian." BACA SUMBER SINI.
Rakyat di ingatkan jangan melatah dan melenting tanpa usul periksa yang pasti? Biar pihak polis dan SPR melakukan siasatan terperinci. Sama-sama kita nantikan kenyataan rasmi SPR dalam masa terdekat ini.

No comments:

Post a Comment