Monday, November 27, 2017

Orang Melayu Berpadalah Berbeza Pendapat Jangan Sehingga Melemahkan Perpaduan



Situasi politik masa kini terutama dikalangan orang melayu hanya tampak gah dibibir hakikatnya semakin melemah saban hari akibat perpecahan. Kita sesama bangsa saling bercakaran sehingga terleka nasib orang melayu di robek oleh bangsa lain.

Perkara ini turut menjadi kebimbangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang bimbang akan kepincangan perpaduan dikalangan melayu yang banyak dipengaruhi oleh politik ekstimis. Taksub yang melampu hingga lupa nilai-nilai murni dan kekeluargaan yang perlu dipelihara.

UMNO melalui Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa selari dengan kebimbangan yang disuarakan oleh Sultan Johor. Kita perlu faham penubuhan negara ini punya asas, latar belakang dan sejarah yang berpaksikan kepada penyatuan bangsa Melayu. 

Jika ketika itu melayu tidak bersatu belum tentu bangsa lain punya tempat di bumi bertuah ini. Jelaslah bahawa kesatuan bangsa ini memberi impak positif bukan hanya kepada orang melayu sahaja. Bangsa lain turut sama dapat bernaung dengan aman damai di bawah bumbung sama.

Pembangkang Johor juga turut menyahut saranan Sultan Johor dan menyuarakan kesediaan untuk ketepikan perbezaan parti bagi membincangnkan isu-isu kepentingan orang melayu. UMNO sememangnya mengalu-alukan sebarang usaha yang mampu beri manfaat kepada melayu ini.

Jangan pembangkang sekadar beretorik dalam menyatakan sokongan pada peringkat awal. Kita tidak mahu sikap hangat-hangat tahi ayam sahaja hanya kerana ingin meraih sokongan politik. Hanya sekadar ingin memberi gambaran mereka prihatin tentang hal ehwal melayu. Hakikatnya tindakan hanyalah untuk undi semata-mata.

Walaubagaimana pun, orang melayu perlu mencari titik persefahaman untuk bersatu. Tidak salah berbeza pendapat. Tapi biarlah berpada-pada dan tidak sehingga melemahkan penguasaan kita pada negara ini.
  

No comments:

Post a Comment