Sunday, November 18, 2012
DAP setuju Hadi PM? PAS Hoorayy!
Kesimpulan yang dapat di lihat dari muktamar PAS kali ke 58 ini, adalah ia menjadi medan tungkus lumus para pemimpin PAS untuk mendapatkan kembali kepercayaan para ahlinya yang semakin terhakis dan goyah sejak akhir-akhir ini.
Mereka cuba menggambarkan kepada para ahlinya bahawa PAS adalah sebuah parti dominan dalam Pakatan dan bukan "Parti Pak Turut" yang tunduk kepada DAP-PKR.
Malangnya apa yang diucapkan perwakilan tidak selari dengan apa yang telah dilalui PAS selama lebih empat tahun di dalam Pakatan. Kerana segalanya sudah perisik dedahkan dalam artikel DI SINI & SINI mengenai siri kegagalan PAS dalam pakatan.
Sepanjang muktamar ini, pelbagai persoalan timbul dari hari ke hari yang membuatkan para ahlinya sendiri semakin panas hati kerana beberapa isu penting tidak dibangkitkan.
Antarannya isu-isu yang terbukti mengancam akidah umat Islam namun dianggap remeh di mata para pemimpin PAS kerana bagi mereka persediaan menghadapi PRU13 lebih penting. Maka keluarlah ucapan kosong sekadar sedap telinga para hadirin.
Antara angan kosong yang diucapkan perwakilan ulama PAS, Hairun Nizam yang berkata Hadi Awang sebagai calon terbaik memegang jawatan Perdana Menteri (PM). Walhal beberapa jam sebelum itu, DAP melalui penasihatnya, Lim Kit Siang sudah pun membuat pengisytiharan bahawa, Anwar Ibrahim akan dipilih sebagai PM jika pakatan menang pada PRU13.
Terserlah lagi kecelaruan dalam pakatan dan seperti yang dinyatakan awal tadi Dewan Ulama PAS memang cuba sedaya upaya untuk menunjukkan bahawa mereka bukan parti pak turut. Tanpa teragak-agak nama Anwar Ibrahim yang dicadangkan Kit Siang terus sahaja dicampak ke bakul sampah.
Orang-orang pakatan terutamanya DAP semakin pening, di tambah pula dengan kenyataan terbaru Anwar "Hadi jadi PM? Tiada Masalah..Tak ada apa, kita boleh BINCANG dengan baik".
Adakah Anwar akan bersetuju? dan Adakah DAP akan terima Hadi sebagai PM bila menang nanti?
Persoalan utama, perlukah kita tunggu hasil perbincangan tersebut? Selama ini pun DAP tidak pernah bertoleransi dalam banyak dasar perjuangan PAS. Apa yang membuatkan para perwakilan muktamar PAS berfikir DAP akan bertoleransi dalam hal ini.
Jadi ramai yang sudah dapat menjangka keputusan serta wayang yang bakal dimainkan oleh Anwar serta puak Anwarinas dalam perbincangan itu nanti.
Hadi Awang sedar akan hakikat itu, sebab itu ketika penangguhan muktamar PAS ke-58, Presiden PAS coverline berkata, beliau tidak berminat untuk menjadi PM. Namun sewaktu ucapan penangguhan, wakil ulama dan muslimat sekali lagi menegaskan hasrat menaikkan beliau sebagai PM. Membuat usul tanpa mengetahui kedudukan dan kelayakan sebenar PAS dalam pakatan.
Mereka mungkin tidak sedar yang PAS bukanlah parti dominan dalam pakatan. Kerana hanya mampu memenangi 23 dari 66 kerusi parlimen yang ditandingi. Berbanding DAP (28) dan PKR (31).
Angka inilah yang menyebabkan banyak dasar PAS terpaksa diubah menjadi "Parti Pak Turut" kepada DAP-PKR. Kerana banyak dasar tidak mendapat suara majoriti dalam pakatan.
Perjuangan asal dibuang dan dasar baru dimuktamadkan oleh puak-puak Anwarinas dengan diwujudkan buku jingga yang kononnya dasar bersama pakatan DAP-PKR-PAS.
Perisik: simpati kepada ahli-ahli akar umbi PAS yang masih mempercayai harapan Hadi sebagai PM.
Statistik pakatan PRU12.
PAS tanding 66 - menang 23 - kalah 43 / peratus kejayaan 35% - kekalahan 65%
DAP tanding 47 - menang 28 - kalah 19 / peratus kejayaan 60% - kekalahan 40%
PKR tanding 97 - menang 31 (terkini 27) - kalah 66 / peratus kejayaan 32% - kekalahan 68%
No comments:
Post a Comment