Saturday, December 22, 2012
Mazlan Aliman Menghilang?!
Semakin banyak fitnah dan auta yang digerakkan oleh pertubuhan haram ANAK, pimpinan Mazlan Aliman kantoi.
Pada 7 Ogos lepas, lapan peneroka telah menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Temerloh terhadap PM, Datuk Seri Najib berikutan perkataan "haram jadah" yang digunakan beliau ketika berucap mengumumkan durian runtuh di Felda Jengka 8.
Monday, December 17, 2012
PANAS!! Senarai Kabinet Pakatan
Senarai barisan kabinet Pakatan Rakyat yang keluar "lagi"! Gua nak tergelak pecah perut tengok senarai ni!
Sunday, December 16, 2012
DAP Pun Parti Anak Beranak
Keputusan pemilihan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) dalam kongres DAP semalam mengkantoikan sendiri belang sebenar parti tersebut. Sebelum ini gah mengatakan ia adalah parti berbilang kaum, tapi apa yang berlaku semalam jelas menunjukkan sebaliknya.
Tak perlulah DAP hendak berdolak dalih mengatakan bahawa ini adalah pemilihan adil dan demokrasi. Apa yang tersirat, parti tersebut tidak dapat lari dari sikap para perwakilannya yang masih chauvinis dan masih memiliki sentimen perkauman yang menebal.
Thursday, December 13, 2012
Pakatan Gelabah Hilang Undi Kaum India
Gerakan demo IC semalam adalah sekadar platfom parti pembangkang untuk meraih simpati pengundi kaum india di negara ini. Ini kerana majoriti pengundi India di negara ini sudah kembali menyokong dan memberi kepercayaan kepada Kerajaan Barisan Nasional pimpinan PM, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kaum India sudah menilai dan melihat sendiri selama lebih empat tahun pakatan mendapat mandat di beberapa negeri. Apa menifesto untuk kaum India yang telah pakatan laksanakan? TIADA!
Wednesday, December 12, 2012
Penipuan Pakatan Dalam Demo IC
Pakatan dakwa 300,000 warga india di negara ini tidak memiliki kad pengenalan. Dari angka itu sahaja sudah cukup menunjukkan bertapa autanya puak-puak pakatan ni.
Macam biasa pakatan akan mengeluarkan angka-angka yang gempak-gempak di setiap gerakan, himpunan atau ceramah mereka. Puluh-puluh ribu dan ratusan ribu adalah jumlah yang paling digemari gerombolan ini.
Lagi Saman Sampai Kepada Mazlan Aliman
Belum lagi selesai kes saman dari Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman, Mazlan Aliman tambah lagi satu koleksi saman, kali ini dari Felda pula.
Beberapa minggu sudah Timbalan Menteri di JPM, Datuk Ahmad Maslan telah memberitahu bahawa akan menyaman Mazlan Aliman di atas kenyataan menfitnah Felda menjual minyak sawit kepada Israel.
MP Pakatan Mengeluh
Barisan kepimpinan pembangkang semakin hari semakin tidak senang duduk ke hulu ke hilir berkempen mencanangkan seribu macam fitnah terhadap kerajaan di setiap lokasi jelajah mereka.
Kerancakan mereka sering terganggu dengan keluhan kalangan ADUN dan Ahli Parlimen (MP). Mengeluh untuk menjawab soalan-soalan mudah dari rakyat.
Wednesday, December 5, 2012
LGBT Bercambah Di Media Malaysia
Beberapa pelopor media cetak dan elektronik sama ada secara sedar atau tidak telah mempromosikan unsur LGBT. Situasi ini mampu menjurus kepada peNORMALan/ membiasakan penerimaan golongan LGBT di kalangan rakyat negara ini. Perkara ini dilihat meracuni anak-anak kecil kita.
Sekarang pun sudah ramai di kalangan ibu bapa mengeluh, kerana ada rancangan TV, filem dan siri animasi yang memuatkan unsur-unsur LGBT tanpa memikirkan kesan terhadap pemikiran anak kecil.
Sekarang pun sudah ramai di kalangan ibu bapa mengeluh, kerana ada rancangan TV, filem dan siri animasi yang memuatkan unsur-unsur LGBT tanpa memikirkan kesan terhadap pemikiran anak kecil.