Wednesday, December 5, 2012

LGBT Bercambah Di Media Malaysia

Beberapa pelopor media cetak dan elektronik sama ada secara sedar atau tidak telah mempromosikan unsur LGBT. Situasi ini mampu menjurus kepada peNORMALan/ membiasakan penerimaan golongan LGBT di kalangan rakyat negara ini. Perkara ini dilihat meracuni anak-anak kecil kita.



Sekarang pun sudah ramai di kalangan ibu bapa mengeluh, kerana ada rancangan TV, filem dan siri animasi yang memuatkan unsur-unsur LGBT tanpa memikirkan kesan terhadap pemikiran anak kecil.


Antaranya siri animasi Upin dan Ipin yang menyelitkan unsur LGBT melalui watak Sally yang merupakan seorang lelaki yang berperwatakan "sotong" dengan nama sebenar Salleh.

Kesan dari tayangan lelaki lembut itu, telah mempengaruhi anak mereka dengan mengajuk watak Sally dengan gaya cakap melentok-lentokkan badan dan tangan. BOLEH TENGOK SENDIRI SINI


Pada peringkat kanak-kanak, proses pembelajaran mereka banyak melalui meniru/mengajuk apa yang mereka lihat dan dengar. Sebagai contoh:
Contoh-1: Mungkin anda pernah mengajar anak kecil anda menyebut sesuatu perkataan. Dengan cara menyebut perkataan tersebut berulang kali dan anak anda akan cuba meniru cara sebutan anda. 
Contoh-2: Adakalanya ketika mengemas rumah atau menyusun barang. Anak anda cuba ikut atau ajuk cara anda mengemas. Sehingga ada anak kecil yang cuba menyapu dengan penyapu yang lebih tinggi dari badannya sendiri.
Berbalik kepada watak Sally itu tadi, adakah nilai sebegini yang hendak kita terapkan dalam pembentukan peribadi anak kita?


Tujuan perisik bukan hendak menghentam produksi animasi Les' Copaque. Sebagai siri animasi yang menjadi tontonan kebanggaan anak-anak Malaysia ia merupakan contoh kepada persoalan yang penting. 

Persoalan..apa perlunya mewujudkan karakter sotong dalam setiap produk filem, drama dan animasi?!

Secara teknikalnya watak tersebut tidak mencacatkan langsung jalan cerita jika dikeluarkan. Dari sini terbukti banyak produksi tidak perlu karakter lelaki 'buat-buat' bapok dalam produk mereka. 

Kita bukan hendak menafikan kewujudan lelaki lembut atau sotong. Jika dilihat pada watak lakonan pondan dan bapok adakalanya terlalu over

Perisik yakin golongan sotong ini juga tidak mahu watak mereka dilakonkan atau digambarkan sedemikian rupa dalam layar perak. Ini belum lagi masuk watak yang dilakonkan di stesen-stesen radio seperti Hot FM melalui watak lelaki lembut "FiFi".

Jika kita perhatikan watak lelaki lembut yang diwujudkan atau dilakonkan oleh lelaki "buat-buat" bapok ini hanya sekadar menjadi bahan ketawa sahaja

Mungkin ada yang mengatakan pandangan Perisik mengarut dan tidak berfikiran terbuka! Maka keluarlah kata-kata seperti "kena open minded-lah", "sportinglah sikit", "normal-lah tu", "realistic-lah bro..", "ortodoks lah lu" dan bermacam-macam lagi. 

Bagi perisik "..belum kena batang hidung..memang senang nak cakap ala-ala freedom of speech atau proud newAge generation". 

Apa yang penting kita tidak mahu rakyat negara yang majoriti Islam menyesal di kemudian hari. Jangan tunggu "sudah terhantuk baru tengadah"

Kita tidak mahu lambakan unsur LGBT ini membuatkan generasi anak kita terbiasa dengan situasi lelaki berperwatakan lembut yang rata-ratanya bernaluri wanita yang condong meminati lelaki.

Bila sudah menjadi kebiasaan, sudah pasti akan datang corak pemikiran generasi anak melayu mentafsirkan bahawa ia tidak menjadi kesalahan.

Maka pihak produksi filem, drama dan animasi tidak perlu berfikir lagi untuk mewujudkan watak sotong dalam lakon layar mereka. Sebab tiada keperluan!

Datuk Seri Utama Rais Yatim melalui Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan perlu mengeluarkan garis panduan yang tegas bagi menghentikan penularan watak "sotong" ini. 


Perisik: Ada rakan media yang marah ke dengan tajuk posting ni? Muahahaha..relaks bro "normal-lah tu", "kena open minded-lah".

2 comments:

  1. UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap BODOH?

    2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...


    ~ BUKTI 1 ~

    ~ BUKTI 2 ~

    ~ BUKTI 3 ~

    ~ BUKTI 4 ~


    Saya mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah kurang 5 tahun, hutang berkurang. Bandingkan dengan Terengganu yang diperintah BN sejak 50 tahun dulu... Kat mana hebatnya Pemimpin UMNO yang menafikan kewibawaan Pemimpin Pakatan Rakyat? Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul.. ( Buktikan kalau saya bercakap bohong)

    Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.

    Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR....

    ~ (( Budaya Samseng )) - Ahli2 Mahu Lari Dari UMNO ~

    Biarkan UMNO bersendirian... Mereka tidak mahu bersatu, kita boleh bersatu sesama kita... Mereka pentingkan perpecahan... Biarkan mereka... Mereka lebih mengutamakan keganasan untuk mengekalkan kuasa... Biarkan mereka..... Mereka hanya mahu jadi samseng... Biarkan mereka samseng selamanya....

    Biarkan pemimpin2 UMNO memperbodohkan ahli2 mereka selamanya...

    ReplyDelete
  2. sajer jer approve komen di atas..sebab apa yang dikomen didakwa fakta oleh mereka.. hakikatnya banyak perkara di reka-reka tanpa asas yang kukuh..akhirnya satu lawak sahaja.

    perisik ada jawapan pada semua isi komen di atas..tapi tertarik mengenai Selangor yg kononnya hutang berjaya dikurangkan..tergelak membaca bab ni..bukan sahaja perisik, malah beberapa kakitangan kerajaan negeri selangor pun gelak besar membacanya.

    Sebab kerajaan selangor tidak suntikan pelaburan utk melangsaikan hutang. Apa yg dibuat hanyalah menggunakan duit peruntukan kerjaan pusat dgn memindah-mindahkan duit dari satu akaun ke satu akaun. Bila diaudit nampak banyak..cuba audit sekali lagi! Konpem kantoi

    ReplyDelete