Wednesday, December 12, 2012

MP Pakatan Mengeluh


Barisan kepimpinan pembangkang semakin hari semakin tidak senang duduk ke hulu ke hilir berkempen mencanangkan seribu macam fitnah terhadap kerajaan di setiap lokasi jelajah mereka. 

Kerancakan mereka sering terganggu dengan keluhan kalangan ADUN dan Ahli Parlimen (MP). Mengeluh untuk menjawab soalan-soalan mudah dari rakyat.  

Apa pencapaian pakatan selama lebih empat tahun ini?? Apa kemajuan yang dibawa kepada rakyat?? Mana pergi janji-janji PRU12?? 

Apabila diaju soalan begini, berpusing-pusing lidah mereka menjawabnya. Sebab mereka sedar, pakatan tidak mampu menzahirkan bukti pencapaian yang konkrit dari kesinambungan janji-janji PRU12 yang lalu. 

Seribu macam kata-kata HARAPAN dijanjikan kepada rakyat. Bila sudah dapat mandat di empat negeri, semua kata-kata "HARAPAN" sekadar menjadi "ANGAN" buat rakyat.

Namun kepimpinan pembangkang buat MUKA SEPOSEN berkempen membentangkan janji-janji baru. Kesudahannya siri jelajah pakatan semakin tidak mendapat tempat di hati rakyat.

Apa TUJUAN pemimpin pembangkang meneruskan juga wayang ini?

Tujuannya amat jelas! Hanyalah untuk mengalihkan perhatian para penyokong pakatan serta ahli-ahli parti jauh dari memikirkan masalah dalaman yang berpunca dari KESAMDOLAN pemimpin mereka sendiri. Ini belum lagi dikira MASALAH pertikaian sesama MP dan ADUN pakatan.

Rasanya ahli-ahli pakatan dan penyokong tahu ke pasal masalah dalaman ini?? 

Sudah tentu! Kalau tidak, takkan berduyun-duyun ahli-ahli PAS-PKR dan para penyokong mereka mula cuci kaki dari terus bersama pakatan yang semakin sesat. 


Perisik: ramai MP dan ADUN pakatan tengah kelam kabut "Lali.tam.plom" minta dicalonkan ke kerusi lain. Sebab kerusi yang mereka pegang sekarang goyah kerana hilang kepercayaan rakyat.


1 comment:

  1. Nampaknya doa yang di sampaikan oleh bekas MB Perak di suatu perhimpunan di Kedah kini semakin terserlah kemakbulannya. Doa beliau adalah seperti berikut:
    “Selamatkan negara kita, selamatkan akidah kita, selamatkan negara dan masyarakat kita…perhimpunan di Kedah tanda kejatuhan PAS di semua peringkat bersama-sama dengan rakan-rakan kita Pakatan Rakyat”
    Nampaknya ia lebih berkat daripada doa adik Pok Nik. Amin.

    ReplyDelete