Thursday, October 4, 2012

Fakta RAPID Pengerang & Auta Pakatan


Pelbagai tuduhan liar sengaja dicipta pakatan terhadap pembangunan Kompleks Petroleum dan Gas (RAPID) di Pengerang. Projek yang bernilai RM60billion itu sudah mendapat sokongan 90% penduduk tempatan. Namun pendapat 10% minoriti tidak dipandang sepi oleh Kerajaan Negeri Johor. 

Berikut antara auta dan fakta berkaitan isu pembangunan Pengerang sebagai hab minyak dan gas:


 
AUTA pakatan: Kerajaan Negeri mentaksir tanah penduduk yang terbabit dengan dengan nilai yang rendah, iaitu RM2.80 bagi setiap kaki persegi
FAKTA SEBENAR: Kerajaan Negeri mentaksirkan nilai tanah bermula dengan harga RM2.80 kaki persegi bagi kawasan paling jauh di pedalaman dan nilai itu meningkat sehingga RM8 bagi tanah yang terletak di tepi jalan. Selain tanah, turut dinilai ialah apa yang ada atas tanah temasuk rumah, bangunan dan tanaman.


AUTA pakatan: Ramai penduduk Pengerang tak setuju dengan projek Rapid dan ramai yang tak mahu pindah.
FAKTA SEBENAR: Untuk fasa pertama pemindahan, Kerajaan Negeri telah mengedarkan 179 borang H kepada penduduk terbabit. Daripada jumlah itu, 70 menerima tanpa bantahan manakala 109 menerima dengan bantahan. Tak ada seorag pun yang tidak memulangkan borang H itu. Pada peringkat awal, 28 pergi mahkamah tapi 25 daripada mereka tarik balik saman.


AUTA pakatan: Tidak semua penduduk Pengerang dipanggil untuk berunding
FAKTA SEBENAR: Untuk Fasa pertama, Pentadbir Tanah hanya mengadakan mesyuarat tertutup dengan penduduk yang terbabit dengan pemindahan sahaja. Tuduhan orang tempatan menolak projek ini tidak relevan. 70 peratus kawasan Pengerang adalah Kawasan FELDA dan 30 peartus Kampung Tradisional. Yang terlibat hanya antara tujuh hingga 10 kampung, bukannya semua penduduk Pengerang.


AUTA pakatan: Kerajaan negeri tak prihatin dan penduduk, terutama nelayan akan hilang sumber kehidupan apabila berpindah.
FAKTA SEBENAR: Jun lalu, Menteri Pertanian dan Asas Tani turun Pengerang dan memaklumkan kementeriannya akan membina Kompleks Pertanian yang baharu dan serba moden untuk nelayan. Golongan nelayan juga akan ditawarkan menjalani kursus kemahiran menangkap ikan di laut dalam/lepas, berbanding dengan cara tradisional yang mereka lakukan sebelum ini menggunakan pukat kecil dan tidak jauh dari pantai. Selain itu juga kementerian akan membantu mewujudkan penternakan ikan air tawar sebagai satu lagi pilihan untuk nelayan.


AUTA pakatan: Kerajaan tak prihatin masa depan golongan muda untuk raih peluang pekerjaan dan perniagaan kepada orang tempatan.
FAKTA SEBENAR: Kementerian Belia dan Sukan, Petronas dan FELDA bersetuju menaiktaraf IKBN Bandar Penawar dengan menawarkan kursus berkaitan industri minyak dan gas untuk generasi muda bagi mengisi peluang pekerjaan yang bakal wujud apabila projek siap.

FELDA juga telah bersetuju akan membina Bandar Baharu Pengerang di tapak seluas 2,000 ekar yang dilengkapi dengan rumah dan premis perniagaan.


AUTA pakatan: Projek RAPID ganggu alam sekitar dan kenapa tak buat di tempat lain.
FAKTA SEBENAR: Pengerang sejak 15 tahun lalu adalah kawasan pengairan kapal dagang dari Selat Melaka. Ada kalanya kapal singgah sebelum ke Jurong bawa minyak atau gas. Beratus kapal berlabuh setiap hari. Tidak ada Dugong di kawasan laluan kapal. Kalau ada dah beratus dugong mati dilanggar kapal. Dugong yang ditemui baru-baru ini adalah di Sebana, kawasan peranginan dalam perairan Sungai Johor. Tak ada kena mengena dengan kawasan RAPID Pengerang. Kenapa apabila berlaku minyak tumpah di kawasan ini tahun lalu, pembangkang tak ambil kisah?  Sebaliknya kerajaan BN yang menangani isu berkenaan.

AUTA pakatan: Projek RAPID menyusahkan penduduk, menguntungkan orang luar.
FAKTA SEBENAR: Projek RAPID menguntungkan penduduk dan kemungkinan menjejaskan pendapatan negara jiran. Jadi tidak hairan kalau negara jiran sanggup menaja NGI tertentu bikin kacau di Pengerang supaya projek tak jadi.Kalau dah ada RAPID, kapal dagang tak perlu pergi negara jiran ambil minyak atau gas.

AUTA pakatan: Siapa yang duduk dekat dengan projek RAPID jangkahayat akan jadi lebih pendek.
FAKTA SEBENAR: Boleh ke sesiapa buktikan penduduk di Kertih tak hidup lama? Boleh buktikan merokok boleh sebabkan kanser? Kalau takda bukti langsung, jangan buat tuduhan tak berasas.

AUTA pakatan: Pembangkang prihatin nasib penduduk Pengerang.
FAKTA SEBENAR: Pembangkang tak peduli nasib Pengerang dari dulu, kini dan selamanya, Mereka hanya gunakan isu Pengerang untuk jadi modal pilihanraya sebab sudah ketandusan isu


AUTA pakatan: Himpunan Hijau untuk selamatkan penduduk Pengerang
FAKTA SEBENAR: Himpunan Hijau dibuat di Sungai Rengit yang tidak terbabit dengan RAPID. Majoriti penduduk Sungai Rengit adalah bukan Melayu yang risau bisnes mereka akan terjejas apabila orang tak datang ke Sungai Rengit, sebaliknya bertumpu ke Pengerang. Perhimpunan Hijau juga bermotif politik dan dianjurkan oleh orang luar Pengerang dan didalangi parti pembangkang yang ada kepentingan sendiri. 

MESTI BACA: KLIK SINI & SINI JUGA


No comments:

Post a Comment