Tuesday, October 30, 2012

Keimanan Pemimpin PAS macam "Biskut"


Riuh barisan kepimpinan PAS-PKR (yang Ber"iman") mengenai isu hudud kali ni. Malangnya apa yang RAKYAT dapat lihat pada keikhlasan dan keIMANan para pemimpin PAS-PKR dalam isu hudud ni tak ubah macam biskut..Sekejap ada..sekejap tiada.

Orang-orang PAS sendiri yang duduk kat bawah tu geleng kepala dengan lagak sufi para pemimpin mereka di atas. Kerana sebelum ini rakan mereka sendiri, Karpal Singh dari DAP, terang-terang menentang usaha PAS mengenai hudud, negara Islam dll. 


Kempen Sedap Telinga

Apa punya menifestolah Pakatan jaja dalam jelajah "1Malaysia" mereka? Tak habis-habis berkempen retorik sekadar nak bagi sedap telinga mendengar. Taktik ni bukan puak pembangkang dah guna ke masa kempen PRU12. 

Berjanji bulan dan bintang. Last-last rakyat yang mengundi, tepuk dahi menyesal tak sudah-sudah. Kerana apa yang dijanjikan mereka hanya gah di atas pentas dan kertas sahaja. 


Tuesday, October 23, 2012

Mazlan Aliman Mengigil Menanti Surat Saman

Mapiau..mapiau..mapiau
Hahaha..lagi wayang puak pakatan..Kali ni Mazlan Aliman tetap mempertahankan dokumen bayangannya yang kononnya ia adalah bukti-bukti mengaitkan Azalina dengan RAPID. Fitnah jijik ini disambut Azalina dengan saman.

Ketika temubual di Parlimen tadi, Mazlan Aliman berkata hanya menunggu writ saman peguam dari pihak Azalina sampai kepadanya. "Saya tidak akan mohon maaf pada dia (Azalina)...Kalau dia teruskan juga saman ini saya ada bukti dan akan buka (dedahkan)" Tambahnya lagi. Tapi apsal lu cakap mengigil..Hahaha.


PELIK!: Malam Tanpa Siang Selama 3 Hari Seluruh Dunia?!!


Para saintis NASA cakap satu fenomena pelik akan berlaku pada penghujung tahun  ini dimana bumi akan bergelap selama 3 hari berturut-turut bermula dari 23 hingga 25 Disember nanti.


Monday, October 22, 2012

Mazlan Aliman Tunjuk Dokumen RAPID!



Macam-macam game bangsat Mazlan Aliman mainkan dalam setiap ceramah dan gerakan bersama ANAK di Felda.  Pada 30 September lepas,  selaku el presidente ANAK, beliau dengan tiba-tiba join sekaki mempolitikkan kemasukan RAPID di Pengerang 

Sewaktu berucap di dataran Sg Rengit, Mazlan telah mengeluarkan kenyataan gali kubur apabila menuduh Azalina terlibat dalam projek RAPID. Kononnya ada bukti dokumen mengenainya. BACA SINI.


Thursday, October 18, 2012

DAP Perlekeh Islam, PAS suka?


Panas kepimpinan PAS sekarang apabila semakin ramai ahli-ahli akar umbi mereka mula naik angin selepas kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh parti junjungan mereka terdedah dengan sendiri.  

Mereka mahu dasar perjuangan parti kembali kepada kepimpinan awal PAS! Bukan apa yang telah dibawa masuk oleh kumpulan-kumpulan Erdogan yang menjadi kuda tunggangan Anwar.


Wednesday, October 17, 2012

Anwar Selamber Terajang Jui Meng!


Kita sudah mendengar bermacam-macam skrip wayang puak-puak Pakatan yang berserabut dalam menyatakan pendirian mereka mengenai RAPID sebelum ini. 

Kenyataan awal menolak RAPID, kenyataan lain pula kata terima?? Lepas tu kenyataan awal desak pindah RAPID, tiba-tiba dalam kenyataan lain hendak kekalkan pula?? 


Status Pemain Badminton No 1 Negara Bakal Berubah


Setelah 11 tahun berkawan dengan teman wanitanya yang juga pemain badminton negara, Mew Choo. Akhirnya STATUS Chong Wei bakal berubah daripada "bujang" kepada "berkahwin" atau omputih cakap daripada "available" kepada "not available".

Beribu-ribu ucapan tahniah menghujani Facebook Chong Wei selepas berita perkahwinannya menjadi sensasi di akhbar dan blog-blog. 


Sunday, October 14, 2012

Punca Empangan Selangor Kering Terjawab



Disebabkan terlalu banyak KEGAGALAN dihadapi oleh pembangkang dalam memburukkan kerajaan, pemimpin pakatan telah menyeru semua ahli-ahli mereka mandi bunga beramai-ramai.

Saturday, October 13, 2012

!! Bantulah Adik Adam !!


Adik Adam atau Ahmad Adam Syukri sedang kritikal mengalami kerosakan pada saraf otak sejak dilahirkan pada 4 March 2012.

Sumbangan dari anda semua diharap dapat meringankan beban ibu Puan Noraisyah yang telah mengambil cuti tanpa gaji bagi menanmpung kos perubatan adik Adam.

Ramai Pengundi Cina Mula Menyesal Pilih Pakatan



Nampaknya semakin ramai pengundi-pengundi mula sedar yang undi yang diberikan kepada Pakatan pada PRU12 hanya meletakkan masa depan mereka dalam angan-angan dan bayangan. 

Mereka yang mengundi Pakatan PRU lepas adalah kerana termakan atau terpedaya dengan manifesto serta janji-janji yang diucapkan. Sehingga hari ini tiada satu pun janji-janji yang terlaksana dan rakyat yang memberi mandat pula menanggung keperitan.


Friday, October 12, 2012

Pertubuhan ANAK Haram Di Malaysia!


Pertubuhan yang diketuai oleh Mazlan Aliman iaitu Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) didapati tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). 

ANAK yang sudah menggerakkan propaganda bertahun-tahun menganggu keharmonian dan kemajuan FELDA selama ini rupanya pertubuhan yang tidak sah! Macam mana pertubuhan yang tidak berdaftar ni masih dibiarkan beroperasi!


SUARAM Dikantoikan Mahkamah Perancis


Inilah akibatnya apabila terlalu ghairah nak mencipta fitnah bagi mengaitkan kerajaan sekarang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan isu kapal selam Scorpene. 

Main sebat je mainkan isu tanpa memikirkan sama ada maklumat yang diterima itu benar atau sebaliknya. Kesudahannya dokumen yang NGO SUARAM cipta sendiri pada 13 Mac 2012 dan serahkan kepada mahkamah Perancis telah ditolak bulat-bulat oleh institusi pengadilan disana. Kantoi!

Thursday, October 11, 2012

Pakatan Dibogelkan Nasharuddin


Tertanggal kopiah, songkok dan serban orang-orang PAS apabila mendengar sendiri kenyataan Nasharuddin mengenai permasalahan ummah negara ini yang berpecah-belah kerana gilakan kuasa.

Ucapan spontan Nasha selama 20 minit di dewan PWTC tempoh hari secara umumnya adalah untuk menyedarkan kita tentang Kedaulatan Islam di negara ini yang semakin terhakis.


Tuesday, October 9, 2012

DIN PUDU Mengigau Di Siang Hari



Lagi kenyataan putar alam dan bercanggah pembangkang mengenai RAPID. Kali ni kenyataan mengigau dari brader din pudu. Ni bukan kes tidur tak basuh kaki, tapi dah tahap teruk lupa mandi wajib dengan air bunga. 

Kenyataan Media semalam di Parlimen..Din Pudu cakap :
"Kita tidak pernah menolak pembangunan di Pengerang. Jaminan saya, RAPID Petronas boleh meneruskan pembangunannya di Johor. Saya tetap berpandangan sekiranya Pakatan diberikan amanah tadbir Johor, mereka boleh membangunkan Pengerang ataupun mana-mana tempat di negeri itu. Tak timbul soal isu nak memindahkan RAPID ke tempat lain atau kita menolak projek ini," 

Ahli-ahli PAS Desak KELUAR PAKATAN?



Gabungan PAS, PKR dan DAP sejak dari tahun 2008 sehingga kini hanya menampakkan sebagai sebuah pakatan bercelaru, lintang pukang dan TIDAK bersatu. 

Tak perlu kita renung jauh kebelakang untuk membuktikannya, kerana apa yang berlaku sekarang, cukup untuk menggambarkan secara keseluruhan bahawa perjuangan dan gerakan ketiga-tiga parti ini adalah mengikut haluan terasing dengan bertopengkan nama Pakatan.


Monday, October 8, 2012

DAP ~BeGeGaR~ Enam Cawangan Terbubar

alt

Belum sempat pakatan berseronok jaja cerita mengenai seorang Ketua Cawangan UMNO bernama Talib, membakar baju UMNO sendiri di Permatang Pauh. Mereka telah dikantoikan oleh drMIM tentang fakta yang Talib ni bukan  ahli UMNO pun. BACA SINI.

Kali ini, mereka digegarkan pula dengan pengumuman pembubaran enam cawangan DAP di sekitar Sepang oleh Bekas Pengerusi DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan TatTindakan ini berpunca daripada masalah dalaman DAP yang tidak mempunyai persefahaman, gila kuasa, mementingkan kroni dan rasuah.


Sunday, October 7, 2012

Lebih 4 Tahun Tak Siap-siap Rancang Kabinet Bayangan??


Tak pasal-pasal melantun puak-puak pakatan bila beberapa blog dan Utusan Malaysia menyiarkan senarai kabinet bayangan mereka. Hahaha..buat apa nak marah-marah, kalau tak betul korang keluar lah senarai kabinet bayangan tu??

Datuk Mustafa Ali ketika ditemuramah mendakwa yang utusan dan blog-blog tersebut sengaja mereka-reka senarai kabinet bayangan berkenaan dengan niat meruntuhkan persefahaman parti PAS-PKR-DAP.


Saturday, October 6, 2012

PKR Main Wayang Sokong RAPID??


Wong Chen

Sudah-sudahlah main wayang dengan penduduk Pengerang. Ahad lepas, 30 Sept, Pengerusi PKR JohorChua Jui Meng, berucap mewakili Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"...ini mesej Anwar kepada anda semua...bila beliau jadi perdana menteri, projek RAPID ini akan dihentikan"
Kali ini, Ketua Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen tiba-tiba muncul ntah dari mana cuba berlagak neutral mengenai RAPID. 

Chen ni bercakap mewakili siapa pulak? Kalau sendiri cakap, nampaknya beliau telah membelakangkan ucapan Jui Meng yang mewakili Anwar Ibrahim. Lagi besar pangkat dia nampaknya, mudah ajer dia pijak kepala Anwar dan Jui Meng dalam hal ni.


RAPID Pengerang Saingan Jurong Singapura


Selepas RAPID ini siap nanti, ia bakal memberi saingan kepada Singapura yang selama ini menguasai perdagangan di perairan Selat Melaka dengan adanya pelabuhan dan kompleks minyaknya di Pulau Jurong. 

Untuk lebih jelas mari kita lihat bertapa sibuknya laluan perdagangan di Singapura, Gambar dibawah adalah berdasarkan trafik laluan kapal dagang:


Friday, October 5, 2012

Layak Ke "Ais Krim Man" Jadi MB?


Minggu ni Azmin ligat mengeluarkan kenyataan otak beku terhadap rakan dalam pakatan sendiri. 

Memang ada benarnya kenyataan TPM, Tan Sri Muhyiddin yang mengatakan pakatan sekarang sedang dirundung masalah dalaman.


DIN PUDU: Penerima BR1M "Umpama Anak -anak Ayam"


Pengenalan BR1M oleh Kerajaan Pusat adalah untuk memberi bantuan kepada golongan sasaran iaitu mereka yang bependapatan rendah. Ia terbukti berjaya memberi manfaat kepada 3.8 juta isi rumah di negara ini.

Thursday, October 4, 2012

Pakatan Fitnah RAPID Untuk Coverline Masalah Dalaman


"Pembangkang sengaja jadikan RAPID isu sebagai strategi untuk alihkan perhatian rakyat daripada masalah dalaman komponen PR yang bercelaru" Jelas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Sekarang pun sudah menunjukkan banyak kecelaruan berlaku dalam pakatan pembangkang mengenai beberapa isu besar dalam negara: 

Nurul Ijah Tergamam Disergah Azalina


Perbahasan parlimen hari ini agak kecoh apabila Ahli Parlimen, Pengerang, Datuk Azalina mendedahkan para peserta himpunan hijau di Pengerang pada 30 September lalu, telah dibayar RM30 setiap seorang. 

Jelas usaha jijik penganjur perhimpunan untuk memancing lebih ramai peserta hadir ke himpunan hijau tu?


Fakta RAPID Pengerang & Auta Pakatan


Pelbagai tuduhan liar sengaja dicipta pakatan terhadap pembangunan Kompleks Petroleum dan Gas (RAPID) di Pengerang. Projek yang bernilai RM60billion itu sudah mendapat sokongan 90% penduduk tempatan. Namun pendapat 10% minoriti tidak dipandang sepi oleh Kerajaan Negeri Johor. 

Berikut antara auta dan fakta berkaitan isu pembangunan Pengerang sebagai hab minyak dan gas:


Wednesday, October 3, 2012

Azmin Gelar Calon BN Tak Ada Moral?


Semua wakil-wakil rakyat dan ahli parlimen Barisan Nasional lari lintang pukang selepas membaca pendedahan Azmin mengenai calon BN banyak tak bermoral dalam akhbar di atas. 


Cubaan Media Pro-Pembangkang SPIN Kenyataan Azalina Terbantut


Sidang media semalam hangat dengan cerita Datuk Seri Azalina nak saman Mazlan pasal fitnah kaitkan dia dengan RAPID. Amaran diberi kepada si penfitnah untuk membuat kenyataan maaf. Tunggu lah apa yang berlaku selepas ni! 

Azalina juga menyebut seramai  90% penduduk tempatan yang terlibat menyambut baik kemasukan projek kompleks petroleum dan gas ni. Manakala yang berhimpun pada ahad lalu ternyata dipenuhi dengan ORANG LUAR dan sekumpulan kecil minoriti penduduk Pengerang iaitu tidak sampai 10%.


Theresa Melompat Pasal Raba Payudara


Wanita ni mengadu kepada Theresa Kok yang payudaranya telah diraba seorang anggota polis wanita. Betul ke kena raba? Rupa-rupanya wanita ini merupakan salah seorang suspek untuk disiasat. 

Minah Theresa Kok ni pun, apa lagi - bukan main laju nak tunjuk hero, dibuatnya sidang media dalam bahasa mandarin bagi mempertikaikan tindakan polis wanita tu.


Tuesday, October 2, 2012

Azalina Saman Mazlan


Dah ku kata dah. Datuk Seri Azalina bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Mazlan ekoran ucapan menuduh secara membuta tuli mengaitkan RAPID dengan Ahli Parlimen Pengerang di Himpunan kahak Hijau ahad lalu.

Azalina dalam kenyataan media petang tadi memberi amaran kepada Mazlan supaya membuat kenyataan maaf dan menarik balik tuduhan liar tersebut atau bersedia menghadapi tindakan disaman. 


Mazlan Aliman Keluar Kenyataan Gali Kubur


Apalah yang kau melalut ni Aliman. Sebelum ni sibuk kelentong warga Felda sekarang ni nak kelentong pasal RAPID. Kalau nak tengok macam mana rupa kepala otak sawit tersumbat petrol lihat lah muka Mazlan Aliman. 

Depan puak-puak pakatan bolehlah lu nak cerita bagai hero. Tapi bila peneroka Felda ko kelentong ko lari cari tempat lain. Inilah dia satu lagi produk barisan pakatan yang bakal terkubur pada PRU-13 nanti. 


Monday, October 1, 2012

Anwar Bercakap Dengan Bayangan



Bukan main seronok Anwar membentangkan Bajet Bayangan 2013 lalu dengan menggunakan Duit Bayangan. BACA SINI. Hari ini pun Anwar sekali lagi seronok membahaskan bajet dengan bayangan. Betul ke seronok?

Fitnah Puak Pakatan Dalam Himpunan Hijau!


Ketaksuban puak pembangkang untuk menawan Putrajaya semakin menampakkan kebodohan dengan gerakan himpunan kahak hijau semalam. 

Mungkin seronok sangat berceramah menabur fitnah sehingga pakatan sendiri tidak sedar banyak terkantoi dari kata-kata yang terlepas dari mulut mereka. Terlalu banyak pertikaian, percanggahan dan persoalan timbul dari keseluruhan demo yang cuba dilakukan pakatan.