Keputusan pemilihan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) dalam kongres DAP semalam mengkantoikan sendiri belang sebenar parti tersebut. Sebelum ini gah mengatakan ia adalah parti berbilang kaum, tapi apa yang berlaku semalam jelas menunjukkan sebaliknya.
Tak perlulah DAP hendak berdolak dalih mengatakan bahawa ini adalah pemilihan adil dan demokrasi. Apa yang tersirat, parti tersebut tidak dapat lari dari sikap para perwakilannya yang masih chauvinis dan masih memiliki sentimen perkauman yang menebal.
Buktinya seramai 63 calon bertanding, untuk merebut 20 kerusi CEC. Tujuh daripadanya adalah calon melayu. Keputusannya, harammm..tak ada satu pun yang berjaya mendapat tempat atau menjadi pilihan majoriti bagi mengisi kerusi CEC parti rasis tersebut.
Situasi ini telah memberi satu tamparan pada orang-orang melayu terutamanya ahli-ahli melayu 'kerdil' di dalamnya. Mereka sudah sedar sekarang bahawa slogan "Malaysian Malaysia" atau "Malaysia untuk Rakyat Malaysia" hanyalah topeng untuk menarik undi sahaja. Perlaksanaannya? Amat mustahil berlaku dalam DAP. Senang cerita, DAP cakap tak serupa bikin.
Ekoran dari itu melayu dalam DAP merengek seperti bayi tak dapat susu. Sebab susu yang dijanjikan tak di beri, malah habuk pun tak dapat. Antaranya Anggota Jawatankuasa Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor bersuara mengatakan bahawa parti tersebut tidak berubah.
"Apabila kita katakan Malaysian Malaysia itu, maknanya kita mesti mewakili semua agama, semua bangsa, semua kaum... seimbang. Mesej yang saya sampaikan selama ini belum sampai ke akar umbi. Mereka masih lagi mengundi, memilih pemimpin berpandu kepada bangsa," katanya.
"Belum ada perubahan di situ. Keputusan hari ini (Sabtu) tak de seorang pun calon Melayu... Mungkin pemimpin atasan yang bertanding mesti nak jaga kepentingan masing-masing, bukan kepentingan parti," tambahnya lagi.Paling lawak dalam KEPUTUSAN CEC semalam, barisan 20 yang terpilih ini terdiri dari ANAK BERANAK. Seperti Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng masing-masing mendapat undi 1,607 dan 1,576. Karpal Singh (1,411) dan Gobind Singh Deo (1,197). Tidak lupa juga Nga Kor Ming (1,075) dan Ngeh Koo Ham (824).
TAK ADA BEZANYA DAP ini dengan PKR yang turut dibarisi anak beranak iaitu Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan Nurul Izzah dalam jawatan tertinggi parti mereka.
Dari CORAK yang ditunjukkan oleh DAP ini, parti ini hanya tertumpu untuk mengekalkan pengaruh di kalangan pengundi Cina di kawasan yang berkependudukan majoriti Cina pada PRU13 nanti.
Kerana mereka sendiri sama seperti PKR dan PAS sudah dapat melihat trend perubahan yang sedang melanda kini. Di mana banyak pengundi Melayu dan India kembali condong kepada BN.
Perubahan ini cukup meresahkan mereka dengan itu DAP nekad membiarkan rakan parti mereka PAS-PKR terkontang-kanting dalam kempen meraih undi melayu dan india.
Mereka seolah-olah mengambil sikap lepas tangan dan mementingkan diri sendiri membawa agenda sendiri bagi HANYA mengekalkan kelansungan parti mereka dalam politik negara.
Perisik: Ramai ahli-ahli akar umbi PAS-PKR yang majoriti melayu Islam sekarang dah nampak bahawa DAP adalah parti dominan dalam PAKATAN bukannya PKR atau PAS atau Anwar Ibrahim.
No comments:
Post a Comment