Monday, November 19, 2012
Hadi-Nik Aziz Lebih Besar Dari Sultan Kelantan
Dari kenyataan Hadi Awang menganggap solat hajat dan mendoakan kehancuran BN itu tidak salah kerana mereka hendak melawan kezaliman dan penindasan di negara ini??
Persoalan utamanya bukan intipati doa tersebut, tapi ALASAN yang diberikan oleh Hadi Awang tentang mengapa doa sedemikian dibacakan.
Jadi puak-puak pakatan, terutamanya PAS janganlah terlalu awal bersorak mendabik dada kononnya BN-UMNO tengah gelabah setelah doa tersebut dibuat.
Rakyat Kelantan berpendapat PAS tidak berpijak dibumi yang nyata.
Jika kita ingat kembali titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V tidak mengatakan kerajaan pusat ini zalim. Malah baginda Sultan bertitah mengucapkan Terima Kasih kepada kerajaan pusat yang selama ini dilihat tidak pernah meminggirkan Kelatan daripada arus Pembangunan.
Apa yang banyak disentuh dalam titah baginda adalah KELEMAHAN kerajaan pimpinan PAS dengan mengingatkan kerajaan negeri supaya menyelesaikan masalah air Kelantan, memperbaiki pengurusan pertanian dan menegur jentera pentadbiran kerajaan negeri supaya lebih proaktif. Boleh BACA SENDIRI DI SINI.
Tapi apa yang dibuat dan diucapkan oleh PAS dalam muktamar kali ke-58 ternyata bercanggah dengan titah Sultan Kelantan. Seolah-olah mengatakan bahawa baginda Sultan MENIPU.
Rakyat Kelantan sendiri pelik dengan alasan Hadi Awang, mungkin beliau terlupa yang PAS sendiri yang banyak melakukan kezaliman dan penindasan kerana gagal menyediakan kemudahan air bersih untuk rakyat Kelantan termasuk 85 JANJI projek dan kebajikan yang tidak terlaksana. BACA SINI. Belum lagi termasuk isu rompakan balak di Kedah BACA SINI.
Sekarang siapa yang mezalimi dan menindas rakyat?
Bila insiden doa ini menjadi panas dan pertikaian oleh ramai mufti dan ulama. Tidak semena-mena Nik Aziz pula besar kepala dengan mengeluarkan fatwa bahawa "UMNO buang Islam"?? Kenyataan beliau adalah bagi mempertahankan doa solat hajat yang dibacakan oleh adiknya sendiri Nik Razi.
Mungkin Nik Aziz turut terlupa yang terbukti banyak memperlekehkan Islam dan lantang menolak hudud serta pembentukan negara Islam adalah rakan mereka sendiri, DAP-PKR. Tapi sehingga hari ini pimpinan PAS yang dipelopori puak Anwarinas tidak pula menegur rakan mereka itu. BACA SINI
Tidak lupa juga paling banyak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan Islam dan mengeluarkan fatwa sesuka hati adalah parti PAS itu sendiri. BACA SINI.
perisik: rupa-rupanya PAS secara tidak sedar mendoakan kehancuran parti sendiri yang sebenarnya telah banyak berlaku zalim dan menindas rakyat.
No comments:
Post a Comment